arkib

Rabu, 23 April 2014

Ustaz sedap (3)

Salam hormat!
Dalam siri yang lepas saya buat pengakuan menyatakan bahawa saya juga tidaklah alim jadi siapalah saya untuk berani komen berkenaan  pengajaran daripada ustaz ustaz,walaupun begitu setakat masa ini saya masih lagi kosisten datang mendengar dan menadah kitab dari seorang guru agama pada setiap hujung minggu 2kali/minggu Walhal terdapat diantara siri pengajiannya itu ada diantaranya bolih membuatkan saya keliru,contohnya dalam bab adab berjual beli katanya "kita tidak bolih pilih memilih barangan yang hendak kita beli,serahkan sahaja kepada sipenjual itu beri sendiri".Aiikkk...tang ni saya agak keberatan sikit nak terima nasihat itu,sebabnya almaklum sahajalah dizaman sekarang ini membuatkan kita agak sukar untuk  mempercayai sepenuhnya dengan kerenah peniaga,ada yang berperangai baik dan ada yang sebaliknya, jika silap haribulan apa yang kita beli itu akan dicampur diantara barangan baik dan busuk dalam satu timbangan misalnya seperti sayur atau pun buah buahan.Apabila sampai dirumah baru terperasan jadi setelah diedit maka hampir separuh terpaksa dibuang sedangkan bayaran harganya sama dengan harga barangan segar, pernah saya terjumpa seorang pelangan yang datang balik menyerahkan buah tembikai yang dibelinya tetapi malangnya sipenjual itu berkata "manalah makcik tahu buruk atau baik sebab isinya berada didalam" waduhh...bergelegak hati naik panas sipelangan.Itu kalau dekat bolihlah dipulangkan balik tetapi seandainya jauh bagaimana? tak berbaloi nak pergi mengadu semula. Demikianlah satu contoh siri pengajian, manakala yang lain mungkin ada banyak lagi,salah satunya berkenaan duit yang kita ada,katanya "tak perlu kita nak simpan menyimpan,belanjakan sahaja sebabnya duit simpanan itu bukannya hak kita,manalah tahu tiba tiba kita mati mengejut maka duit itu nanti akan beralih tangan kepada orang yang hidup pula".Yang (nasihat) inilah jadi susah juga nak disangkal,apatah lagi setiap yang diterangkan itu dikaitkan dengan hujah yang bersandarkan ayat hadith termasuklah dari ayat alqur"an.Kalau tak nak pakai nasihat itu jadilah seperti Yahudi "kami dengar tetapi kami tak mahu patuh".katanya.

Tatapi yang jadi masaallahnya Ustaz ini mahu kita tiru gaya cara perniagaan dua beranak dizaman Khalifah Omar.Ceritanya takkala disuatu malam berjalan jalan siKhalifah menyusuri rumah penduduk kampung,lalu terdengar perbualan dua beranak "besok kamu hendak pergi jual susu,jika kamu campurkan susu itu dengan air sudah tentu kamu akan dapat untung banyak"kata siemaknya."tak bolih begitu,jadi salah sebab tak ikut peraturan"kata anaknya.'alahhai kau ni....mana ada orang tahu pun"kata emaknya lagi."ya...betullah emak, tidak ada siapa tahu akan tetapi Allah tetap tahu" jawab anaknya lagi.Secara kebetulan Khalifah ada mendengar akan keiklasan hati sianak penjual susu itu (sambungan cerita ini ada lagi) . Moral cerita ini adalah keiklasan didalam perniagaan,jadi ustaz yang mengajar  itu mahukan kita mencontohinya.

Baru baru ini saya pun turut mendengar perbualan dua beranak ketika berada disebuah warung.Difahamkan dia beri peluang anaknya belajar sampai ketahap pendidikan setinggi mana selagi anaknya mahu belajar. Katanya beberapa anaknya yang lain (adik adik) tidak mahu mengikut jejak langkah itu untuk turut sama belajar  keperingkat tinggi sebab kecewa melihat akan kakaknya yang tidak berolih kerja yang baik miskipun ada segulung ijarah dari universiti."belajar tinggi tinggi pun buat apa,tak dapat kerja baik jugak,jadi kuli kuli orang je buat apa",kata adiknya menyindir dalam mengeluh.Menurut cerita, kakaknya itu pernah ditanya olih pegawai yang menemu duga kerja "kenapa awak minta kerja ini,carilah kerja yang sepadan sikit dengan kelayakan awak?. Dalam hati kakaknya itu berkata kata ,"apa punya bangang pegawai ini,soalan begini pun ditanya,mana ada orang yang mahu minta kerja yang rendah berbanding dengan kelulusan yang ada?" sudah tentu ada sebabnya, mungkin kurang cabelity atau kenaliti,jikalau anak orang besar JKKK lainlah,kerja datang mencari bukan dia yang pergi mencari kerja....begitulah lumrah hidup dunia hari ini.

sisipan akhbar SH
"Lepas ni ustaz sedaplah...." kata dari perbualan seorang lagi diwarung itu. "sedap apa nye? tanya orang disebelahnya."dapat duduk dirumah baru....cantik dan agak mewah juga,harganya pun bolih tahan jugak, hampir mencecah RM 2ratus ribu lebih sebuah,ada banyak buah lagi kalau kau mahu beli satu? isshh...ishhh....engkau ni apahal tiba tiba beralih topik?
Bercakap pasal bab sedap sedap ni,teringat kepada makanan.Antara kuih tradisional yang paling sedap pernah saya makan ialah kuih baulu masa usia kecil kecil duhulu, ranggup,lembut,gebu, cukup rasa lemak manisnya.siapa yang buat? tak lain dan tak bukan ialah buatan air tangan MakYam Kemuning yakni emak kepada Kartini, siapa kartini? kalau sesiapa pergi keKg Kemuning bertanya nama Rahimah tidak akan ada siapa yang kenal, tetapi jika sebut Kartini maka dialah satunya yang ada dikampung itu.Rahimah adalah nama resminya mengikut IC,siapa pula Rahimah? tidaklah pulak dapat saya sahkan samada benar atau tidak, menurut khabar bahawasanya Rahimah ini telah pun dilantik sebagai Senator olih kerajaan Persekutuan,kalau benar diucapkan tahniahlah....Berbalik kepada kuih baulu buatan emaknya itu, diketahui setakat ini tidak ada sesiapa yang mewarisi resepinya....malanglah nasib baulu warisan MakYam kalau begitu.

      Tok ayah su-tunai amanah tuhan beri didikan pada anak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan