arkib

Khamis, 30 Oktober 2008

Buat renungan bersama !


Malam semalam (30/10/08) sebahagian daripada ahli qariah masjid dikampung kami telah menerima seorang tetamu luar dan tetamu tersebut berkesempatan menyampaikan kuliah selepas solat maqrib,tetamu istimewa yang dimaksudkan itu ialah Ybhg Dato"Tuan Ibrahim bin Tuan Man (gambar:berserban).


Diantara isi kuliah yang disampaikan ialah bagaimana sejarah bermulanya pemisahan agama dengan politik,menurut beliau "sejarahnya bermula dizaman kegemilangan agama Kristian iaitu diabad ke3 hingga ke8 masehi,sewaktu ini kesemua urusan kehidupan seharian termasuk pentadbiran politik dibawah kawalan gereja.Sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat olih pehak gereja akan dibunuh,termasuklah ahli sains juga ada menjadi mangsa kerana berselisih pendapat diantaranya teori bumi olih pehak gereja mengatakan kedudukannya mendatar sedangkan ahli sains telah membuat kajian kedudukan geografi dunia dalam bentuk bulat.Akhirnya satu demi satu para golongan profesional telah mengistiharkan diri untuk memisahkan diri dari agama,maka lahirlah golongan dinamakan kumpulan Protestain,selepas itu tinggallah gereja hanya berfungsi untuk majlis kematian dan perkahwinan sahaja,dengan kata lain politik suku agama suku.

Pengaruh inilah telah turut sama disebarkan olih para penjajah yang telah menjajah negara kita disewaktu masa dahulu,sehingga ada orang orang kita menganggap agama dan politik perlu dipisahkan kerana agama itu suci sedangkan politik itu kotor, itulah dakyah yang telah meresap kedalam fikiran sesetengah orang daripada kita hasil dari kesan yang dibawa olih para penjajah barat".Sebenarnya tambah beliau "walaupun ada mahupun tidak ada tercacat sesuatu peraturan didalam kitab agama atau pun dalam Alqur"an,namun untuk mengadakan aturan peraturan tersebut pasti memerlukan penguatkuasaan,jadi apakah bolih sebagai contoh hendak mengadakan undang undang peraturan jalan raya jika tidak kita mempunyai kuasa untuk berbuat demikian (walaupun dalam agama tidak menyatakan secara khusus),hendak memperolihi kuasa salah satu caranya dengan bersiasah/politik,jadi maksudnya apakah wajar politik dipisahkan dengan agama?sudah tentu tidak".


Itulah teori mudah dan simple yang telah diperkatakan olih Ybhg Dato" dalam kuliah tersebut,tambah beliau lagi,sifat dan naluri orang muslim kebiasaannya lembut dan tidak suka berlawan,termasuklah Junjungan Nabi Mohammad SAW sendiri lebih suka kepada perundingan,walaupun ada media barat membuat kajian Nabi mohammad SAW sorang yang paling hebat,disegi ilmu peperangan, pentadbiran/politik mahupun ekonomi namun dimasa yang sama mereka cuba menutup dan sembunyikan kelebihan Nabi Mohammad seorang Rasul utusan Allah SWT".Katanya lagi "dalam Surah AlFatihah menyebut supaya Allah SWT "tunjukkan jalan yang lurus".begitulah juga dizaman sebelum islam (jahilliah) Nabi Mohammad menyerukan kaumnya supaya meninggalkan menyembah berhala dan tinggalkan dari melakukan perkara syirik kepada Allah,lalu berlakulah pertentangan pendapat dengan pengikut Abu Lahab yang mengatakan Mohammad SWT cuba melakukan pecah belah,maka disini terjadilah sifat berlawan,perlawanan disini untuk mencari jalan yang lurus,olih itu kadangkalanya sifat berlawan ini perlu demi untuk mencari kebaikan dan keluar daripada melakukan perkara keburukan dan kerosakan".

Akhirnya beliau berpesan siasatlah terlebih dahulu setiap berita yang dibawa olih seseorang kerana sejarah nabi Mohammad SWT sendiri hampir hampir membawa kepada natijah peperangan apabila seorang utusannya yang telah tersalah lapur berkaitan dengan kumpulan yang enggan membayar zakat,sehinggalah turun ayat dari Jibrail yang menyatakan jangan mudah terima berita yang dibawa olih orang fasiq,beliau juga berseru "sebaik baiknya jadilah seorang Penolong kepada agama tetapi bukan mengambil kesempatan keatas agama".....!!!
(antara ahli qariah masjid yang hadhir)
Poksu-moga dapat dijadikan pedoman, setidak tidaknya untuk diri sendiri....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan