arkib

Sabtu, 13 Disember 2008

Pesanan penaja (fasa 2 bil.1)



Pekasam Ikan Puyu Kiriman: Puan Siti Aminah - Mergong Sumber: Resepi Turun-Temurun Bahan-Bahan:
1 mangkuk beras, 1 cawan garam kasar, Air suam secukupnya & 1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).
Cara:
1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari. 7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu. *Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.
Tambahan:
Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. 'SELAMAT MENCUBA'
Sumber dipetik dari http://resepi.mesra.net/Detailed/5856.shtml
Ini pula cara resepi ikan pekasam dari poksu
Bahan bahannya
Ikan air tawar (keli atau sepat) -1 kg
Garam kasar secukup rasa atau 1/2 gengaman tangan.
Asam keping - 4 hiris
Beras 1/2 cawan
Air suam 1/2 cawan
Cara membuatnya:-
1.Ikan disiang dan dibersihkan dengan campuran air perahan asam limau nipis atau asam jawa untuk hilangkan bau hanyir.
2.Beras digoreng dan dikisar halus.
3.Gaul dengan garam kemudian jeruk atau peram ikan supaya sebati rasa masin selama 12 jam (lebih kurang).Masukkan juga bersama dengan air suam tadi.
4.keluarkan kemudian dimasukkan kedalam tabung yang kedap udara,sebelum itu lumurkan dulu beras goreng pada ikan yang dijeruk tadi seekor demi seekor.Jika tidak suka masin bolih dibasuh terlebih dahulu ikan tersebut.
5.Kedudukan ikan didalam tabung hendaklah diselang selikan dengan sedikit asam keping dengan beberapa buku garam kasar untuk ketahanan jangka masa tarikh luput.
6.Selepas itu dibiarkan selama satu minggu didalam bekas kedap udara .
Peringatan: semasa mengoreng pastikan dengan kadar minyak masak yang sedikit sahaja untuk mengelakkan ikan jadi hancur.Ketahanan ikan pekasam bolih sampai 2 ke 3 bulan untuk simpanan.SELAMAT MENCUBA.
Poksu-untuk seorang kawan yang minta sangat sangat supaya resepi ini dikongsi bersamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan