arkib

Selasa, 14 Mei 2013

PRU13:satu analisis...

salam hormat!
Perjalanan sistem pilihanraya demokrasi untuk memilih wakil rakyat keDewan Undangan Negeri mahu pun  kePeringkat  Perseketuan telah pun hampir seminggu berlalu,segala galanya telah selesai, calon yang terpilih bukanlah sebarangan orang, mereka ini telah melalui pelbagai tapisan sama ada mengunakan saringan tapisan bermata halus atau pun secara mata kasar,pemilihan calon telah dibuat secara musyawarah (bermesyuarat) terlebih dahulu.Maknanya sebelum itu telah ada saringan demi saringan telah dilakukan, kreterianya diperhalusi dari hujung rambut sampai kehujung kuku jari kaki.Terdiri dari  kalangan yang berparti dan juga tidak berparti (bebas) pun sama turut serta.Yang lebih menarik lagi,sebagai hendak memberitahu dunia bahawa perjalanan sistem pengundian adalah telus dan tulus maka ianya telah dilaksanakan dengan mengunakan dakwat yang dicalit pada jari sipengundi terlebih dahulu.Sejak sistem pengundian ini diperkenalkan pada pada siri Pertama ditahun 1955 dahulu sehinggalah kepilihan raya kesiri 13 (2013) maka inilah juga kali pertama dakwat dicalit pada anggota pengundi diperkenalkan.Olih yang demikian timbullah pula seribu satu persoalan yang kini telah berbangkit,dihari pengundian dijalankan ada yang teruja dan tersengeh sengeh tersenyum simpul tatkala jari jemarinya dicalit,ada yang ingat saja suka suka atau nak buat main main, sedangkan tujuan utama dakwat ini dicalit adalah untuk tidak mahu ditohmah akan berlakunya penipuan yang sebelum ini pernah terjadi seorang pengundi bolih mengundi beberapa kali dibanyak tempat.Mudah mudahan tercalitnya jari ini dengan dakwat bererti satu tanda jelas telah melekat sebagai membuktikan seseorang itu telah pun melakukan pengundian.Wah...bagusnya idea itu....namun disebalik kebaikanya, masaallah ketahanan dakwat ini pula dpertikaikan, dakwat yang didakwa dapat bertahan kekal melekat dalam tempoh lebih 24 jam telah tidak sama seperti yang diharapkan, apa yang terjadi beberapa jam selepas itu iaini belum pun masa mengundi habis dari jam 8 pagi sehingga ke 5 petang dakwat yang dimaksud itu telah pun dapat ditanggalkan, harganya dakwatnya dikatakan 5 juta tetapi tak sampai 5 jam saja jari tercalit itu telah dapat dibersihkan semacam semula jadi, 5 juta duit sapa tu...?

Bukanlah sangat ketidak kebalan dakwat itu dipersoalkan,yang menjadi masaallah besarnya apabila dakwat sudah tidak kelihatan dijari maka akan membolihkan seseorang itu cuba mengundi dengan menipu bahawa dia masih belum lagi menngundi. Jika hendak diharapkan kepada ejen parti tempat mengundi memeriksa secara halusi ,disini bukan masanya yang sesuai untuk buat protes....sebab apabila sudah ada nama dalam senarai pemilih, ini bererti tidak ada sesiapa yang bolih menghalang seseorang itu untuk mengundi,kerana undang undang sedia ada dari SPR telah menyatakan sedemikian, maka ada pula yang bertanya kenapa tidak dilihat pada jari jemarinya? untuk makluman......yang memeriksa dan mencalit jari itu bukan ejen parti tetapi mereka itu adalah dari kalangan petugas yang dilantik olih SPR, malahan jaraknya dari meja ejen (petugas) parti itu agak jauh sejauh lebih kurang dalam 10 meter, mustahil dapat nampak kesan dakwat dijari atau dicelah kuku seandainya ada yang telah membasuhnya melainkan orang terhampir sekali, tambahan pula jika bilik mengundi itu digelapkan dengan menutup lampu, terlagilah kabur mata.....bersambung.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan