arkib

Jumaat, 3 Mei 2013

Antara dua darjat-Pekan Ajil vs Pekan diraja...2

salam hormat !
Dalam artikel yang lepas telah saya catatkan serba sedikit dari apa yang telah saya lihat dan juga diambil daripada pengalaman yang saya alami sendiri didalam 2 kawasan di 2 tempat berlainan negeri iaitu diPekan Ajil Terengganu dan Pekan diraja Pahang.Sudah tentu ada pehak yang tidak senang dengan penulisan tersebut dan sudah pasti ada pula pehak yang menyukainya,situasi begini biasalah berlaku malah dalam intitiusi keluarga pun terjadi apabila didalam satu keluarga terdapat abang yang tidak menyukai adik atau sebaliknya apabila dibocorkan rahsia salah seorang daripadanya,contohnya pendedahan olih siadik memaklum kepada ibuibapanya apabila melihat siabangnya menghisap rokok selepas pulang dari sekolah misalnya.

Saya tertarik memilih untuk menulis didua kawasan ini memandangkan PRU Ke13 kali ini terdapat pertembungan dua tokoh politik yang dikira pertandingan mereka dinilai bagaikan pertemuan dua peninju lighweath melawan heavyweath.Pekan Pahang bukanlah asing pada saya,pernah pada suatu ketika dahulu menjadi tempat berak kencing, makan tidur,memancing dan mandi diair parit tengah dekat dekat luar istana dan bermain polo....ooppp....rahsia....tak leh cerita banyak banyak....

Jika dulu Pekan terkenal terkenal dengan masakan nasi ayam Hainam yang special,tiada jalan lain untuk keselatan atau dari utara hendak keJohor melainkan kena melalui Pekan terlebih dahulu.Pekan pada ketika itu menjadi satu bandar sibuk dan tidak mati,pelancong dari Singapura untuk keutara atau sebaliknya telah  menjadikan Pekan tempat persinggahan mereka untuk berehat seketika.Dimasa itu lebuhraya pun belum dibina lagi.Tetapi kini setelah orang ramai ada banyak jalan pilihan maka dari apa yang saya perhatikan Pekan kini sudah agak sunyi dari kunjungan orang luar namun begitu saya nampak kedatangan orang disekitar Pekan (mungkin penduduk tempatan) masih tidak berkurangan, mereka duduk bersantai santai sambil membeli belah sehinggakan ada disatu kedai ketika saya hendak singgah masuk menjamu selera didapati barangannya sudah habis dijual.Kemudian saya beralih kesebuah kedai lain,pesanan saya pastinya nasi ayam kerana mahu merasai semula kesedapan nasi ayam ketika saya berada disini dahulu.Tetapi dukacitanya citarasa saya telah terputus dan mati selera,beras nasi ayam hancur hancur macam melukut ditepi gantang tidak lagi panjang serta wangi macam dulu dulu,rasa kicap gorengan minyak bijangnya diayam pun tidak sudah terasa lagi,lalu berkata saya ini mungkin tuan kedainya hendak mengurangkan kos bajet sebab keberangkalain barangan mentahnya sudah mahal.

Tengah duduk menjamu selera tiba tiba melintas beberapa buah truck stone berkibar bendera PR dan juga tertampal gambar Calon Cg Fariz Musa dikereta kereta tersebut..Jika diperhatikan kepada pemasangan bendera ditepi tepi jalan sememanglah lebih banyak bendera dacing/BN berbanding PR tetapi silent protes tak tahulah pulak seramai mana... kemungkinan bolih mengejutkan.....mampukah Cg Fariz menjadi gian killer diPekan? sama samalah kita tunggukan keputusannya nanti....
Sementara itu berbalik pula kePekan Ajil....dimasa ini kebanyakan petugas parti termasuk calon itu sendiri lebih menumpukan kekawasan gelangan pertarungan  masing masing. Sambil itu mereka mengaturkan strategi dengan mengadakan aktiviti dipentas pentas ceramah, akan tetapi sejak kebelakangan ini saya dapati ada sedikit kelainan Calon di DUN Ajil contohnya lebih gemar mengadakan ceramah secara berkelompok dari rumah kerumah dengan mengikut program bacaan Yassin yang disertakan bersama muslimat.

Tetapi jangan pelik dengan perangai klu klek bercakap tak lekat unjat puak BN,jika sebelum dan sehari dua selepas penamaan calon,didapati bukan main lagi mereka naik angin dan marah, berdemo sana sini memprotes calon pilihan mereka tidak dapat  bertanding, alih alih seminggu selepas itu bukan main berpesta lagi puak itu, Pos Pos dijadi medan majlis makan makan ayam bakar BBQ dan sebagainya. Protes dahulunya itu hanya jadi hangat hangat tahi ayam.... kesimpulannya....kepada pehak yang menang nanti diharap janganlah jadi penindas dan kepada mereka yang kalah pula janganlah jadi penganas....
Bermainlah politik secara demokrasi yang bersih bukan dengan cara tipu muslihat atau sebagainya.... terimalah hakikat keamanan dan kesejahterann mesti diutamakan.

tok ayah su-selamat mengundi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan