arkib

Rabu, 15 Oktober 2008

Rotan merotan,releven ke?



Dari meja alalisis


Kelmarin (15 0kt 2008) poksu mengikuti penuh minat perbahasan pembentangan bajet dewan rakyat diParlimen,dalam banyak banyak perkara,poksu hanya ingin menyentuh satu perkara sahaja iaitu isu pendidikan (jika ada kesempatan akan sentuh sedikit dalam bab agama),ini kerana pendidikan dan agama sememangnya dibawah kapisiti poksu sebagai biro berkenaan didalam satu organisasi NGO yang poksu sertai buat masa ini.

Yang disebut pertamanya berkaitan dengan permasallahan rotan merotan kepada mana mana murid yang melanggar peraturan sekolah,apa yang difahamkan peruntukan hukuman tersebut diberi kuasa kepada pehak sekolah dengan kaedah kaedah tertentu seperti tidak dibenarkan dilakukan dikhalayak ramai,jika terpaksa dilakukan maka dibenarkan menjalankan hukuman ini secara tertutup dan hendaklah dikenakan rotan dibahagian anggota badan hanyak ditapak tangan ataupun dikawasan punggung secara berlapik.

Disini poksu tidak berminat untuk mencadangkan supaya hukuman ini dibatalkan atau dimansuhkan,ini kerana jika dilihat dari sudut kacamata agama itu membenarkan tindakan membenarkan merotan secara rengan dengan niat untuk memberi pengajaran apabila seorang anak tersebut tidak menunaikan amalan solat dalam rukun agama,namun demikian hukuman hudud juga perlu ditanya kepada ahli agama adakah perlaksanaanya membenarkan hukumannya dibuat dikalayak ramai?.sebenarnya soal hukuman ini bukanlah dibimbangi sangat olih murid tetapi lebih kepada kerisauan dari ibubapa sendiri,kerana mana ada ibubapa yang sanggup anaknya dimalu atau diaibkan dikyalayak ramai,lebih lebih lagi jika seseorang ibubapa itu seorang berpengaruh atau seorang VIP dikawasan tersebut,apa tidak betulkah begitu?nanti kelak akan ditanya anak siapakah itu ? ha…ha…ha… (nak tergelaklah pulak).

Manakala dari perhatian poksu sendiri,masaallah disiplin ini tidak pernah dibincang secara panjang lebar olih PIBG,peranan PIBG hanya lebih kepada hal hal kebajikan semata,bagaimana nak kumpul wang untuk adakan khemah kerja (kem) atau melawat kemana mana,ini terbukti dimana poksu masih ingat diera tahun 2000-2004, segerombolan orang politik (JSR) telah mengadakan satu perjumpaan untuk berbincang dengan para guru sekolah untuk menangani masaallah disiplin dan ponteng ini,yang dilihat semakin hari semakin serius dan kritikal seolah olah pehak sekolah tidak dapat mengatasinya lagi,masyarakat melihatnya semakin menular,jadi tujuannya perjumpaan itu untuk mencari jalan penyelesaian,hendak mencari dimana punca kelemahannya, adakah dari pengurusan sekolah atau kelemahan dari pehak ibubapa sendiri?Diantara hujah yang diberi olih guru ialah ibubapa mengambil sikap mengambaikan tanggungjawab untuk mendidik anak anak mereka dengan alasan guru hanyalah mempunyai masa 5-6 jam masa sehari sedangkan selebihnya masa murid murid tersebut adalah berdampingan dengan ibubapa masing masing,jadi patutkah soal pendidikan ini harus diserahkan seratus peratus kebahu seorang guru?soal mereka.

Ya,memang betul jika dilihat secara mata kasar ada kebenarannya,tetapi kita harus ingat dan akui juga bahawa peranan guru tetap guru manakala peranan ibubapa tetap berberbeza,tugas dan tanggungjawab ibubapa/penjaga lebih luas iaitu menjurus kepada mencari nafkah wajib untuk seisi keluarga dengan kata lain adalah menyediakan keperluan ekonomi termasuklah untuk menampung urusan perbelanjaan persekolahan anak anak,dalam pada itu ada juga dikalanagan ibubapa walaupun telah berkerja keras tapi masih lagi tidak mampu menghantar anak anak mereka kekelas “tuisyen” berbayar,malah dikalangan ibubapa yang lebih intelek pun adakalanya terpaksa kehulu kehilir untuk berceramah atau berdakwah sehingga menyebabkan masa mereka juga amat terhad untuk bersama keluarga,apatah lagi bagi ibubapa yang tiada pengtahuan ilmu untuk mengajar sambilan dirumah,sudah tentu lebih parah lagi jika seorang ibu bapa itu mempunyai bilangan anak yang ramai,jika seorang anak hendak ditumpukan ½ jam seorang cuba dharabkan dengan 8 orang,sudah tentu banyak masa yang diperlukan,ini tidak termasuk masa yang diperuntukkan untuk mengajar kelas al-Quran.Jadi kita harap urusan ibubapa tidak akan terbantut dengan mencampur adukan urusan pendidikan ekedemik/pelajaran ini dengan urusan kehidupan harian mereka.Berlainan pula dengan seorang guru,tugas mutlaknya mengajar dan bidang ini juga adalah periuk nasi mereka (kerjaya),dengan bahasa kasarnya gaji guru itu dibayar olih ibubapa (rakyat).Apa pun alasan guru dulu dan guru kini terbeban dengan tugas tugas sampingan adalah tidak releven untuk tidak berkeupayaan melakukannya.Maka wajarlah ibubapa swastakan sahaja soal pendidikan ini kepada para guru.

Poksu juga ingin berkongsi cerita dimana anak seorang kawan poksu berupah sikap setelah menjejaki keperingkat sekolah menengah,tidak sampai 3 bulan berada didalam kelas,kerusi pun belum panas lagi tiba tiba sudah pandai panjat pagar untuk ponteng kelas,sedangkan semasa didarjah enam anaknya tidak pun pernah melakukan demikian,jadi apakah asasnya yang mengatakan anaknyalah yang jadi punca masaallah,walhal jika diteliti budaya ponteng ini telah lama wujud disekolah menengah tersebut,jadi apabila masuk sahaja pelajar baru akan terus terjerumus sama,soalnya apakan ini bukan kegagalan pentadbiran sekolah namanya? Nasib baiklah pelajar perempuan memakai baju kurung yang lebih menyusahkan untuk memanjat pagar,jika tidak pelajar perempuan turut terkangkang sama memanjat! Ha…ha…ha…

Kesimpulannya,kata kawan tersebut “mengawal disiplin sekolah seumpama sama dengan peranannya sebagai mata telinga kepada guru besar semasa beliau sekolah dahulu,dimasa itu beliau dilantik secara sulit olih guru,setiap hari beliau diarah masuk kebilik guru untuk melapurkan jika sekiranya ada apa apa permasallahan,punca permulaannya setelah sebuah kereta guru dibocor dan dicalar olih seorang murid yang tidak dikenali,ketegasan guru besar bertindak tegas keatas murid yang bersalah tersebut akhirnya dapat mencegah mengundangnya gejala khianat itu berkembang”.katanya.

Sebenarnya poksu sendiri mengalami pengalaman sebegini,mengawal disiplin anggota khususnya yang baru masuk keunit setelah tamat kursus asas rekrut,segelintir daripada mereka merasa besar diri dan bersikap keras kepala,sukar untuk menerima arahan atau sebarang perintah,tindak tanduknya banyak menimbulkan masaallah,budaya merosakkan kenderaan “orang yang tidak disenangi” semasa dialam persekolahan masih ada lagi diamalkan.Kononnya untuk protes atau membalas dendam secara senyap.Disinilah memerlukan kebijaksanaan seorang pegawai yang perlu pandai menanggani atau mengambil tindakan tegas untuk membendungnya.
Poksu-Sering beritahu guru,pukul dan rotanlah jika perlu anak anak saya,tapi janganlah sampai patah atau buta,hindarkan sebarang kecacatan kekal…..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan