arkib

Selasa, 21 Oktober 2008

Dipetik daripada Blog Sdr Roslan sms sebagai berkata:-


Dari Meja Analisis
Parti menerajui kerajaanPAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat telah menganjurkan satu seminar bertajuk: “Penglibatan PAS dalam urustadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat berasaskan siaysaha syariah” di Shah Alam hari Sabtu lepas.Seminar ini telah diresmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang turut menyampaikan ucaputama dengan tajuk “Prinsip-prinsip syariah dan amalan di Malaysia dan pengalaman PAS”. Lain-lain kertas yang dibincang adalah “Pengalaman PAS dalam BN (1973-78) analisa pencapaian PAS” oleh Dato’ Mustapha Ali, “Pengalaman PAS dalam pentadbiran negeri Kelantan (1990-2004)” oleh Ustaz Dato’ Abd Halim Abd Rahman dan “Siyasah syariah dalam kerajaan Pakatan Rakyat: Kedah, Perak dan Selangor” oleh Ustaz Dato’ Harun Taib.Seminar telah ditutup oleh Dato’ Dr Harun Din, Timbalan Mursyiudl Am PAS.Apa yang menarik perhatian saya adalah resolusi yang telah diluluskan diakhir seminar tersebut. Menurut Ustaz Nasruddin at Tantawi di dalam blognya http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ semua sekali terdapat 13 resolusi dan 4 cadangan.Resolusinya yang pertama berbunyi:Parti mesti menerajui kerajaan dan bukan sebaliknya. Perangkaan dasar, program, penubuhan jabatan dan institusi baru mestilah diputuskan oleh parti terlebih dahulu .

Saya mengharapkan agar kesemua kertas-kerja yang dibentangkan serta resolusi dan cadangan seminar yang sangat penting ini akan segera disebarkan dikalangan pimpinan dan kekuatan akar-umbi parti.


Poksu-Tertarik dengan pendapat dari seorang Prof undang undang UIAM yang tersiar dalam akbar Sinar Harian 20 Okt 2008 yang jika direngkaskan lebih kurang begini bunyinya “Sebuah kerajaan dalam sistem Demokrasi berparlimen seperti diMalaysia ini para ahlinya dilantik olih ahli Parliment itu sendiri,ini bererti satu kerajaan itu terbentuk bukannya secara langsung olih pengundi parti,olih yang demikian jika ada terdapat berlakunya undi tidak percaya maka wajiblah kerajaan itu melepaskan kuasa dan menjadi tanggungjawab untuk Yang diPertuan Agong,Raja Raja atau yang diPertua Negeri untuk melantik kerajaan baru.

Namun jika berlaku justifikasi kelainanan atau perbezaan pendapat dalam sesama prinsip kesepakatan contohnya dalam kerajaan negeri PR hari ini maka mekanismanya mestilah diambil dalam satu nada dan satu suara,ini kerana masing masing terikat dengan tanggungjawab bersama,hak kebebasan bersuara hanya perlu diluahkan dalam bilik mesyuarat dan bukannya bolih didedahkan secara terbuka dalam kabinet yang terdiri daripada pelbagai wakil (exco) dari kalangan lain lain parti didalamnya,dalam kontek ini Wakil Kerajaan (PR) tidak perlu menzahirkan ketidak kepuasan hatinya walaupun atas dasar hak kebebasan bersuara,langkah bijak hanya perlu mendiamkan diri sahaja demi untuk menjaga keutuhan parti yang diwakilinya.Jika tidak,buatlah pilihan kata dua mahu kekal atau letak jawatan sebagaimana yang dilakukan olih Datuk Zaid Ibrahim yang tidak bersetuju dengan pengunaan ISA olih kerajaan.

Apapun apa yang hendak dikaitkan disini ialah pengunaan eset kerajaan untuk parti,yang difahami harta benda kerajaan dan duit ringgit kepunyaan parti adalah dua perkara yang berbeza.Bukankah eset kerajaan itu puncanya adalah datang dari tangan rakyat yang terbanyak disamping dari lain lain punca khazanah alam?,manakala harta benda parti itu pula hasil dari “collective” (dikumpulkan) hanya puncanya dari ahli parti dan juga penyokongnya sahaja,jadi apakah rasionalnya sebuah kerajaan itu mesti diterajui olih dasar parti tanpa diputuskan bersama pakatan kumponem parti didalamnya…..??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan