Salam hormat!
Sebelum ini saya menyatakan "buruk siku" jika pemberian BR1M itu mahu diambil balik semula olih kerajaan secara taktikal melalui kutipan cukai GST, jadi dengan ini jelaslah bahawab buruk kaki tangan bukanlah kerana diabetes semata mata. Alasan disebabkan banyak makan minum bahan yang mengandungi gula bolih mendatangkan penyakit kencing manis sama dengan alasan kepala bolih menjadi botak sekiranya menyenduk nasi dibahagian tengah periuk nasi,jadi pesan atau petua orang orang tua sekiranya mengambil nasi didalam periuk mestilah disodek dan dihabiskan dibahagian keliling disebelah tepi dahulu dan bukan dikorek tengah tengahnya.Walhal botak itu berkait dengan keturunan atau pun selalu stress.Begitu juga dengan petua melarang mencabut gigi kapak sekiranya tidak buruk atau sakit kerana takut nanti mata akan cepat menjadi rabun.Persepsi sebegini bolih mempengaruhi minda sehinggakan perkara yang tidak betul pun kita percaya sebagai benar akhirnya ia menjadi benar.Apa pun alasan yang penting hargai kesihatan kerana hanya orang pernah sakit sahaja mengetahui betapa mahalnya nikmat sihat,seandainya dalam kesakitan maka dikala itu hendak memberi satu senyuman pun kita sudah tidak mampu lagi berbuat demikian.
Didalam siri sebelum ini pun saya juga menulis dalam sekitar membicarakan pasal pembentangan bajet.Saya menjangkakan Ubn akan menjadikan cukai GST sebagai medan ujikaji diPRK N20 Sungai Limau, maknanya jika Ubn menang alasan kukuh untuk menyatakan bahawa GST bolih diterima rakyat tetapi sebaliknya jika seandainya parti Ubn kalah maka secara tersembunyi muslihatnya untuk menghukum Mukhris kerana mahu bertanding merebut jawatan Naib President itu hari telah terlaksana namun begitu strategi serempang dua matanya tidak bolih lari bahawa rakyat marhainlah yang juga turut sama dijadikan mangsanya.
Bajet budu belancan.....
Sememangnya bolih diakui jika diteliti secara halusi bajet kali ini begitu prihatin terhadap kos sara hidup rakyat sehinggakan budu belancan asam garam beras gula semuanya disebut diatas kertas pembentangan. Kesemua itu adalah keperluan asas bagi setiap isi rumah,tetapi persoalannya jika rm250 dibahagikan dengan 360hari/setahun ianya jatuh tak sampai pun seringgit sehari sebagaimana apa yang akan diperolihi olih pesara kerajaan khususnya.Walaupun begitu ada yang berkata daripada tiada langsung lebih baik ada miskipun kadarnya buah tangan itu untuk membeli sebotol budu pun tak lepass....."ingat juga ya kerajaan kepada pesara rupanya, terima kasihlah" kata mereka.Tetapi perlu diingat bagi sesetengah pesara itu ada yang terlebih hebat kena bekerja lagi mencari nafkah walaupun sudah berusia lewat dan berstatus pesara berbanding disemasa mereka berkhidmat didalam kerajaan dahulu yang masih muda dan gagah,sebab apa begitu? sebab barang naik harga jadi kos sara hidup meningkat kemudian tanggungan anak anak sekolah juga masih ada.Jadi kalau nak berdengki pun janganlah dengan pesara sebab mereka rata ratanya bukanlah berduit banyak pun manakala yang kaya adalah pemimpin ataupun kerajaan itu sendiri. Sebab itu tok guru Nik Aziz pesan "kalau pemimpin itu beri gula kacau beri kain pakai...."
Tok ayah su-terkejut dengan berita ini > http://www.sinarharian.com.my/nasional/bil-elektrik-rumah-pm-rm250-sejam-1.215218

Tiada ulasan:
Catat Ulasan