arkib

Selasa, 2 Disember 2008

Pengorbanan !


Komen dari meja analisis

Dipetik dari blog http://n32.blogspot.com/ .
Pengorbanan seorang ahli Pas ialah apabila ia menghilangkan sikap ego ketika bersama dengan Pas kerana mera’i ahli Pas yang berbagai latar belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.Saya teringat ceramah Almarhum Ustaz Buniyamin Yaakub, betapa beliau dan seorang sahabat beralas perut sekadar roti dan budu yang tertinggal saki bakinya di pejabat PAS Kelantan dan malamnya meminjam kereta kawan tanpa road tax untuk bergerak ke Kelantan Selatan berkempen memenangkan PAS di sana sebelum PAS menang di Kelantan 1990.Adakah kita masih bersedia berjuang dan berkorban seperti ini atau kita kini sudah terlalu selesa, merasakan diri terlalu besar sehingga isitlah “korban” hanya ditinggal dihelaian kitab-kitab, berhabuk di almari dan rak buku, atau bagaimana? Ya Allah selamatkanlah kami semua dan perjuangan ini. Ayuh kita bersedia berkorban di Kuala Terengganu!

Poksu-Berkorban,terkorban,pengorbanan adalah dari sukukata "korban".Jika dalam bahasa arab bolih disama ertikan dengan "jihad"yang membawa maksud bersedia dengan apa jua kemungkinan,jika dalam sudut agama ianya satu ganjaran pahala yang tiada nilai bandingannya, namun poksu bukanlah nak bincang lebih lebih bab dari sudut kacamata agama, biarlah poksu tinggalkan kepada para ilmuan yang arif agama sahaja membicarakannya dengan lebih terperinci,poksu hanya sekadar tahu menyatakan yang asas asasnya sahaja pun cukuplah.....
Apa yang menariknya ialah soal pengorbanan ini telah pun poksu bangkitkan dalam satu majlis mesyuarat.Poksu berkata "mereka yang datang mesyuarat ramai ramai pada malam ini rata ratanya telah banyak berkorban samada tenaga atau masa mahupun wang ringgit sekurang kurangnya untuk mengisi minyak kenderaan demi untuk memenuhi undangan apabila diarahkan untuk hadir bermesyuarat,soalnya adakah berbaloi pengorbanan ini jika setiap agenda yang dibincangkan diperingkat MTD tidak dapat disebar luaskan keperingkat cawangan?dalam erti kata lain tidak bersedia untuk turut sama mengikut jejak langkah MTD mengumpulkan Ahli Jawatankuasa Cawangan bagi memanjangkan butiran mesyuarat sebelum dipraktikkan atau diagih agihkan pembahagian tugas seterusnya,sehinggakan ada diantara egendanya "terlepas dari tarikh" yang ditetapkan atau terlepas masa untuk mengumpulkan wang derma untuk sesuatu program". Jadi dimana nak letak laungan kononnya ingin memperkasa cawangan? jika soal pengurusan ini pun jadi kaku dan beku,macam manalah agaknya jika sekiranya Parti diberi kuasa olih rakyat untuk memerintah? Olih yang demikian, poksu ingin bertanya, bolihkah selamatkan permasaalahan ini dulu sebelum mohon keselamatan dari Allah? poksu hanya sekadar hendak bermuhasabah diri.............!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan