arkib

Khamis, 6 Februari 2014

Laporan dan aduan....

Salam hormat!
Beberapa hari lalu akbar Sinar Harian telah melaporkan kenaikan bayaran cukai lesen peniaga dan penjaja, kemudian pagi tadi saya berjumpa dengan salah seorang peniaga yang baru sahaja selesai membayar baharui lesen perniagaan diPejabat Majlis Daerah.Kelihatannya beliau seperti tidak berpuas hati dan melahir kekesalan kerana katanya pehak Majlis telah mengenakan caj membaharui lesen terlalu tinggi melebihi 300%. Jika dahulu yakni ditahun lepas hanya cuma sekadar rm 35.00 sahaja untuk tempoh satu tahun tetapi pada tahun ini telah menjangkau keangka rm 140.00/Thn. WOW....Yang peliknya semakin ramai calon wakil rakyat pembangkang di Dewan Undangan Negeri semakin mahal pulak  bayaran perkhidmatan atau barangan mahu pun cukai dikenakan kepada orang ramai, kenapa jadi begitu? apakah wakil wakil rakyat pembangkang ini tidak bersuara didalam dewan? soal beliau.

Persoalan sebegitu agak subjektif untuk dijawab sebabnya saya lihat diperingkat kampung pun turut berlaku keadaan sedemikian, contohnya disekolah kebangsaan kampung bukannya tidak ada ahli parti pembangkang yang menduduki kerusi jawatan kuasa PIBG,miskipun ada namun didapati yuran mahupun apa apa bayaran tetap juga dikenakan malah mahal pulak tu, jadi tidak semestinya mereka hanya membisu dan tidak bersuara membantah didalam majlis mesyuarat namun kadang kala suara mereka memang sengaja tidak mahu diendahkan, maka dek kerana sebab itulah juga saya mengambil keputusan untuk  tidak mahu lagi duduk dibarisan jemaah jawatan kuasa berkenaan, nampak seolah olah seperti sengaja mahu mengambil kesempatan kononnya sebarang keputusan telah dibuat secara persetujuan bersama walhal suara bangkangan kita dipandang sepi... jadi buat apa saya tungguu....belah ajelah.
sisipan akhbar SH

Walau bagaimana pun sebagai orang biasa biasa sudah tentu mereka mahukan satu pembelaan,orang yang dipandang layak untuk mereka meluahkan aduan  adalah kepada pehak pimpinan sama ada kepada ketua kampung mahupun kepada wakil rakyat selain terus kepehak berkuasa seperti polis dan sebagainya. Namun begitu terdapat juga diantara mereka melapurkan kepada pehak media seperti diakbar, tv dan lain lain seperti dimedia baru internet misalnya. Tidak dinafikan ada diantara aduan aduan itu telah mendapat perhatian dari pehak pehak yang berkaitan dengan mengambil tindakan menangangi masalah yang berbangkit.Syabas...tetapi masih ada juga yang memandang nagatif dengan alasan sekadar berita nyamuk.Bagi pehak yang mahu menjaga krebiliti egensi atau imej syarikat (jika pehak swasta) sudah tentu mereka akan berusaha mengurangkan jumlah aduan atau lapuran dari orang ramai kerana "komplen pelangan dianggap sebagai benar sebelum didapati sebaliknya" .

Ditemui didalam banyak banyak isu atau kes yang agak pelik sikit ialah berkenaan aduan pelangan terhadap mutu perkhidmatan TV berbayar Astro.Jika kita layari dan baca status didalam Facebook rasmi Astro didapati ramai dikalangan orang ramai yang meluahkan rasa kurang berpuashati.Selain dari susah mendapat talian untuk bercakap dengan operator,terlebih dahulu telinga kita akan berkomunikasi dengan robot. Diantara suara robot itu akan berkata "untuk susunan aduan sila dail nombor...dot...dot...dot...." alamak ooi rupa rupanya pehak astro juga ada sistem fileling aduan bersiri 1....2....3...4....5 dan seterusnya macam file kes lapuran orang ramai dibalai polis jugak.Tetapi sedarkah pehak Astro bahawa bukannya susunan file kes
sisipan akhbar SH
demi kes itu yang pelangan mahukan, sebaliknya mereka mahu aduan itu terus segera diselesaikan.Misalnya dalam isu pelangan yang mahu menamatkan langanan. Difahamkan didalam kes sebegini pehak astro akan berdolak dalik mahu mencari jalan bersilat agar pelangan terus terikat.Pernah berlaku bukan sekali dua pelangan menyatakan mohon perkhidmatan langanan ditamatkan namun sampai masanya bil tunggakan tetap dihantar sampai kepelangan. Apa hal ? Apabila diajukan soalan dijawabnya "syarikat kami tutup akaun pada hujung bulan sedangkan tuan maklum pada kami pada sesekian hari bulan, untuk makluman jika akaun tutup pada 27hb jadi pada selepas jam 12 tengahmalam bererti 28hb berikutnya bil tuan akan sudah diproses (caj) sebulan bayaran atau mengikut kadar pekej yang dilanggan, secara automatk' Begitukah sistem Astro berkerja? Persoalannya mana ada manusia yang bolih berhubung serta merta,pergi kePekan bayar bil, bila balik nak maklum melalui telifon sudah terlewat beberapa minit, sedangkan bil sudah dicaj, apatah lagi ditambah pula untuk berhubung dengan pehak astro pun bukannya senang mendapat talian, maka sebab itulah kita dapati bil Astro akan bertali arus tertunggak sampai bila bila dan akan tetap dimajukan kepada pelangan miskipun permohonan untuk tamatkan langanan telah dilapurkan. Begitulah madah berhelah syarikat TV berbayar ini.
Lebih malang lagi,seandainya pelangan gagal menjelaskan bayaran tunggakkan maka akan disusuli pula dengan surat saman Mahkamah,Wahai Astro....orang yang melangan TV anda adalah diantara sebabnya untuk mendapat kemudahan siaran gambar yang agak jelas berbanding  mengunakan arial TV biasa.Kalau sudah diugut untuk saman menyaman maka itu sudah menjadi kes parah,sebabnya pelangan akan kehabisan masa asyik berulang alik keMahkamah sedangkan dimasa yang sama mereka bolih menjalankan kerja harian untuk mencari nafkah.

Tok Ayah Su-Mohon jasa baik menteri berkaitan turut menolong....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan