arkib

Selasa, 1 April 2014

Ustaz sedap.....

Salam hormat!
Apabila saya meninjau ninjau dari satu blog kesatu blog kemudian beralih kelaman portal berita mahupun FaceBook, jadi hasil dari tinjauan itu dapatlah saya membuat sedikit analisa bagi mencari jawapan mengapa dan apakah yang menyebabkan rating pengunjung naik atau mendapat "like" ramai? Pertama- adalah kerana bahan yang dipaparkan itu paling terkini dan pendedahan maklumat yang terawal berbanding orang lain,manakala yang kedua-walaupun berita lapuk atau dah basi namun jika ada unsur adu domba atau ada gossip itu ini yang bercampur gaul sedikit persepsi bagi memburuk imej seseorang maka tulisan yang sebegitulah yang menjadi kegemaran pembaca, kemudian ada pula yang tumpang saham dosa dengan memberi komen komen tambahan.Jika tulisan positif  yang hanya memaparkan perkara baik baik tentang pemimpin atau tokoh ia tidak akan berolih ramai pengunjung.

Agaknya kerana mengikut rentak dari trend penulisan alam maya inilah juga telah membuatkan segelintir para ustaz turut terikut ikut lagak "kata mengata" terutama didalam siri kuliah mahupun didalam tek khutbah jumaat yang dibacanya.Malahan tanpa berselindung terus menyebut dengan terang terangan nama nama individu,contohnya dalam kes siKassim Selamat" yang terima alQur"an tetapi tidak menerima hadith,saya bukan nak membela Kassim  Selamat akan tetapi patutkan kita menghukum sesat sebelum pehak berkuasa memutuskan ia bersalah?.Memanglah jika dirujuk
sisipan akhbar SH
kepada ucapan dari ustaz Md Noor katanya Rasullah S.A.W telah bersabda "telah aku tinggalkan 2 perkara nescaya kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu kitabullah (alqur"an) dan sunnah pengajaranku" jadi jika didalam alqur'an tidak disebut secara terperinci bagaimana untuk menunaikan solat sedangkan kata nabi "sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat cara aku sembahyang".Olih itu "bagaimana nak bersolat jenazah atau bersembahyang fardhu jika kita tidak mahu mengikut hadith nabi? tambah ustaz Md Noor.

Kita "respect" kepada sesiapa dari kalangan orang muslim yang dapat meluangkan masa datang bersolat secara berjemaah diMasjid atau disurau bagi setiap 5 waktu sembahyang fardhu,tetapi kita kecewa kerana dimasa yang sama didapati segelintir dari kalangan mereka inilah juga orang yang suka mengadu domba membawa mulut dengan melebelkan orang yang tidak dapat berkesempatan datang bersolat jemaah dengan pelbagai gelaran.Bersyukurlah kerana tuhan menyayangi anda menjadi insan terpilih dapat sentiasa hadir kemasjid namun janganlah mengecilkan pahala yang diperolihi itu dengan mengata begitu begini kepada orang lain yang tidak dapat turut berjemaah bersama anda.Sesungguh nabi kita tidak mengata buruk dan tidak memaksa kepada seorang pemuda yang tidak dapat turut sama kemedan perang kerana ingin menjaga orang tua dirumah,dan ingatlah juga bahawa tidak hadir bersolat jemaah bukan termasuk dari kalangan orang yang melakukan dosa sama ada kecil atau besar, namun ia tetap sunnah dari ketegori fardhu kifayah, jangan tinggal semua jika tidak dapat lakukan semua....wallahuaklam.

bersambung  dengan bab berdagang...jangan pilih pilih barangan yang hendak (masa) dibeli, serahkan sahaja kepada penjual itu untuk beri sendiri, sama ada penjual satay itu mahu jual satay hangit atau sebaliknya........ingatkan makanan sahaja sedap rupanya ada ustaz sedap jugak !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan