arkib

Sabtu, 9 Mei 2009

Mesyuarat agong Pas Kawasan Hulu Terengganu

imej 1 imej 2
imej 3

imej 4

imej 5

imej 6

imej 7

imej 8

imej 9

imej 10


Salam hormat ! Pada tanggal 8/5/2009 bermula jam 10 pagi dibangunan inilah (imej 1) berlangsungnya majlis mesyuarat tersebut diadakan,ianya terletak disuatu tempat yang bernama Kubang lembek dalam daerah Manir,K.Terengganu.Bersebelahan bangunan ini pula terletaknya pusat pengajian (imej 2) yang mana sukatan pelajarannya setaraf dan diiktiraf olih universiti al-Azhar Mesir,dua tahun disini kemudian hanya setahun sahaja diperlukan untuk melanjutkan ke Al-Azhar (lebih kurang begitulah dari apa yang difahamkan),manakala terdapat dihadapan bangunan ini (imej 3) ialah premis tiga tingkat yang tidak siap (terbengkalai) sejak tahun 2005 kerana pembinaanya terhenti setelah kerajaan dibawah pemerintahan Pas bertukar tangan dengan kerajaan Umno/BN (jika buat sarang ternakan burung walid ok jugak,itupun sekadar untuk penjanaan ekonomi jangka pendek).

Terdapat sedikit kelemahan semasa pendaftaran (imej 4) kerana didapati tag pengenalan perwakilan tidak mencukupi,ada yang dapat dan ada yang tidak diberi kerana kehabisan stok katanya.Apakah hendak mengira jumlah ahli perwakilan pun jadi masaallah juga,sebagai contoh satu cawangan ada 7 orang perwakilan didharab dengan 16 cawangan satu Dun dan didharab lagi dengan 4 DUN dalam satu kawasan maka jumlahnya budak tadika pun bolih mengira,atau keadaan ini sudah sememangnya disengajakan kerana ada spelek dengan muslihat tertentu, wallahuaklam,tidaklah pulak hendak menuduh nanti tidak pasal pasal dapat dosa kering ! olih yang demikian kita dapati ada diantara perwakilan balik awal sebelum pemilihan kepimpinan dijalankan.......mungkin kurang berpuas hati dengan pengurusan kot?

Walau bagaimana pun poksu sempat mendengar sedikit amanat dari Tuan Guru Hj Hadi semasa memberi ucapan perasmian (imej 5 dan 6:download media flast player untuk lihat video ) antara inti pati rengkas tuan guru telah menghuraikan konsep fikh tahlul dan perbezaan walak bersiasah dengan parti DAP.Katanya Tahlulnya adalah untuk mencari satu titik keadilan tanpa membuang dasar yang sedia diguna pakai olih parti Pas iaitu islam sebelum ini, manakala Walak ialah sebagaimana kerjasama parti umno dengan MCA/MIC yang banyak mengamalkan kaedah menghalalkan cara dengan tidak mengambil kira hukum hakam halal dan haram dalam agama.Kemudian beliau menerangkan sedikit istilah apa maknanya jihad,tambah beliau jihad sebelum islam menang adalah menjadi fardhu ain kepada setiap orang mukallaf manakala bezanya jihad selepas islam menang adalah menjadi fardhu kifayah,hari ini musuh musuh telah masuk kerumah rumah melalui media media eletronik/cetak yang mana ada yang bolih merosak dan melalaikan pemikiran orang islam.Olih itu menjadi kewajiban kita juga untuk berjihad menentangnya (keburukan).

Selepas ucapan perasmian,majlis berhenti rehat se3mentara untuk makan tengah hari seterusnya melaksanakan sembahyang jumaat terlebih dahulu.Sambil berjalan untuk kedewan makan didapati ada yang mengambil kesempatan bersalam salaman dengan beberapa orang kepimpinan (imej 7:AlFadhil Ust Kamaruzzaman Ketua Dewan Ulama Pemuda dan imej 8: Ybhg Tuan Hj Muhyidin,Ketua Penerangan Pas Negeri serta imej 9:sebahagian daripada wajah wajah muslimat) manakala Imej ke 10 wajah wajah perwakilan sedang mengambil hidangan masing masing.....Rasanya tidak banyak berlaku perubahan tampuk peyandang jawatan untuk penggal ini dan muka muka lama masih lagi kekal dikerusi masing masing.

Poksu-Selamat memikul amanah baru untuk sessi 2009-2011 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan