Salam hormat!
Sudah beberapa siri saya menulis perihal panggung wayang moden yang kini telah menular masuk kerumah sebilangan besar rakyat Malaysia,panggung wayang moden dimaksudkan itu ialah TV Astro,bukan hasrat saya hendak menyerang syarikat TV berbayar ini tetapi olih kerana sebagai pengguna atau pun pelangan sudah tentu mempunyai hak untuk memperolihi khidmat terbaik,apatah lagi apabila setiap kali kita mentalipon syarikat ini,"robot"nya akan bercakap "percakapan anda akan dirakam bertujuan untuk latihan dan penambaikan", jadi saya fikir syarikat ini terbuka untuk menerima teguran ataupun kritikan untuk kebaikan 2 pehak iaitu pelangan dengan syarikat,buktinya saya pernah menerima mesej mohon maaf daripadanya (operator Astro)- maaf anda diterima.
Apabila bercakap pasal wayang lalu terkenang pula saya akan kesah kesah lama.Kalau ditahun 70an-80an tidak sama dengan zaman ini.dikala ini sambil baring baring dirumah pun bolih menyaksikan filem filem yang berbagai versi. Jika dahulu terpaksa pergi kepanggung dibandar ataupun pekan, kena beratur ataupun bersesak sesak berebut untuk mendapatkan tiket,sampai ada yang terseliuh kaki tangan terkena himpitan, agaknya yang bawa pasangan dari rumah pakai kemas kemas dan wangi wangian tetapi dek kerana berhempas pulas dikaunter berebut tiket maka terus hilang wangi bertukar jadi asamm...keh... keh... keh... sebab itulah sebagai tanda nak tunjuk jantan depan awek serta kononnya banyak duit jadi dibelinya tiket haram yang dijual secara "black market" dengan harga jauh lebih mahal dari harga sebenar.
Selain daripada Panggung Wayang, ditahun 70an itu,sebenar TV pun sudah pun ada,tetapi tidaklah menyeluruh, yang punya TV hanya dirumah orang orang berada sahaja seperti dirumah guru sekolah ataupun dikedai kedai makan. Tatkala itu sesiapa yang mahu pakai TV atau radio mestilah mempunyai lesen dari kerajaan. Saya masih ingat apabila ada pegawai kerajaan yang datang memeriksa lesen maka hebohlah satu kampung, ada yang tidak punya lesen atau lesennya sudah mati (tamat tempoh) lalu disoroknya jauh jauh, terutamanya radiolah yang senang dibawa lari jauh, ada sampai kesawah padi,disorok dibawah jerami padi kering atau dibawa sorok kedalam kebun getah, lucu kan....kan...kan...
Apabila kecoh pula peristiwa semasa terkini berkenaan bandar (DUNn25) Kajang yang akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil, secara spontan teringat saya akan pangung wayang yang pernah menayangkan sebuah filem yang pernah saya tengok dan dapat bertemu mata secara live dengan salah seorang pelakonnya iaitu abang Mustafa Maarof, filem ini popular dengan pantun dan peribahasa melayu klasik:
'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya, ada terlebih baik di negeri saya'
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.

Pantun:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.
Heronya Nordin Ahmad dengan watak Damak begitu menyentuh hati, sentiasa difitnah dan disalah anggap dan tidak menyerang sesiapa kecuali setelah dirinya diserang kerana beliau berpegang kepada prinsip yang dipesan olih arwah ayahnya 'jangan menganggu orang tetapi kalau orang menyerang kita... binasakanlah...." serta marahan ibunya yang sering mengingatkan supaya sedar diri "kita hanya menumpang". Nama filemnya tak lain tak bukan ialah "Sri Mersing"
Tidak disangka dunia politik macam pentas filem juga,berangkai dan bersiri siri.Mungkinkah kalau P.Ramli masih hidup,ia akan membuat filem Hang Tuah atau Hang Jebat moden, cerita kesah masyarakat atau individu yang mengamuk macam kesah siPrebet Adam dulu dulu tu, yang dikatakan mahu menuntut bela diatas kematian adiknya dimana dengan secara tak langsung disebalik kesah itu tercetuslah krisis diantara pehak istana dengan kalangan orang politik yang akhirnya terbawa keParlimen untuk meluluskan usul raja berpelembagaan yang melibatkan uminiti raja raja melayu. Jesteru itulah ada juga yang mengatakan keberangkalian perkembangan politik Kajang juga kelak akan melibatkan berlembagaan Negeri seandainya melibatkan anak kelahiran diluar jajahan Kerajaan Selangor yang hendak menduduki kerusi Menteri Besarnya.
Bukannya apa...saya cuma hendak mengaitkan dengan peraturan kecil yang dikuatkuasa diNegeri Terengganu kini.Terdapat undang undang khusus yang tidak membenarkan mana mana individu yang bukan kelahiran Negeri Terengganu memiliki atau tidak dibolihkan memohon tanah milik kerajaan negeri.Namun begitu kelonggarannya diberi dengan syarat terlebih dahulu kena memohon untuk menjadi rakyat tempatan. Maka kerana itu saya berpandangan, seandainya mahu menyandang keduduki kepimpinan tertinggi lantikan politik contohnya seperti MB sudah tentu terlagilah memerlukan syarat syarat tertentu yang berkait dengan perlembagaan.
Dalam erti kata lain orang luar adalah Musafir, tidak ada tempat kerana dianggap berdagang atau dalam bahasa moden digelar pelancung sahaja. Pun begitu musafir dibolihkan memiliki harta benda tetapi tidak bolih memegang kuasa, terutama kuasa diperingkat tertinggi yang melibatkan pembuat dasar atau pemberi keputusan. Tetapi jika sekadar jawatan bilis bilis itu tidak mengapalah, itulah hakikatnya yang berlaku.Namun begitu perlu diberi ingat bahawa siMusaffir juga mempunyai hak kerana ia tergolong dalam kalangan Asnaf yang dibawah pengurusan agihan pemberian Zakat mengikut peraturan agama Islam. Begitulah keistimewaan dan keadilan sebagai seorang Muslim/at.
Kesimpulannya?
Mudah sahaja jalan penyelesaiannya, iaitu balik kepada asas...macam mana? Kalau orang islam yang bukan anti hadith serta berfahaman Ahlul Sunnah sudah tentu akan melihat bagaimana tauladan yang telah ditunjukkan olih Nabi Muhammad S.A.W diMadinah, Kaum Ansar sebagai penduduk asal (tempatan) bolih menerima musafir yang digelar golongan Muhajirrin bertandang KeMadinah. Nabi Muhammad S.A.W bukanlah juga berasal dari negara Madinah tetapi bolih dilantik sebagai pemimpin namun Rasulallah bolih menyatukan kedua golongan ini dibawah satu pemerintahan kerajaan islam dibawah pimpinan beginda. Bukan setakat itu sahaja malah ada dikalangan kaum Ansar yang sanggup menceraikan isteri isteri mereka untuk dikahwinkan dengan golongan orang Muhajirin tersebut,begitulah pergorbanan dan pengajaran asas yang bolih dibuat tauladan dari Sunnah Nabi kita. Apakah orang sekarang bersedia mengikutinya? tepuk dada tanya iman.... wallahuaklam.
tok ayah su-hanya MakSu Heroin ku....keh...keh...keh....
Bukannya apa...saya cuma hendak mengaitkan dengan peraturan kecil yang dikuatkuasa diNegeri Terengganu kini.Terdapat undang undang khusus yang tidak membenarkan mana mana individu yang bukan kelahiran Negeri Terengganu memiliki atau tidak dibolihkan memohon tanah milik kerajaan negeri.Namun begitu kelonggarannya diberi dengan syarat terlebih dahulu kena memohon untuk menjadi rakyat tempatan. Maka kerana itu saya berpandangan, seandainya mahu menyandang keduduki kepimpinan tertinggi lantikan politik contohnya seperti MB sudah tentu terlagilah memerlukan syarat syarat tertentu yang berkait dengan perlembagaan.
sisipan akbar SH |
Kesimpulannya?
Sisipan akhbar SH |
tok ayah su-hanya MakSu Heroin ku....keh...keh...keh....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan