sisipan akhbar |
Pada siri sebelum ini saya telah berteori dengan membuat persepsi yang mana siZubir kawan rapat saya itu telah cuba merahsiakan sesuatu dari pengtahuan saya akan isihatinya yang sudah tertarik hati kepada "sidia".Jikalaulah siZubir terbaca pasti dia akan mengatakan saya cuba bermain kasar dengan memecah "botol budu' dihadapan khalayak ramai.Maaf cakaplah wahai siZubir kerana sesungguhnya aku hanya cuba ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran mu dengan kerenah gurauan sikawan engkau ini (aku lah) Mungkin betul atau tidak sebenarnya hanya engkau sahaja yang tahu,aku cuma membuat andaian sahaja,harap harap engkau tidaklah berkecil hati.....
SUASANA KEHIDUPAN DIPONDOK
Sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit lagi cerita akan suasana kehidupan dipondok, saya agak merasa bertuah kerana dapat mengalami dua dalam satu pengalaman,suasana pertama dapat belajar secara percuma disekolah bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS kedua dapat tinggal dipondok persendirian milik seorang guru agama.Namun begitu diantara pengurusan pondok dan pentadbiran sekolah itu tidak terikat dan tidak ada sangkut paut sama sekali,tenaga pengajar pondok dan guru sekolah berasingan malah jaraknya hampir sesuku kilometer juga jauhnya.Hari hari berpeluh pela berjalan kaki berulang alik dari tempat penginapan (pondok) untuk pergi kesekolah..
Tidak ada sebarang syarat ketat yang dikenakan olih tuan guru pondok untuk mengekang mahu pun mengongkong pergerakan kami berdua. Kami dibenar tinggal selama mana pondok itu kosong atau selagi tidak ada penghuni baru, malah secara percuma pulak tu,cumanya kami disarankan seandainya ada kelapangan waktu hadirlah sama bersembahyang secara berjemaah disurau pondok dan.laungkanlah azan sekiranya tiada tok bilal bertugas.Namun begitu terdapat sedikit kerja yang perlu kami buat,apa dia? rajin rajinlah turun kesawah untuk tolong membuat kerja menuai atau menanam padi apabila tiba musimnya.Tanah sawah tok guru bolih tahan luas....Kami berdua tolong dengan iklas tanpa ada sebarang upah,.kami hanya anggap sebagai timbal balas diatas kesudian tok guru yang membenarkan kami tinggal secara percuma disitu.
Untuk menampung keperluan makan minum sendiri maka terpaksalah kami balik kekampung pada masa cuti sekolah dihujung minggu samada sebulan ataupun 2 minggu sekali yakni bergantung kepada keadaan sebanyak mana ada stok duit dalam poket, bila balik lalu minta duit belanja dengan nenek sekadar yang termampu dihulurkan olihnya.Untuk mencukupkan belanja terpaksalah kami berjimat cermat, masak sendiri secara ala kadar,ikan segar dibeli sedikit sedikit dipasar Pulau Chondang, masak singgang atau kukus bagi tahan lama supaya bolih digoreng untuk beberapa hari.Paling tidak pun berlauk dengan ikan kering masin. Bila malam berpelita ayam,tiada eletrik tiada tv dan tiada merokok Sedih dan daif sekali pengalaman tersebut.
Walau pun begitu Pekan Pulai Chondong miski pun hanya sebuah desa yang menjadi laluan utama dari bandar Machang keKota Bharu pada waktu itu namun ianya tetap terdapat pasarana asas,antaranya seperti pasar, kedai kedai runcit mahupun kedai makan,stesyen minyak petrol dan juga pejabat pos termasuk pejabat mini Polis pun ada sama.Tetapi Pulau Chondong kini sudah tersorot dan tercorot,sudah melencong jauh kedalam,semua itu dek kerana terbinanya jalan ala ala lebuhraya baru sehinggakan saya sendiri yang sudah biasa pun menjadi tersasar sesat untuk kesini.Malah saya difahamkan pondok itu pun kini sudah tiada lagi setelah ketiadaan tuan guru berkenaan. Apa apa pun jasa jasa orang Pulai Chondong dulu dulu itu tetap ku kenang sampai keakhir hayat. Budi kalian hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
Berbalik kepada cerita asal....bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan