Salam hormat!
Orang orang tua kita dahulu sering mengingatkan dengan gaya bahasa kiasan yang dipanggil bidalan bahasa, peribahasa atau pun dipanggil juga pepatah melayu.Begitu halus dan berseni gaya bahasa mereka. Contohnya "berdentum guruh dilanggit air tempayan dicurah jangan".Ini bermaksud betapa hebat sesuatu perkara (pekerjaan) itu dicanang dan dirancang tetapi belum tentu ianya berakhir dengan keberhasilan yang baik.Begitulah juga pencapaian dari hasil gerak kerja parti Pas diDUN Ajil untuk PRU13 kali ini,namun begitu tidaklah seteruk PRU ke12 dahulu, jika pada masa itu hampir 4000 menurun akan tetapi untuk kali ini telah dapat ditingkatkan balik perolihan undi malah dari 16 UPU (unit peti undi) yang tidak pernah pun menang tetapi pada ini kalilah 2 UPU telah pun dapat dimenangi....syabas.Teringat saya kata kata ketua cawangan secara merendah diri,dia bertanya "agak agaknya orang ramai tidak suka pada saya tak?" mungkin kerana fobia dengan keadaan lalu itu maka untuk kali ini kelihatannya dia seperti mahu buat kerja secara sembunyi sembunyi,tidaklah menonjol sangat,pada hari mengundi dia hanya semacam mahu menjauhkan diri supaya tidak dilihat olih orang ramai akan kelibatnya dan hanya memerhati dari jarak jauh sehinggalah kemasa jam jam terakhir hendak tamat masa barulah dia muncul,biarlah...kalau dah itu strategi dia,nak buat macamana...ia dak? janji menang....itu yang penting.
Gimik akan kesengitan PRU13 sememangnya telah dicanang sejak sekian lama.Bahannya semakin terasa apabila diawal tahun sehinggalah kemuncaknya tatkala tiba tamat tarikh tempoh khidmat PM Ds Najib pada 4 April yang lalu.Bermula disekitar tarikh itu membawa sehingga ketarikh penamaan calon pehak Parti UBN terlebih dahulu memulakan pemasangan bendera kemudian barulah diikuti olih pehak Parti PAS@PR. Kemudian dirancakkan lagi dikit demi sedikit dengan ukiran kreatif lambang parti dan juga pembentukan pelbagai rupa jenis replika,seingat saya inilah kali pertama replika yang pelik pelik dan agak menarik dapat dipamerkan olih kedua dua parti.
Memang nampak meriah dan ceria serta mengambarkan kesungguhan mahu menawan hati para pegundi masing masing serta sebagai sokongan moral untuk kuatkan semangat para penyokong.Jika dilihat pada situasi itu seoalah olah satu pertembungan hebat bakal terjadi,namun disaat saat akhir iaini dihari mengundi khususnya sekitar ditempat kawasan mengundi keadaannya sudah jadi agak berbeza, bagaikan bertepuk disebelah tangan, pehak lawan iaitu UBN kelihatanya begitu hambar,semacam mahu "selendar" dan kalah perang sedangkan pertarungan belum pun lagi bermula. Jika PRU12 dahulu bukan main riuh rendah datang dari khemah sementara yang mereka bina dengan hiasa penuh bendera,kelihatan juga beberapa buah komputer diatas meja serta pelbagai bekalan air minuman dan makanan, terdapat juga dengan pembesar suara serta para petugasnya nampak semacam singa lapar, garang garang belaka. Wow...menakutkan.
Sedangkan Parti Pas@PR pada waktu itu nampak macam ayam dogel tiada ekor...kosong saja, yang ada hanyalah sebuah payung hijau putih yang dipinjam dari sebuah kedai makan ahli dan duduklah beberapa muslimat disekeling payung itu sebagai penanda bahawa payung itu ada tuan yang ampunya.....begitulah sedih dan hina dinanya...yang lebih dipentingkan olih Pas pada waktu itu ialah segala macam jenis borang yang bersabit dengan SPR.Soal petugas lapar tak makan pagi,pasal khemah untuk melindungi panas petugas tidaklah diambil kira sangat,pandai pandai cari sendirilah....malah "last breafing" kepada petugas juga tidak ada....pada pandangan saya secara peribadi, disaat saat akhir inilah sebolih bolihnya mahu ditunjukkan sehabis baik mungkin akan penonjolan imej sesebuah parti kerana kelak parti inilah yang akan memegang kuasa jika menang tetapi kalau dah nampak selekeh semacam maka macam manalah orang hendak beri kepercayaan memimpin....bersambung....
sambungan- disaat saat akhir juga bermacam macam isu yang berserabut perut dan bolih memberi impak buruk kepada parti antaranya isu seluar dalam bersaiz besar,isu colon bertindih tidan atas bawah, 2 pukul satu dan ada sampai 5 pukul satu pun ada,pendek kata macam macam hal telah sampai ketelinga orang kampung sehinggakan dimalam pengumuman kemenangan calon, ada yang kata Pas Trg sudah pun menang 17 DUN kemudian ada yang membuat tomahan kononya keputusan tersebut telah ditukar ganti (PGU-pas ganti umno) dengan UBN, ianya berlaku setelah mendapat tahu kerusi Parlimen diperingkat perseketuan telah dimenangi olih BN, seandainya PR menang memerintah pusat maka mereka percaya Pas Terengganu akan kekal jadi 17 DUN....tetapi olih kerana ada "spelek" (silap mata) disebalik tabir maka kemenangan itu diberi kepada UBN, sebab utama kejadian ialah penarikan balik saman tuntutan royalti minyak olih Ds Mat Said...alasannya macam mana pas nak memerintah Trg kalau royalti minyak tidak diberi, betul atau tidakkah semua tomahan itu...? wallahuaklamm...hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu....
tok ayah su-muhasabah PRU.....post mortem belum lagi....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan