arkib

Sabtu, 13 Disember 2008

Dari meja analisis



Apabila disebut sahaja Sdr Tuan Hj Mat Sabu maka teringat poksu pada suatu ketika dahulu beliau pernah berkunjung kesini (MTD:bukan maktab tentera diraja) diantara percakapannya yang releven dan bolih diambil pengiktibaran daripadanya ialah katanya "apabila kita berada sesama kita (dalam satu kumpulan yang sama), maka adalah terlebih baik kita senantiasa bermuhasabah diri,akan tetapi jika kita berada diluar sana,biarlah kita bercakap tentang kebaikan kita sahaja ".

Poksu amat bersetuju dengan saranan tersebut kerana konsep inilah yang banyak dipakai semasa poksu berada didalam perkhidmatan tentera dahulu.Poksu masih ingat bagaimana didalam suatu majlis mesyuarat,ada diantara kami masing masing terkena "smesh" sesama sendiri,diluahkan secara terbuka dan "direct" dihadapan anggota korum mesyuarat,sehinggakan ada yang merah padam muka sampai ketelinga kerana terpaksa menahan emosi suhu kemarahan,ada sesetengahnya pula cuba menegakkan benang yang basah ada dan ada juga yang akur akan kelemahan diri.Tetapi yang aneh dan hebatnya kami bolih bekerjasama semula selepas itu seolah olah yang gawat dengan pertelingkahan sebentar tadi semacam tidak ada apa yang berlaku,tidak ada pun timbul perasaan ingin berdendam sesama sendiri dan tidaklah sampai sehingga terbawa bawa keluar,segala perasaan marah tadi kami tinggalkan sahaja didewan mesyuarat,yang dibawa keluar hanyalah tuan empunya badan dengan semangat dan perasaan yang baru,inilah sebenar kunci yang mampu memumuk semangat kami untuk terus berkerjasama semula didalam sebuah pasukan.

Jika bercakap tentang motivasi atau bermuhasabah diri ini,yang sebenarnya bukanlah bererti kita ingin mencari kelemahan dan kesalahan orang lain semata mata,bukan juga medan untuk kita mencipta isu atau gossip agar kita bolih melompat naik,akan tetapi ianya lebih kepada ingin melihat kelebihan dan apa pula kelemahan kita sendiri (merujuk kepada diri poksu juga). Sememangnya kita kena akur dan kadangkala perlu ditanya adakah "aku ini memang sempurna seratus peratus"?Olih yang demikian poksu tidak amat bersetuju jika ada yang cuba mendabik dada syok sendiri mengatakan dia sememangnya telah sempurna berbanding dengan orang lain,setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing masing,kata orang putih "no body is perfect",melainkan para nabi dan sahabat sahabat yang telah pun dijamin syurga olih Allah S.W.T

Poksu-Harap Puteri Umno mula belajar pakai tudung sebelum datang ke KT !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan