arkib

Jumaat, 30 Ogos 2013

Merdeka si gila....

salam hormat!
Sempena warga rakyat Malaysia mahu menyambut hari kemerdekaan ke56 esok (31 0gos 2013) saya ingin membawa satu cerita berkenaan seseorang yang saya anggap dirinya betul betul merdeka (bebas) Ada orang menganggap dia seorang gila isim yakni terlebih mendalami ilmu agama sehinggakan tak tercapai dek akal lalu kelakuannya dilihat seperti orang yang tidak betul. Memanglah jika bersembang dengan dia langsung tidak ada ruang untuk kita mencelah, pok pek pok pek pok pek celotehnya macam murai tercabut ekor, adakala bolih difahami dan ada kalanya sukar, macam keretapi tak ada stesyen.
sisipan berita akhbar
Siapa yang tak kenal dengan Mat Nor qkua,bolih dikata satu generasi yang berumur sekitar 40an pada tahun 70an dinegeri kelantan khususnya pasti akan mengenalinya, malah ada orang pernah melihatnya berada sampai kebandar bandar besar lain serti diTerengganu, Kuatan,Ipoh sehingga keKuala Lumpur pun pernah dilihat orang dia merayau rayau, Ada orang yang kehairanan, bagaimana si qhua gila ni bolih berjalan jalan kemerata rata tempat sedangkan orang tahu dia tu bukannya ada duit pun..Ada yang gelar dia "Mat Malaya" sebab satu Malaya dia bolih round round mengalahkan sipelancong. Apakah rahsia dia...? Nak dikatakan otaknya tak betul tetapi apabila dilihat cara dia berlawan main dam aji tak pernah kalah,menang sokmo,kalau sekali kalah, dia dengan segera bolih membaca tektik pehak lawan kemudian akan berkali kali pula dia bolih balas sehingga menang memanjang semula, itulah yang menyebabkan orang hairan padanya itu....bila hendak kemana mana dengan jarak jauh tidak pernah dia berjalan kaki, kebiasaannya forverite dia naik bas, kondakter bas mahupun pemandu sudah kenal sangat dah, tak payah minta tambanglah,dia akan cakap "merdeka gapo....kalu naik bas pun kena bayar" Maksud dia kalau dah namanya Merdeka tu semuanya bolih dapat percuma. Pernah seorang tauke kedai makan yang tidak mengenali dia minta duit selepas makan, kemudian dia merunggut ,katanya "merdeka...merdeka....tapi air secawan pun kena bayar, merdeka gapo dia lagu tu...." tapi tauke kedai itu berkeras juga mahu minta duit bayaran makanan yang telah dipesannya, didalam keadaan terdesak itu, dia menuangkan sedikit air diatas meja kemudian dtepuk tepuknya perlahann, air itu telah bertukar menjadi duit, masaallah...Magic ke ni? fikir tuan kedai, akhirnya dibiarkan sahaja lepas tak berbayar... keh... keh... keh... hebatkan kan...kan....kan....mungkin dia ni  tok wali kot .....bersambung

Sambungan-
Jikalaulah siMd Noor qhuar ni masih ada (sebab saya tak tahu adakah dia masih hidup) pasti saya akan menyatakan padanya bahawa ungkapan dia 45 tahun kebelakangan dulunya itu kini telah pun benar benar berlaku, pada waktu dia membuat jangkaan dunia orang islam akan berlaku huru hara,cumanya dia tidak menyebut nama negara Mesir atau pun Syria saja,bahasa mesejnya berbunyi "gegum... gegam... siur... siar....qhuar...qhuar...Apabila ditanya apa benda tu? dia jawab "gegum gegam tu bunyi bom,bunga api dan bedilan, siur siar tu pulak bunyi Heli dan kapal terbang perang diatas kepala manakala qhuar  qhuar tu bunyi kelam kabut bising kanak kanak dan orang ramai menanggis maklumlah suasana perang, oooo... begitu ceritanya, patutlah dia juga lekat nama gelaran "qhuar". Rupanya dia ni bolih meramalkan keadaan masa depan  macam ahlul nujum jugak kot atau kejadian sekarang ini berlaku secara kebetulan?
SALAH SANGKA 
Biasalah...disebabkan perangainya yang dilihat separuh betul dan separuh senget itu (macam MB Trg seperti lapuran akbar) maka dia juga  tidak terlepas dari ditahan olih pehak berkuasa.tetapi dikhabarkan anggota yang menahannya itu bolih mendapat musibah macam macam,ada yang tidak bolih pakai seluar, asyik nak terkicit dan terberak, sakit perut dan pelbagai lagi,agaknya kena tulah atau badi siqhuar ini. keh... keh... keh....pun begitu walaupun dia ini bukanlah seorang tokoh yang didendang namun ada disebaliknya beberapa kelebihan lain.Dia juga tahu bab agama,dihadapan mata kepala saya sendiri pernah melihat dia menegur seseorang yang pada pandangannya sudah tidak betul dalam mengerjakan ibadat solat.katanya "kedudukan tubuh anggota badan mestilah turut sama mengadap kiblat termasuk jari jemari kaki terutama tatkala duduk diantara masa tahyat akhir,katanya banyak orang tidak melakukan dengan cara yang betul.Manakala jejari tangan hendaklah digengam (selain dari jari telunjuk) supaya tidak ada lubang, katanya jika terbuka nanti masuk syaitan sebab syaitan suka pada "lubang". aikk...lain macam je bunyinya,tetapi itulah cara bahasa kiasannya,jika ada yang faham tu akan faham fahamlahh....

Selain daripada itu sebagai orang tua dia juga ada petua tertentu,terdapat ayat ayat yang menjadi amalan khususnya untuk kaum lelaki yang mahu memantapkan alat kejantanan, mahu besarkan saiz dan sebagainya. Nak tahu kena jumpa ambe secara persenal ok. "ayat ayat alquran jika diguna dengan niat yang baik nescaya akan jadi baik tetapi kena lah yakin untuk diamalkan,.bukankah tuhan menyebut seandainya ayat ayat ku (yakni alqur"an) jika jatuh diatas gunung pasti gunung itu akan hancur,jadi ia bergantung kepada niat kita" alangkah hebat bunyi syarahannya itu.
Tok ayah su-nak jadi menteri sebab menteri banyak dapat barang free....kah...kah...kah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan