Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...begitulah kata kata keramat Hulubalang terbilang bernama Hang Jebat dizaman kesultanan melayu Melaka pada suatu ketika dahulu. Kesah lima sekawan ini teramat mashyor dengan kegagahan serta kepahlawanannya sehingga menjadi pelindung kepada keselamatan keluarga diraja .Sikap setia kawan diantara mereka berlima bagaikan adik beradik seumpama dicubit paha kiri paha kanan akan terasa sakitnya. Kekanda yang paling tua bernama Hang Tuah yang teramat setia kepada raja telah menjadi mangsa fitnah jahat yang disepakati dari kalangan pembesar istana sehingga menyebabkan raja turut terpengaruh lalu diarahkan supaya dibunuh.Lalu bangkitlah Hang Jebat untuk menuntut bela diatas perbuatan raja yang dianggap olihnya sebagai satu tundakan zalim kerana tanpa diusul periksa terlebih dahulu,pada anggapannya raja mempercayai bulat bulat akan kesemua aduan yang diberikan olih pembesar pembesar istana yang dikatakan dengki dengan keakraban raja dengan Hang Tuah malah lebih dipercayai olih raja berbanding dengan para pembesar istana yang lain.Malangnya dek kerana panas setahun hujan sehari telah mengubah segala galanya sehinggakan Hang Tuah yang begitu setia telah dianggap sebagai penderhaka.Tetapi pada hari ini istilah menderhaka begitu enteng diucapkan,menjadi pembangkang dengan mengkritik sedikit akan perkara yang tidak sehaluan pendapat pun telah didifinasikan sebagai telah menderhaka. Jika didalam parti politik pun sudah ada yang telah menjadi mangsa dipecat dari menjadi ahli parti disebabkan kerana membuat kritikan kepada pucuk pimpinan..Walhal kritikan itu jika diteliti ada juga kebenaran disebaliknya.
Sebalum ini saya telah membuat sedikit homework dengan membaca sebuah buku tentang pemimpin Pasis yang bersikap agresif dengan pemimpin yang progresif.Pemimpin yang agresif tidak ada langsung mahu bertolak ansur malah bolih dikatakan dalam ketegori bersikap kuku besi ataupun diktator manakala pemimpin proregsif lebih mengambil kaedah tidak memaksa (melainkan dalam keadaan tertentu) dan bolih berkompromi atau kaedah diplomasi sekali gus dapat memikat hati orang yang dipimpin.Bezanya apabila dipaksa mereka akan buat kerja tatkala siketuanya ada sahaja dan tidak disemasa ketiadaanya malah bolih membangkit rasa kurang senang diantara ketua dengan orang bawahan tetapi sebaliknya pula berlaku kepada pimpinanan bercorak progresif....jadi dimanakah kita?
Saya mahu mengaitkan semua itu dengan cerita cerita yang heboh diperkatakan kini iaini berkenaan dengan beberapa kritikan yang telah dibuat olih seorang dua individu yang diketegorikan menghina dan dicharge dalam kesalahan menghasut. Kritikan itu bukan sahaja ditujukan kepada pimpinan kerajaan yang dilantik olih DMM YDP Agong malah telah turut melarat kebatang tubuh baginda sekali.Apakah tujuan, apa pula motifnya dan apakah hubungkaitnya individu tersebut dengan intitiusi beraja? saya menganggap perbuatan tersebut bersifat individu dan tidak mencerminkan sebagai mewakili mana mana kumpulan.Dan seandainya jika mahu diambil tindakan biarlah kepada individu yang terlibat sahaja dan bukanlah sampai dibuat secara menyeluruh sehinggakan ekses ke Face Book pun mahu ditutup seumpama marahkan nyamuk lalu kelambunya mahu dibakar.Disamping itu perlu diingatkan sebelum ini telah heboh beberapa kejadian penangkapan pimpinan pelajar dan juga tokoh tokoh politik serta akbar milik pembangakang pun turut dirampas jadi sebagai mahu menutup atau hendak mengalih perhatian rakyat maka akan adalah pula sikambing hitam yang akan disembelih, itu saja....
Jika mahu terus terusan mengkritik memang banyak perkara dan tidak terhimpun,rasa tidak puas hati apa yang berlaku jelas terpapar didepan mata,saya mengambil satu contoh sahaja,baru baru ini saya telah pergi kebandar diraja Pekan Pahang.Disepanjang perjalanan pergi dan balik. jika tidak silap berbelas belas berdirinya pintu pintu gerbang.Nilaian kos bikinannya tidak kurang puluhan ribu rm juga bagi setiap satu, semua pembinaan itu adalah semata mata mahu mengangkat darjat keagongan Sultan yang memerintah, apakah kesemua projek pintu pintu gerbang itu atas titah kebawah duli,rasanya sudah tentu tidak,jadi siapa lagi jika tidak para pembesar negeri yang meluluskannya.Jadi kenapa nak diseret sultan atau pun raja dalam soal soal sebegini.Perihal masih ada rakyat yang daif tidak terbela nasib mereka itu pun tidak habis jika hendak dibicarakan sedangkan projek pintu gerbangnya cukup indah dan begitu gah dimata.
Didalam buku semakan homework saya itu juga turut sama ada mengesahkan perihal pembesar dan raja dizaman Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai rakyat biasa patut sangat tahu kerana bolih dibuat tauladan agar tidak mudah rasa gopoh mahu berdengki dengan insan manusia yang dikurniakan akan kemewahan hidup sedangkan kenapa tidak pada dirinya? Terapi yang ditujukan olih nabi kepada para isteri isterinya amat berkesan dijiwa bagi orang yang mahu memahami "kepimpiunan melalui tauladan" yang diajar olih baginda Rasulallah S.A.W. Ketika Allah S.WT memberi kemenangan kepada orang islam pimpinanan Rasulallah didalam beberapa siri peperangan menghadapi musuh dari kaum kafir Yahudi, tedapat banyak harta qhanimah (rampasan perang) telah diperolihi,didalam perang Hunain misalnya sebanyak 24,000 ekor unta (kereta mewah dizaman ini) 40,900 ekor biri biri,4,000 mayam emas/perak,6,000 orang hamba, kesemua harta harta tersebut dibahagi bahagikan kepada orang ramai manakala kesemua orang hamba tadi telah dibebaskan langsung tidak tinggal berbaki untuk diri baginda apatah lagi untuk anak isterinya.Maka para isteri baginda amat terasa hati lalu merunggut kemudian mengadap nabi dengan berkata" Ya Rasulallah, sesungguhnya anak isteri pembesar Kisra dan Qaisar mendapat banyak harta serta perbagai pakaian dan perhiasan,mereka juga memiliki hamba hamba (pekerja/orang gajian) sedangkan kami seperti yang diketahui tidak mempunyai itu semua malah kehidupan kami tetap dalam kesusahan dan kesempitan sama sebelumnya "
apa respon nabi ? bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan