arkib

Isnin, 8 April 2013

Jangan ambil alih kerja malaikat...2

Salam hormat!
Dalam siri pertama saya memetik kata kata Yb Dato' Rosol wahid ADUN Ajil yang telah melahirkan satu kebimbangan dengan suasana munculnya siTanggang Moden yang tidak banyak masa untuk membalas budi ibu bapa yang telah tua lagi sakit serta uzur.Tambahnya lagi disebabkan kerana itu ianya juga telah menimbulkan pertelingkahan dikalangan adik beradik (macam cerita 3 Abdul) kerana tidak ujudnya keseimbangan masa yang sama rata untuk menjaga malah hanya soal penjagaan ini diberatkan kepada mereka yang hanya tinggal berhampiran atau serumah sahaja. Tatkala ini duit ringgit bukan segala galanya lagi tetapi perhatian dan sentuhan kasih dari anak itu yang perlu lebih diutamakan.Jika ibubapa bolih menjaga dan membesar 10 anak tetapi 10 orang anak belum tentu bolih menjaga seorang ibuayah mereka.

Sebagai respon saya melihat permasaallahan ini disebabkan kurangnya peluang pekerjaan ditempat sendiri atau mungkin ada diskriminasi hanya mereka mereka yang terpilih sahaja bolih bertugas berhampiran keluarga.Saya ada sedikit pengalaman lalu, apabila ada dikalangan rakan rakan bercakap soal mahu bertugas dikem yang berhampiran kampung atau dikawasan negeri yang mana keluarga itu berada lalu ada yang menyidir sinis "engkau buatlah kem sendiri dibelakang rumah emak bapak engkau tu...apa...kau ingat pangkat dua tiga calit yang engkau pakai tu kain putih cawat emak kau ka? main suka suka kau saja nak mintak tukar duduk dibawak ketiak mak....! masaallah...tajam sungguh perlian dan cabaran itu.Olih yang demikian dek kerana sebab teringin sangat hendak berbakti kepada ibu setelah sekian lama meninggalkan  beliau kerana tugas jadi itulah salah satu sebab saya memohon untuk menamatkan perkhidmatan sebagai pilihan. Walaupun dimasa itu bertubi tubi talipon dan juga fax memaklum dan meminta saya datang melapur diri bertugas disalah sebuah kem diKL. tetapi apa bolih buat demi ibu saya nekad untuk berhenti juga.

Alhamdulillah....janji saya untuk menjaga ibu dapat dilaksanakan,segala makan minum dan sakit demam dapat juga diberi perhatian.Malah jika sebelum itu semenjak dari zaman mudanya lagi tidak pernah bolih memakai barang kemas walaupun sebesar janggut udang kerana hidupnya susah tetapi apabila tinggal bersama saya dapatlah dia ambil kesempatan membeli dan merasalah juga memakainya,maka tidak kempunanlah sebelum dia memejamkan mata....terima kasih juga kepada dotor kerana tidak mengambil nyawa dia sehinggalah beliau menghembuskan nafas sendiri dengan selesa dirumah selang beberapa bulan selepas menerima rawatan dihospital..

Tok ayah su-merasa aneh apabila kubur ibu berbau wangi...petanda orang baik baik kot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan