Salam hormat!
Sebenarnya saya sendiri tidak pernah sampai diN20 Sg Limau (lalu sahaja adalah) iaitu satu kawasan yang sedang didalam perhatian ramai sekarang ini kerana terdapat satu pilihanraya kecil diDUN berkenaan ekoran kematian penyandangnya seorang bekas MB Kedah (2008-2013) namun begitu sebuah kampung yang berada diDUN ini bernama Bukit Choras sudah tidak asing kepada saya kerana ianya menjadi bualan kaum keluarga kami sejak lebih dari 40 tahun lalu.
Walaupun ini satu kesah klasik tetapi dianya tetap tidak lekang didalam ingatan kerana ianya mempunyai nilai sejarah peribadi,sebenarnya kesahnya bermula lebih lama dari itu cumanya saya hanya baru tahu sejak diawal awal tahu 70an.Menurut ceritanya datuk saya bersama beberapa orang sahabatnya telah berhijrah kesini untuk membuat kerja kerja mengambil upah membuat bendang padi dikampung ini.Dalam usia yang masih muda remaja pada waktu itu sudah tentu ada orang kampung yang dah mula tertarik untuk menjadikan mereka sebagai menantu.Apatah lagi dengan perwatakan sebagai anak kelahiran Kelantan yang berlainan budaya dan gaya loghat pertuturan itu menambahkan lagi minat mereka untuk merapatkan hubungan.
Ole ole yang dibawa balik olih datuk kekampung asal diKelantan adalah satu cerita berkenaan 3 pemuda yang menunjukkan budaya tersendiri bagi menarik minat bakal mertuanya.Bakal Bapa mertuanya yang dipanggil dengan nama Pok Cop itu juga didalam delima bagaimanakah untuk memilih salah satu dari mereka bertiga ini untuk dijadikan menantu,bagaimanakah kreateria yang dipilih? Bagaikan kesah cerita musang berjanggut dimana seorang pemuda merantau bertujuan untuk mencari seorang bakal isteri tetapi kesah ini pula agak berlainan kerana ia menceritakan bagaimana seorang bakal bapa mertua menguji 3 orang pemuda untuk dijadikan bakal menantunya.
Pada suatu malam selepas penat bekerja bendang,Pok Cop mengajak salah seorang daripada mereka datang bertandang kerumahnya.Sebagai tetamu dihidangkan jamuan makan malam." makan... .makan.... jangan malu malu"pelawa Pak Cop.Habis sepinggan ditambah lagi sepinggan,tambah lagi dan lagi dan lagi sebab dilihatnya didalam manggkuk besar yang berisi nasi tambah itu masih banyak.Pemuda itu berbuat demikian sebab teringat kepada pesan ibunya dikampung yang mengatakan orang Kedah teramat suka kepada orang yang makan banyak banyak."orang makan banyak gagah lagi kuat bekerja sebab itu orang kedah memang suka kepada orang kuat bekerja" kata kata emaknya yang terngian ngian ditelinga.Kerana teringat kata kata ibunya itulah lalu disapu licin nasi yang sepatutnya bolih dimakan dengan kadar 3 orang makan tetapi dibahamnya seorang diri sahaja.Berbisik isteri Pok Cop "paknya ooii...kalaulah begini pakai dak ketedarah dah orang lain....padan semua habis tang dia"
Keesokan harinya pemuda itu menceritakan peristiwa semalam kepada 2 rakannya "semalam mujurlah aku tidak mendapat malu" Kenapa ? tanya rakannya, "hampir sikit lagi aku tidak dapat menghabiskan seperiuk nasi dirumah Pak Cop, aku bertebeng (sedaya upaya) habiskan jugak walaupun perut macam rasa nak pecah kekenyangan, anak dara dia pulak dok perati semacam jah.... kah... kah....kah.... tergelak sakan rakanya mendengar cerita itu,tersalah faham mu ni....inilah akibatnya jika terkeliru dengan budaya orang.
Berkisar dengan pemuda no2, pun juga diuji olih pak cop,selang beberapa ketika Pok Cop mengajak pula pemuda no2 bertandang kerumahnya.Seperti biasa dihidangkan jamuan makan malam, "mari... mari... kedapur kita makan dulu",pelawa pak cop.Tetapi ajakan pak cop kali ini ditolak "tak apalah...pakcik makanlah dulu,saya masih kenyang, baru saja makan petang tadi" kata pemuda no2 itu malu malu kucing menolak pelawaan.Sebenarnya pemuda ini teringat akan ajaran ibubapanya sejak dari kecil lagi diasuh supaya bersopan santun bila bertandang kerumah orang jangan ditunjuk perangai gelojoh macam orang tak cukup makan,kerana sebab itulah dia menolak pelawaan pak cop.Selepas masa makan dan berbual bual berlalu tibalah pula masa masing masing masuk tidur.Puas mengiring kekiri dan kekanan tetapi pemuda itu tidak juga bolih lena,sebabnya apa? Sebab perut sakit dan berkeroncong gruuttt.... graattt... .gruut....graat... kelaparan. Didalam kegelapan malam dia meraba raba kedapur, dibuka saji dan ditibainya apa yang ada....Huhhh.... lega.... baru bolih lena,bisik hatinya. Selepas sekembalinya pemuda itu barulah isterinya kecoh kecoh didapur katanya ada kucing yang telah makan ikan termasuk ikan pekasam yang belum dimasak betul. "ooo....patutlah semasa aku bersalam masa dia hendak turun tadi tangan aku berbau macam ikan pekasam, rupa rupanya kucing kepala hitam" "apa pak nya...?" laung isteri pak cop dari dapur, kah....kah....kah....pak cop ketawa sendirian.....
apa kesah dengan sipemuda ke3...tungguu akan sambungannya....

mencedung bukan menabur-gambar hiasan |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan