arkib

Selasa, 26 Mei 2009

Dulu mat smart kini mat rempit !


Salam hormat !
Kata orang tukang rumah tidak semestinya rumahnya sendiri cantik,begitu juga seorang tukang gunting tidak semestinya bolih mengunting rambutnya sendiri,bermakna soal untuk mendidik dan mendisiplin anak muda yang merempit tidak bolih ditunding jari kepada para ibubapa mereka sahaja kerana kadangkala ibubapa juga gagal dan tidak mampu mendidik dengan segala macam ragam dan perangai anak mereka sendiri,jesteru itu betapa pentingnya perlu ada orang ketiga atau orang tengah yang bolih turut sama menasihati, jadi siapakah orang tengah tersebut ?apakah pehak berkuasa yang menjalankan kuasa dengan tindakan undang undang semata mata ? atau seseorang yang disegani,yang mempunyai mulut masin ? ataupun mereka ini perlu diupah dengan bayaran tertentu barulah hendak dihentikan kegilaan merempit ini?
Baiklah,katakan jawapannya dengan tindakan undang undang mungkin bolih tapi hanya untuk jangka masa tertentu sahaja,ini bererti dihadapan pehak berkuasa mereka akan patuh tetapi apabila sudah ketiadaan pehak yang mengawal sudah pasti mereka ini ini akan mengulanginya lagi,jadi tidak dapat selesai masaalah juga, begitu juga jika diberi habuan tertentu seperti diberi upah wang ringgit dengan harapan supaya jadi baik dan tidak merempit lagi,langkah ini hanya akan dijadikan alat peras ugut jika sekiranya mereka sudah kehabiasan wang tersebut,waduh !tidak dapat selesaikan masalah juga,jadi bagaimana ?
Bagaimana jika mereka ini diasuh olih seseorang (kepala) yang bolih dikatakan disegani dikalangan mereka, cara asuhannyan pula bagaimana? Idea begini, kita ibaratkan mereka ini sekumpulan kalkatu yang terbang bersaing menuju kesuatu cahaya lampu atau cuba terbang lebih tinggi lagi ketempat yang tidak diketahui dimanakah destinasinya,jadi cuba lihat dan perhatikan apa kesudahannya kumpulan kalkatu itu,apakah faedahnya dan tujuannya,jawapan sudah tentu tiada dan akhirnya kesemua bertaburan jatuh balik ketanah lalu mati atau dijadikan makanan olih sang katak,mahukah anda begitu wahai sirempit ? sudah tentu tidak mahu bukan....jadi sayangi nyawa anda!
Atau apa kata jika anda cuba mencontohi mat mat motor dizaman generasi bapa kamu,mereka ini ada yang digelar Mat Smart sebab dengan statusnya mereka yang suka bergaya bukan sahaja dengan motor tetapi cara berpakaian juga ingin nampak bergaya mengikut zaman itu,walaupun cara ini tidaklah seratus peratus baik akan tetapi setidak tidaknya mereka ini ingin kelihatan segak dan disukai ramai kerana tidaklah sampai menyusahkan ibubapa malah kepada masyarkat juga.Cara mereka memandu pun bolih dikatakan tidaklah merbahaya dan lebih berhati hati kerana mempunyai sifat sayang akan harta benda (motor) supaya tidak mudah lekas rosak dan tahan dari susut nilai harga dan tidak perlu membazir kerana sering mengeluarkan wang kos membaiki,dan sering ingat...pembaziran amalan syiatan!
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah cuba anda bayangkan jika ditakdirkan anda menjadi anggota penguatkuasa,apa yang harus anda lakukan kepada golongan merempit ini, cuba anda pejamkan mata dan fikirkan sejenak dan bertanya sukar atau tidak jika anda berada ditempat itu? atau bagaimana jika kamu terlanggar seseorang orang anda paling sayangi?Jadi diharapkan anda fikirlah betul betul !
Poksu-Ingat pepatah "tiada beban batu jangan digalas"...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan