arkib

Isnin, 21 April 2014

Ustaz sedap (2)

salam hormat!
Kedengaran perbualan 2 orang sahabat "semalam kau pergi mana? tak nampak muka pun disurau? "tanya Pok Usu kepada sahabatnya itu "aku pergi dengar kuliah dimasjid diKampung Tok Sebelah" jawab Pok Abu kawan kepada Pok Usu itu. "isshh... ishhh... kuliah punya pasal sanggup kau pergi jauh jauh, lintas 2 buah masjid dan 2 butir kampung...hebat mu ni" respon kepada Pok Usu secara sinis."Ialah...biarlah mu nak kata gapo pun,tapi mu tahu tak...cara penyampaian kuliah dari ustaz tu sedap" pok Abu menjawab kata sinis kawannya itu. "kih...kih...kih....tak sangka aku...rupanya Ustaz pun ada yang sedap dan tak sedap,macam makanan jugak" tak habis habis Pok Usu memerli. Begitulah perbualan dua orang rakan yang kelihatannya semacam tidak ada persefahaman diantara mereka.

Sementara itu saya kaget dan terpegun sejenak apabila terbaca satu berita yang melapurkan terdapat seorang artis yang memberi komen tentang sirah pengajaran dari seorang Ustaz tersohor,terfikir dibenak rupa rupanya sekarang ini sudah ada dikalangan artis yang berminat mendengar kuliah agama,baguslah kalau
sisipan akhbar SH
begitu kerana itu tandanya sudah ada satu perubahan dari pelbagai pehak untuk kembali kepada fitrah "asas" tujuan kehidupan.Sebuah syair arab ada menyebut "orang cerdik tidak hanya tahu menimbang berapa berat sekeping duit syiling (darham) tetapi juga mesti tahu apa jenis air untuk bersuci". Air susu bersih dan bolih diminum tetapi tidak bolih di..???......(fill in the blank)

Tetapi yang menjadi tidak bagusnya apabila para ustaz juga ada proksi atau kumpulan tersendiri,saya juga bukanlah orang alim akan tetapi saya sering perhati dan dengarkan beberapa orang ustaz yang menjadi khatib membaca khutbah Jumaat.Ustaz golongan pertama saya gelarkan sebagai kumpulan ASAS kerana intipati bacaan khutbahnya berkisar tentang mengajak jamaah supaya memberi kasih sayang serta berikan didikan sempurna kepada anak anak,mengajak mereka (anak anak) supaya tidak tinggalkan solat sewenang wenangnya. "Inna sola tatanha anail fahsa iwal mugkar" maknanya bersolat bolih mencegah dari membuat kerja mugkar,katanya. Kumpulan kedua pula ialah POLITIKING, lebih cenderong kepada ucapan yang berbau politik contohnya segala bala bencana yang berlaku dewasa ini seperti kemarau panjang sehingga terpaksa air dicatu,kapal terbang hilang entah kemana, masjid dan bangunan runtuh disana sini dll kesemuanya ada kaitan dengan perbuatan dari tangan tangan manusia terutama dari mereka yang diberi kuasa tetapi menyalah gunakan kuasa,banyak membazir,boros,rasuah dan seribu satu macam perangai yang melanggar syariat Allah.Jadi mereka ini perlu ditukarkan kepada penguasa lain yang lebih beriman,katanya. Manakala golongan ketiga adalah AMIR (pemunggut)-banyak menginggatkan jemaah supaya sentiasa rajin bersedeqah dan berzakat "carilah bekalan kerana sesungguhnya sebaik baik bekalan adalah bertaqwa",tidak berguna akan sesuatu setelah matinya anak Adam melainkan anak anak yang bolih mendoakan kepada orang tuanya,sedeqah jariah semasa hidupnya dan ilmu yang ditinggalkan bolih dimenafaatkan' katanya.
bersambung....
                                sisipan akhbar SH dan semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan