arkib

Selasa, 8 April 2014

Hospital buat hudud....

Salam hormat!
sisipan akhbar SH dan gambar hiasan
Ini kisah silam...jika baik jadikan tauladan jika tidak jadikan sempadan.Alkisah bermulanya seorang pedagang yang ingin memulakan perniagaan,olih kerana beliau hanya orang kampung dan tidak tahu hendak buat urusan pinjam meminjam bank tambahan pula pada masa itu pehak kerajaan juga tidaklah mengambil berat sangat untuk memberi bantuan apa apa yang berkaitan bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan,mahu tidak mahu terpaksalah ia mencari inisiasif sendiri untuk mendapatkan modal, setelah puas berfikir lalu teringat akan seutas rantai sebesar janggut udang kepunyaan isteri dan sebuah jam tangan milik sendiri, setelah berbincang bersama,akhirnya suami isteri itu bersetuju untuk menjualkan sahaja barangan kemas tersebut.

Dengan itu dapatlah mereka memiliki sedikit modal.Si isteri membuka sebuah gerai menjual buah buahan tempatan dan sisuami pula menjual ikan dengan cara menjaja masuk kekampung kampung. Berkat ketekunan dan kesungguhan,perniagaan mereka semakin hari semakin maju.Pada suatu hari malang telah menimpa sisuami.Khabarnya ketika beliau mahu menghancur air batu (ice) sebesar saiz surat khabar kedalam mesin kisar,entah kenapa tatkala mesin sudah pun berhenti, maka dia pun menyeluk memasukkan tangan untuk mengambil air batu hancur yang telah siap dikisarkan tadi itu. Secara tak sekena mengena tiba tiba sahaja mesin itu hidup dan berputar kembali. "Aduh.... tolong...tangan aku" Ramai yang datang membantu namun beliau sudah tidak sedarkan diri.

Apabila dia sedar,didapati sudah pun berada dihospital. Bagaimana dengan tangannya? Isterinya cuba menenangkan beliau,"tangan abang hancur dan hospital terpaksa memotong sampai keparas lengan...sabarlah" beritahu isterinya. Subhanallah....beliau masih bersyukur menerima takdir,tetapi tidak redha jika ada pelaku yang cuba mengkhianatinya dengan menghidupkan swich mesin secara sengaja. Tetapi persolannya yang dikenakan hudud secara tak sengaja adalah beliau sedangkan sipengkhianat itu pula kekurangan bukti untuk didakwa, adilkah begitu?

Itu adalah secebis kesah lama...bagaimana kelak jika ada pehak yang cuba menghudohkan hudud. Jika ada sesiapa yang terpaksa dipotong tangan disebabkan kemalangan atau yang berpenyakit kencing manis pula terpaksa dipotong kaki lalu akan ada yang berkata "itulah rupanya orang Kelantan, ramai pencuri....kena hukum potong kaki tangan sebab buat jenayah".Begitulah kata kata nagatif yang akan jadi "backfire" kelak seandainya Negeri Kelantan ingin menjalankan hukuman Hudud, janganlah pulak ada yang mengsyorkan "kalau tak mahu hukum hudud jadi orang kafirlah". kata kata kejian sebegini akan tetap sengaja diada adakan nanti...percayalah.

sisipan akhbar SH
Teringat saya didalam satu majlis syarahan ilmu agama,ustaz itu berkata "didalam menjalankan hukum hakam, hendaklah kita merujuk kepada hukum Allah SWT sebagaimana bertepatan dengan firmannya yang bermaksud " sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah,sesunguhnya mereka itu adalah orang orang kafir' (AlMa"idah:44).

tok ayah su-rasa pelik jika nama Allah mahu tetapi tidak dengan perintah Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan