Pinjam kata kata Pm "ada jugak orang tak bolih pikiaq....kita sekarang dok berperang dengan persepsi", olih yang demikian persepsi saya apabila timbul isu hina menghina Agong ini lantas terfikir saya bahawa motif utamanya adalah untuk memahamkan kepada rakyat keseluruhannya supaya akur dengan keputusan PRU ke13 baru baru ini dimana Ydp Agong sendiri telah pun menitahkan sedemikian (rujuk keratan akbar) maknanya jika ada yang tidak hadir (membaikot) majlis angkat sumpah selaku ADUN/Ahli Parlimen tersebut maka bolih diketogerikan sebagai menderhaka atau menghina Agong, begitukah? selain daripada itu bagaimana pula status rakyat jelata yang telah dan akan keluar berhimpun dalam siri Black 505? apakah juga menderhaka?
Berbalik kepada kesah nabi yang telah saya mengtelaah didalam sebuah buku sebagaima sedikit daripadanya telah pun saya ceritakan dalam yang siri lalu, jesteru sebagai sambungannya dikhabarkan setiap masaallah yang dialami olih nabi pasti akan ada ayat rujukan telah diturunkan sebagai wahyu dari tuhan melalui perantaraan Malikat Jibrail a.s kepada baginda.Susulan dari tindak tanduk para isteri nabi yang tidak berpuas hati kerana kononya telah melebih lebihkan orang lain sedang keluarganya sendiri tidak diutamakan lalu turunlah ayat ini menyuruh nabi membacakan kepada para isteri baginda "Wahai nabi,katakan kepada isteri isteri mu sekiranya kamu mahukan kemewahan hidup dunia dengan segala macam perhiasan maka akan aku beri kepada kamu sebagai muta'ah (saguhati) kemudian selepas itu akan aku lepaskan (ceraikan) kamu dengan cara baik,sebaliknya jika kamu mahukan keredhoaan Allah dan rasulnya maka sesungguhnya Allah menyediakan pahala (nikmat kemewahan akhirat) bagi setiap orang yang berbuat kebaikan" (Al-Ahzab 28-29) Dengan penjelasan itu lantas para isteri nabi menjawab kami tetap akan memilih untuk mengutamakan Allah dan rasulnya",subhanallah....
Dalam perkembangan yang lain pernah pada suatu ketika saya mengajukan persoalan sebegini kepada seorang ustaz KAGAT akan tetapi jawapannya "kejadian dizaman nabi dan para sahabatnya bolih saja dijadikan tauladan kerana itu sunnah akan tetapi harus diingat kita kini berada dizaman yang sudah jauh berbeza apatah lagi kita juga bukanlah maksum sama macam nabi...jadi tepuk dada tanyalah iman!
tok ayah su-iman masih tipis...olih itu tolonglah daku duhai tuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan