arkib

Jumaat, 2 Ogos 2013

Tembak menembak:adakah ini puncanya?

Salam hormat!
Sejak dua menjak ini ramai dikalangan orang awam merasa cemas dan hidup dalam keadaan kebimbangan dek kerana mereka merasakan ketenteraman dan keselamatan semakin goyah dengan kerapnya berlaku jenayah berat yang melibatkan pengunaan senjata api.....bersambung
Sambungan- 
Sebelum itu saya ingin membawa satu cerita. Kesah ini diceritakan dari seorang kepada seorang kawan sehinggalah kepengtahuan saya,katanya disekitar tahun 70an dan juga diawal tahun 80an dia seorang melayu yang baru hendak mencuba nasib berniaga kota raya secara kecil kecilan dengan hanya membuka warung ditepi tepi bangunan disekitar KL.Antara cabaran yang dihadapinya ialah ganguan dari puak gangster yang mahu mengutip wang perlindungan secara haram atau gerainya diPAU olih puak sisamseng sepanjang masa.Jika tidak diberi pasti gerainya akan dikacau ganggu dengan pelbagai cara termasuk dicuri alatan kelengkapan diwarung itu. Begitulah nasib buruk yang dialaminya sehinggakan tidak tahan lagi lalu terus gulung tikar.Sebaliknya perniagaan haram seperti menjual nombor judi secara pasar gelap bolih pula beroperasi dengan selamat, kerana apa? kerana ada pehak yang mempunyai kuasa melindunginya dengan sebab ada sogokan rasuah, begitulah ceritanya kawan saya itu.

Setelah keadaan semakin baik namun sejarah menampakkan seperti mahu kembali semula,tetapi yang mengambil alih tugas mengutip PAU ini dibuat secara teratur dan senyap,cara mana? antaranya membuat exsperimen dengan formula baru yakni memperkenalkan cukai perlindungan dengan mengunakan khidmat orang tengah atau bolih juga dipakai bahasa tenaga bookkie atau jookie atau kd.terhadap para peniaga peniaga bilis khususnya.Untuk menghalalkan adalah dengan cara menaikkan harga barangan,sedikit darinya faedah
akan disalurkan kepada pehak pehak yang berkepentingan lagi yang ada kuasa itu.

bersambung lagi.... 
 Sambungan-
Baru baru ini terdapat sebuah ngo yang turun berdemotrasi bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya tidak memberi kelulusan kepada pasar raya besar diujudkan hampiran taman taman perumahan atau dipekan pekan kecil kononnya bertujuan untuk memberi pembelaan kepada peniaga kecil disitu supaya tidak mempunyai persaingan.Wah...bunyinya cantik sekali,namun demikian sedarkan kita bahawa peniaga kecil inilah yang menghidupkan budaya kotor bekerjasama dengan ejen perasit yang saya namakan sebagai bookie. jookie  dan kd tadi.Jika mati perniagan  kecil itu maka bermakna tiadalah "masuk" kepoket mereka.maka sebab itulah mereka mahu mempertahankan agar gedung gedung berskala mega tidak beroperasi.Kerja jahat ini tidak akan dapat dikesan dengan mudah olih kebanyakan orang melainkan sekiranya ada yang sudah insaf dan kemudian berani tampil mahu mendedahkannya,apatah lagi kegiatan kotor tersebut mengunakan kaedah mesra dengan alasan untuk mengisi tabung derma kebajikan, eksprimen GST dan sebagainya.

Selain daripada itu alasan KPDNKK yang mahu membenteras kenaikan harga barang dengan mengadakan kawalan harga barang serta mahu menguat kuasakan undang undang kepada pesalah atau peniaga yang melanggar peraturan yang ditetapkan hanya sekadar beretorik sahaja.Lihat sahaja kenyataan menterinya memberi idea kartun "jika harga ayam naik jangan makan ayam",saya pun bolih cakap "jika tidak ada duit bolih makan budu" begitukah? Mantan menterinya dulu pun dua kali lima... serupa"katanya bolih beli ayam dipasar tani kerana harganya lebih murah" tidakkah itu sudah bercanggah,satu kata nak kawal letakkan harga siling dan satu lagi mahu mempromosikan FAMA dapat jual ayam harga murah.Sejak bila kerajaan bolih pulak berniaga dengan rakyat ni? Saya mahu memberi cadangan,sekira benar benar iklas mahu merengankan kos sara hidup rakyat,maka setiap aduan ataupun cadangan rakyat janganlah dipandang rengan atau dibakul sampahkan. Perbanyakan pusat aduan/cadangan sebagamana terdapat banyaknya balai balai polis diserata ceruk serta penguat kuasaannya bukan hanya dibuat secara bermusim dan berskala sahaja.

Berbalik kepada isu keganasan dan tembak menembak, terdapat pelbagai tomahan dilemparkan,antaranya dek kerana Akta undang undang darurat telah dimansuhkan,  dan ada pula mengatakan kerana ketiadaan pelaksanaan hukuman islam dijalankan dan juga mengaitkan dengan ajaran dari filem filem aksion yang keterlaluan, benarkan itu semua atau secara kebetulan? jika dari pengaruh filem maka sudah tentu kementerian komunikasi dan multimedia perlu memainkan peranan menapisnya, demikianlah seadanya...

Tok ayah su-bagus naik "b.....g" pada malam jumaat sebab sunat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan