arkib

Rabu, 26 Februari 2014

Maunya tak marah...(2)



 Salam hormat!
Pada siri pertama saya membawa kata kata dua orang penerima bantuan BR1M,yang pertama itu saya terdengar semasa diwanwancara olih pemberita yang disiarkan diTV manakala yang kedua itu seorang kakak yang saya cuba korek rahsianya apabila dia singgah membeli belah dikedai Maksu (bini akulah). Ada pun kesah itu benar tetapi yang tidak benarnya ialah gambar yang tersiar diblog ini adalah dilain tempat sedangkan cerita sebenar tempat dia pergi adalah diLangkawi, cumanya saya ubah untuk mengaitkan dengan kesah MakSu (bini akulah) yang juga berkesempatan berjalan jalan makan angin keRantau Panjang Kelantan.

sisipan akhbar SH
Kalau orang lain bolih melawat dan melancong sampai kekeluar negara seperti diKemboja,Indonesia mahupun ke Antartika jadi apalah sangat hebatnya kalau kami sekeluarga hanya merewang rewang sekadar didalam negara sahaja kerana hanya setakat itulah sahaja kemampuan yang kami ada.Takkanlah itu pun nak didengki juga? Apa tidaknya.... pernah juga aku dengar dari mulut seorang bekas YgBerhormat katanya "tak padan duduk dirumah PPRT tetapi pakai TV Astro,bukan main lagi...tambahnya "kerja hanya sekadar mengutip barang barang lama,yang dah dibuang orang tetapi bolih pulak memiliki kereta berjenama proton alahai... nampak sangatlah terserlahnya akan gelagat kedengkiannya siYB ini (yb yang dulu bukan yang sekarang) macamlah orang lain tidak ada naluri untuk turut sama mahu merasa nikmat sebagaimana naluri Yb juga, malah ada dikalangan orang kaya terlebih lagi bernafsu besar berbanding dengan kami yang marhain ini. Janganlah marah marah dan tak senang duduk apabila melihat orang lain senang sikit....macamm....sapa tu? aaa....macam Kassim Baba dengan Ali Baba lah....

Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa asyik asyik keRantau Panjang, setiap tahun  kesini sahaja nestinasinya? macam tak ada tempat lain dah...kalau nak diceritakan kesahnya panjang,tiga hari tiga malam pun tak habis jika hendak dipaparkan,biarlah sejarah lama sejak lebih 40 tahun dulu itu menjadi satu memori peribadi yang saya kira tak perlu dikongsi untuk diceritabari kepengetahuan umum. Antara tarikan lain saya kesini adalah selain ada hubungan dengan beberapa orang saudara mara (waris) ianya juga adalah kerana terdapat dikalangan rakan rakan lama semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu yang terus  tinggal menetap disalah sebuah taman perumahan dekat dekat sini dan ada juga yang menjadi peniaga didalam sekitar kawasan Pekan ini.

Aaiikk...saya sebut pekan ? Apakah yang sebenarnya status Rantau Panjang....pekan atau bandar? rasanya Rantau Panjang belum bolih diiktiraf sebagai  sebuah bandar,sebab itulah ianya dibawah pentadbiran Majlis Bandaran Pasir Mas.Dari segi pembangunan saya lihat dari masa kesemasa ainya semakin pesat membangun, walaupun kedudukan susur aturnya agak padat dan tertumpu secara setompok tula, namun kalau dimusim cuti sekolah atau hari hari cuti perayaan ianya menjadi lokasi wajib bagi pelancong datang keKelantan lalu semestinya turut sama datang bertandang kesini, walaupun keadaan jalanraya diPekan ini jalannya yang agak sempit yang membuatkan keadaan lalulintas menjadi sesak (jem) sedikit namun ianya tidak menjadi halangan. Miskipun terdapat 2 lokasi lagi yang baru naik nama seperti diBukit Bunga Jeli dan juga Pengkalan Kubur Tumpat akan tetapi sebagai sebuah pekan tertua dan terlebih dahulu tersohor, tambahan pula dek kerana berjiran dan bersempadan dengan pekan Golok Thailand. maka ianya menjadi lebih menarik dan digelar sebagai pusat syurga membeli belah barangan berjenama dari negara Thailand. Tambahan pula tukaran matawang Malaysia agak tinggi sedikit berbanding Thailand maka sudah tentu banyak benda yang bolih dibeli.

Pun begitu terdapat satu dua perkara yang perlu diambil perhatian olih pehak berkuasa tempatan ialah yang pertama jangan sampai ada yang mengambil kesempatan mengenakan caj harga yang lebih tinggi kepada para pelancong, kerana dibimbangi mereka kan menjadi serik untuk datang kesini lagi, sebab asyik terkena "sembelih" olih peniaga yang tidak bertanggungjawab, soal layanan dan ramah mesra memang tidak bolih ditandingi....setiap patah akan keluar perkataan manja..."abe...tengok abe...hok mano kene" bila dengar "abe' lalu jiwa tua serta merta bertukar segar menjadi rasa muda...keh...keh...keh....Manakala soal yang kedua pula,saya perhatikan sejak akhir akhir ini terdapat pula ulat ulat yang mengutip duit parking, saya berani kata ulat sebab apabila dihulurkan duit bayaran yang diminta,dia tidak pula menghulurkan sebarang surat cat menandakan hitam putih apa apa jenama syarikat yang bertanggungjawab menjaga kawasan parking tersebut.Olih itu saya cuba mendapatkan sedikit "info" (maklumat) dari salah seorang kakak yang berniaga digerai berdekatan.Katanya "jika dihari hari berkerja, pehak penguatkuasa dari Majlis Bandaran yang akan datang memungut duit Parking (letak kenderaan), tetapi disemasa hari hari cuti didapati pehak lain pulak yang ambil alih dok kutip duit parking tempat ini" ooo...ye ke? begitu ke? apakah ini satu peraturan baru yang diperkenalkan olih pehak berwajib,bolih berkongsi satu tempat untuk satu tujuan....sekejap diwakafkan kepada pehak swasta dan dimasa lain pula olih pehak kerajaan sendiri...rasanya bagus juga peraturan sebegini sebabnya rakyat dapat nikmat terus secara langsung, selain daripada cara lama sebelum ini, dimana duit hanya masuk ke "supit" penguatkuasa (kerajaan) sahaja.  ...bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan