arkib

Khamis, 14 Mei 2009

Bicara agama (14/5/2009).

Salam hormat!

Seorang beraqidah islam bergantung kepada 3 perkara pokok iaitu qolbi (niat) tasdiq (lafaz dengan lidah) fe"li (perbuatan),contoh nyata ketika mengucap dua kalimah syahadah dan lafaz akad nikah memerlukan ketiga perkara tersebut digabungkan disamping berijtihad (berikat)dengan penuh yakin akan rukun yang wajib diketahui dan dipercayai iaitu rukun islam yang lima serta rukun iman yang enam. Siasah atau bahasa semakna politik adalah fe'li (perbuatan) manakala tindakan agama menglibatkan kepercayaan yang tidak bolih dipisahkan diantara keduanya seumpama isi dengan kuku.

Fekah siasah bermaksud mengatur,melantik,memimpin dan mentadbir dalam kata lain mengikut dari bahasa yunani great disebut astolah yang bermaksud membahaskan cara mana untuk membentuk masyarakat manakala siasah syariah pula adalah gabungan ungkapan perkataan yang membawa pengertian politik yang berasakan hukum syarak (undang undang syariah).Perlaksanaanya pula adalah untuk menjaga kepentingan ummah mencakupi semua bidang kehidupan yang berdasarkan landasan al"Qur"an dan Al-Hadith.

Pengertiannya amatlah luas kerana merangkumi perlembagaan,ketua negara,,pentadbir,badan kehakiman,aspek keawangan dan seumpama dengannya.Kesemua ini perlukan kaedah fekahiah yang perlu memberi penekanan yang lebih kepada kaedah "mencegah kerosakan berbanding melebihkan kepada kemudhoratan".Maslahah (muslihat) politik perlu melihat mupsadah (kerosakan) dengan memilih yang mana lebih rengan diantara dua (mencegah kemudhoratan).sebagai contoh pokok kelapa menjadi penting kepada masyarakat dipinggir sungai tetapi lebih penting lagi jika ditebang untuk diambil batangnya bagi dibuat jambatan yang runtuh untuk dibuat laluan (pembangunan) kepada orang ramai tetapi syaratnya perlu ada keadilan dengan diberi pampasan atau ganti rugi yang setimpal kepada tuan empunya pokok kelapa tadi.Kaedah fikh ini telah diriwayatkan olih Imam Syafie katanya " kedudukan ketua negara terhadap rakyat seumpama wali (penjaga) kepada anak yatim".Berkata juga Assothabi dari Khalifah Omar berbunyi "aku meletakkan diriku terhadap harta benda Allah seperti penjaga kepada harta anak yatim,jika berhajat aku ambil,tetapi aku pulangkan balik bila aku sudang senang,dan jika aku mampu nescaya tidak sedikit pun aku ambil daripadanya".

Kesimpulannya: pilihan dengan mengikut 3 peraturan pokok fikh siasah yang pertama "Al-Marsallah' yakni melakukan perkara kebaikan dan kemenafaatan dengan menolak bahaya daripadanya.Kedua " Al-istahasan"iaitu menyakini dan mempercayai sesuatu perkara yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan.Ketiga-sadul zaro'ah yang bermaksud menutup pintu kerosakan dan kebinasaan.Serentak dengan itu untuk menjamin segala kerja mengikut musyawarah (muafakat) maka istiqomah (keyakinan) siasah syariah hendaklah mengikut garis panduan fekah islam yang mementingkan kepentingan menjaga agama (didikan acuan islam) menjaga nyawa (kesejahteraan rakyat),menjaga akal (kesihatan),menjaga keturunan (kebangsaan) dan harta benda (wataniah/negara/tanah air).

Poksu-Sebahagiannya dipetik dan direngkaskan dari kitab manhaj ilmu fekah olih tuan haji Syed (bekas mufti Negeri Sabah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan