arkib

Isnin, 3 Jun 2013

Aku janji vs manifesto PRU

Salam hormat!
Selepas sambutan hari guru diadakan dengan disertai bersama olih sebilangan kecil dari kalangan ibubapa, lalu sekali lagi pada 28 Mei baru baru ini telah dibuat satu lagi perjumpaan diantara pehak sekolah dengan para ibu bapa, perjumpaan ini dinamakan program temu murni yang dikhususkan hanya untuk murid murid yang akan menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) maksudnya hanya melibatkan murid murid yang berada diTahun 6 sahaja.Seperti biasa angka tunjuk pemarkahan yang diperolihi olih murid pada setiap ujian percubaan telah dipamerkan.Sejuk hati emak ayah melihat anak mereka yang ada potensi berkemungkinan ada peluag untuk memperolihi banyak A, bagi mencapai ketahap itu satu ucapan terima kaseh juga perlu diberikan kepada mana mana guru yang telah bertungkus lumus mengerah keringat mengajar serta memberi tunjuk ajar,tanpa dikira masa samada dimasa cuti malah ada dibawa sampai kekelas tambahan disebelah malam pula.

Tetapi yang tak sedap didengar ialah setiap program kecermelangan yang dirangka itu memerlu kos tunai dari ibubapa yang bukan sedikit jumlahnya,menurut keterangan yang dijawab olih guru setelah ditanya olih seorang dari pehak ibubapa khabarnya mencecah hampir rm 3 ratus lebih tidak termasuk duit belanja poket yang akan dibekalkan olih ibubapa untuk kesatu satu program,contohnya seperti pergi keKem Motivasi yang dijangka akan dibuat disebuah resort/chalet dengan bayaran yang mana bolih tahan juga banyak rm yang perlu dibayar, persoalannya kenapa program seperti ini dipaksa? sedangkan untuk program kelas tambahan/malam dikatakan tidak pula diwajibkan....siapa suka bolih sertai tetapi jika tak mahu pun tak apa...lagi sekali mahu ditanya mana satu yang lebih utama,kelas tambahan/malam atau kem motivasi (yang hanya bolih menguntungkan tuan empunya resort serta para penceramah motivasi sahaja) itu yang lebih penting? Pengalaman anak saya pada tahun lepas pun sudah ada, nak dikatakan bolih dapat A dengan pergi kekem motivasi tersebut...pun tidak juga....ini buktinya kelas tambahanlah yang sepatutnya diutamakan dan bukan sebaliknya.

Maka dengan itu teringat pula saya akan manifesto pakatan rakyat yang menawarkan kepada rakyat bahawa pendidikan percuma akan diberi sekiranya PR dapat memegang kuasa pemerintahan negara tetapi malangnya ada pula yang mendakyahkan bahawa itu hanyalah menifesto dan bukannya janji....sedangkan Bn sejak dari dahulu lagi tak habis habis dengan janji janji manisnya kemudian diikuti dengan "Aku Janji" tatapi masih dok tang tu jugak,masih pendidikan tetap dikomersilkan,tetap menjadi sumber pendapatan UBN.... jadi siapa tipu siapa sebenarnya?

tok ayah su-dapat merasa sekolah percuma dizaman Pas Kelantan diera 1970an dahulu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan