Salam hormat!
Banyak juga cerita cerita yang dapat dikutip dari mulut kemulut tatkala disemasa saya berbual bual dengan beberapa kenalan dipagi hari penamaan calon semalam (20/4/2013).
cerita ini akan disambung kemudian berserta dengan gambar gambar yang menarik akan disertakan sekali.....
Sambungan- Bab kata bidalan "rumah siap pahat masih berbunyi' itulah senario terjadi selepas beberapa hari penamaan calon selesai.Ada kejutan tertentu dimana calon yang diharapkan mereka tidak terpilih.Seperti yang saya katakan banyak cerita yang saya dengar disemasa menunggu pengumuman calon yang sah bertanding dari SPR.Cerita pertama dari seorang lama dengan nama gelaran PokSu yang kini sudah berumur 80 tahun menceritakan dia telah mengundi sejak dari pilihanraya pertama pada tahun 1955 lagi.Katanya dimasa dahulu cukup senang hendak mengundi,bawa kad pengenalan dan tunjuk sahaja pada pegawai pilihanraya lalu terus bolih mengundi.
Ada pun cerita hangat diceritakan ialah mengenai calon kesukaan mereka yang tidak tercalon,bagi penyokong pas rasanya tidaklah ketara sangat luahan itu, ini kerana kebanyakkan mereka lebih mementingkan perjuangan parti berbanding individu,mereka kelihatan lebih iklas dengan tidak menzahirkan dengan cara memprotes, manaikkan banner untuk menunjukkan bantahan secara terbuka dan seumpamanya, walaupun tidak dinafikan memang ada sebahagian kecil yang agak kecewa.Dari apa yang saya tahu terdapat 2 orang lagi yang disebut dan pernah dilobi mahu diangkat sebagai calon untuk PRU ke13,mereka ialah ust Saari dan juga Ust Mulyaman (bagi DUN Ajil) Tetapi rezeki mereka masih belum ada lagi...secara berseloroh kedua dua Ust ini berkata "saya masih belum berani mahu melepaskan jawatan".Kedua duanya adalah merupakan guru dibawah kerajaan perseketuan dan seorang lagi dibawah kerajaan negeri.
Berlainan pula dengan Parti UBN,dua tiga hari sebelum penamaan calon sudah terdengar desas desus kekecohan terutama dari penyokong penyokong kem Dato" Rosol Wahid, mereka berkeras tetap mahu kepada Rosol walau apa pun terjadi dan mempertikaikan calon baru yang dianggap bidan terjun malah katanya calon itu bukanlah berasal dari daerah kawasan sini dan ramai dikalangan penduduk yang tidak mengenalinya ( saya akan ulas serba sedikit siapa calon baru ini mengikut dari apa yang saya ketahui dilain posting) Menurut Jamal iaitu salah seorang penyokong tegar Rosol berkata keluarga dan juga anak buahnya lebih rela bagi undi kepada calon Pas daripada beri kepada calon BN yang baru ini.(Ketika itu belum lagi ada calon bebas)
Manakala seorang lagi bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang agak 'cool' yakni Mohd Noor tatkala berjumpa saya semasa didalam satu majlis perkahwinan seorang penduduk kampung, sempat saya bertanya "macam mana Yb....penggal kali ini masih lekat nama dok?' lalu dijawab dengan nada lembut 'eeee....tak tahu lah kita...." dalam hati hati saya tertanya tanya mustahillah jugak kalau dia tak tahu sedangkan tarik penamaan calon tinggal dua hari sahaja lagi pada masa itu. Teringat saya akan satu ucapan dari beliau disemasa dia merasmikan mesyuarat agong PBTM cawangan.Belaiu membayangkan pemilihan jawatan dalam parti payah nak naik jika tidak diHULURkan apa apa....jadi sekarang fahamlah saya mungkin kerana sebab itulah juga namanya tidak tercalon untuk penggal kedua baginya ini.Saya yakin beliau seorang yang mempunyai rekod khidmat yang bersih,ini kerana apabila diperhatikan banyak daripada aktivi ziarah dan juga bantuan yang disampaikan kepada penduduk kampung hasil dari peruntuk yang sedia ada dari egensi egensi kerajaan yang berkaitan. jadi tugas beliau sekadar perantara untuk tolong menyampaikan sahaja. Manakala crewni projeknya tidak ada,maka kerana itu kelihatannya beliau tidaklah semewah orang politik lain, kereta yang pakai pun kereta lama dulu dulu juga.Tetapi apakah orang sebersih begini sesuai atau tidak berada dalam parti UMNO? jawablah sendiri.....
Selain daripada itu saya rasa Dato" Rosol Wahid juga agak rasa terkilan kerana menurut dari ucapan ketika belaiu merasmi mesyuarat agong pibg katanya 'beliau teringin melihat masa depan pekerja dalam bidang pertanian dapat dimodenkan,contohnya jika dulu menanam padi mengunakan tenaga khudrat empat kerat tetapi sekarang sudah ada jentera yang memebantu merengankan kerja,jadi katanya tidak mustahil jika pada suatui hari nanti mesin kait dan menganggkat buah sawit juga akan direka bagi mengantikan tenaga manusia.
Olih kerana beliau tidak lagi berada didalam barisan kerajaan memerintah (jika BN menang) maka impiannya kearah itu akan jadi terbantut....betulkah? jawablah sendiri.....
tok ayah su-nak lawan Badminton dengan Dato' Jailani...anak sidek....keh...keh...keh....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan