arkib

Khamis, 28 Mei 2009

Sejarah diri ketika dalam ATM



Salam hormat !
Sebelum ulasan dibuat adalah terlebih baik ditanya beberapa persoalan,pertama adakah kita memahami beberapa pembawaan idealogi yang terdapat didalam erena politik seperti apa itu sekularisme,nasionalisme,komunisme,pro-islamisme dan beberapa ME lagi (doreme pun ada)dan apa pula kaitan dengan sejarah pkm yang akan diulas ini,tunggu!
Idealogi Skulerisme bermaksud tidak memahami hakikat tauhid kepada agama dengan mengangkat sistem pendidikan berkiblat Barat yang memisahkan agama didalam urusan kehidupan termasuk amalan berpolitik (itulah skulerisme).Manakala idealogi Nasionalisme pula bolih disama ertikan dengan perasaan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada negara bangsa dengan menuntut hak kesaksamaan keadilan kemaknusiaan (itulah Nasionalisme).


Idealogi pro Islamisme pula berkonsepkan kefahaman penyatuan umat manusia (satu) melalui pengaruh pendidikan yang disalurkan samaada dari pondok rakyat,masjid,madrasah,surau dsb. Sejarah awal tercetusnya perkembangan idealogi ini dinegara kita berlaku disekitar tahun 1910 dimana setelah anak anak pengajian pondok ini telah berjaya melanjutkan pelajaran keUniversiti Al-Azhar kaherah Mesir.Setelah balik ketanah air mereka telah mengembangkan ajaran agama islam yang dipelajari mengikut persamaan apa yang terkandung didalam kitab Al-Qur"an dan Al-Hadith kepada anak anak muda kampung,antara tokoh yang disebut dalam sejarah ialah seperti Syed Shiekh Al-Hadi,Shiekh Mohammad Abduh serta beberapa orang tokoh lagi. Golongan ini telah cuba memulihkan kefahaman agama yang bercampur aduk dengan kefahaman adat kebudayaan yang karut dan kolot,akan tetapi telah mendapat tentangan hebat dari orang yang lebih tua (dewasa) termasuk juga sokongan dari golongan muda melayu yang berkefahaman lebih radikal dan sekular antaranya Onn Jaafar,Abdul Rahim kajai,Zainal Abidin (Za'aba) serta beberapa orang lagi.

Bagaimana dan dari mana pula munculnya PKM (parti komunis malaya).Secara rengkasnya PKM mempunyai matlamat sama dengan PKI (parti komunis Indonesia) iaitu ingin membebaskan negara masing masing dari taklukan penjajah Belanda dan British.Pada asasnya niat perjuangan mereka baik akan tetapi malang perlaksanaannya mereka amat buruk sekali dengan pendekatan kaedah kekerasan dan kekejaman.Ideologi mereka mengikut buku the comunist manifesto olih Karl Marx dibarat serta karangan Mou Szie Tung ditimur.Natijahnya banyak memberi kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja kepada harta benda awam malah melibatkan nyawa insan insan yang tidak berdosa termasuk kaum perempuan dan kanak kanak. Yang paling jelas orang yang terlibat secara langsung bertempur dengan gorombolan penganas komunis (pkm) ini ialah pasukan keselamatan iaitu anggota tentera dan polis.Jika hendak dipanjangkan kesah ini sudah tentu memerlukan analisis pengkajian yang lengkap dan terperinci.
Jesteru itu saya hanya ingin menyatakan secara asasnya sahaja berserta ingin memamarkan dan berkongsi cerita benar mengenai penglibatan diri saya sendiri.Diawal tahun 1980an, saya bersama sama dengan anggota pasukan lain turut dikerah untuk membuat operasi ketenteraan bagi mengawasi keselamatan pembinaan lebuhraya timur dari Jeli Kelantan ke Grik Perak.Kami bersilih ganti keluar masuk dikawasan yang masih hitam ini kerana sering diganggu kekacauan Komunis,setiap pergerakan terbatas tidak bolih sewenang wenangnya untuk kemana mana lokasi tanpa ada di 'escort olih fire x car".Semasa tidur pun mestilah mendakap senjata seumpama bini kerana mengambil langkah berjaga jaga dari sebarang kemungkinan.Apa yang sempat dirakam dan dilihat cebisan bara api yang masih berasap dan panas kesan tembakan yang dilepaskan olih pasukan komunis ini yang menyerang hendap kenderaan kenderaan tentera yang membawa bekalan makanan,kami sering pasang telinga dan sering dengar ada sahaja anggota tentera yang terkorban diwaktu itu. Tetapi alhamdulillah kerana saya sendiri tidak diketemukan bertempur secara bersemuka namun begitu saya amat bersimpati dan faham akan betapa azab sengsaranya yang ditanggung olih sahabat sahabat seperjuangan. Ada kini yang masih hidup tetapi terpaksa menerima kecacatan kekal seperti kudung kaki,tangan dan lain lain anggota badan dsb.
Kesimpulanya jika ada pehak yang mengatakan terdapat anggota komunis berbangsa melayu islam,maka saya hendak mengajak mereka merenung sejenak sejarah perang saudara dizaman Khalifah Ar-Rashiddin.Konflik peperangan sesama saudara seagama islam jelas terbukti dalam sejarah peperangan Siffin dan Jamal.Seorang diketui olih sepupu Rasullah S.A.W iaitu khalifah Ali menentang pasukan Muawiyah yang disokong olih Aishah bekas isteri nabi.Apapun alasan, moral peperangan ini ialah lahirnya perasaan dendam dan rasa tidak berpuas hati diantara satu sama lain.
Berbalik kepada tentera kita,semangat kekitaan dengan mematuhi arahan pemimpin agong negara yang beragama islam bertepatan dengan seruan agama "taatlah kamu kepada Allah dan Rasul serta para pemimpin dikalangan kamu".Amalan ini juga bertetapan dengan apa yang disebut dalam ilmu Figh iaitu supaya mempertahankan lima perkara,pertama-Agama (islam) kedua-keturunan (bangsa),ketiga-Akal (kesihatan) keempat-Nyawa (rakyat yang berbilang bangsa dan kaum) dan yang terakhir harta benda (tanah air),jadi fikir betul betul !
Poksu-Sumber artikel ini dipetik dari beberapa bahan bacaan yang ada dalam simpanan...!

1 ulasan:

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan