arkib

Ahad, 31 Januari 2010

Pas:dalam makrifat air sireh pinangku...


Salam hormat !
Pas pada pandangan saya tidak pernah mendidik pengikut mahupun penyokongnya untuk memperolihi keuntungan berbentuk duniawi secara "mee segera".Sebaliknya memberi tumpuan kearah mentarbiyahkan ahli ahlinya supaya melakukan pengorbanan diri iaitu berjihad secara sukarela dengan menginfaqkan (menyerahkan) bukan sahaja tenaga,buah fikiran malah termasuk harta benda milik masing masing dengan memasang niat untuk berjuang kearah halatuju fisabilillah yakni bermaksud mencari keredhoan allah secara seiklas hati.
Jesteru itu pengorbanan sebegini amatlah dituntut olih agama apabila kita merujuk kepada sejarah hijrah dizaman nabi yang mana diwaktu itu para pengikut yang menerima ajaran islam telah melakukan pengurbanan meninggalkan harta benda mereka ditanah Mekah untuk kebumi Madinnah bersama sama nabi Muhammad S.A.W. Tidak berimam mereka sebelum diuji dengan pengorbanan sebegini kerana terdapat sebilangan yang telah menerima islam akan tetapi tidak mahu turut berhijrah kerana sayang untuk meninggalkan harta benda lalu dipaksa olih Abu Jahal selaku pemerintah Mekah diwaktu itu untuk memerangi orang orang islam diMadinah dengan alasan mereka tidak berdaya melawan arahan siAbu Jahal tersebut,akhirnya turunlah ayat mempersoalkan kenapa kaum yang telah menerima islam ini tidak mahu meninggalkan golongan munafikin ini sedangkan bumi Allah itu luas.Akhirnya status keislaman mereka yang tidak mahu berhijrah bersama nabi tidak diiktiraf lalu kekal sebagai kufur....

Hari ini kata nabi bahawa hijrah tidak ada lagi selepas hijrah tersebut,yang ada ialah hijrah kerah berjihad membuat amal makruf dimasa yang sama meninggalkan amalan nahi mungkar.Olih yang demikian antara amalan baik yang bolih menjadi bekalan untuk menuju kealam akhirat ialah menginfaqkan sedikit rezeki yang ada untuk didermakan secara iklas kearah fisabilillah.Ini kerana antara amalan yang akan dihitung diakhirat kelak ialah sedekah jariah, peninggalan ilmu yang memberi menafaat serta iringan doa olih anak anak yang solih.Diatas keyakinan ini maka pas menyedari satu medium khusus untuk ahli ahli yang ingin menyumbang kearah fisabilillah itu mestilah diujudkan,akhirnya lahirlah pembentukan tabung untuk pengumpulan amal sedekah jariah ini bagi diurustadbir secara teratur dan lebih kemas.
Untuk melicinkan lagi segala urusan gerak kerja ini maka satu majlis yang dinamakan "Pelancaran Tabung Fisabilillah Samah Serial" telah dilakukan perasmiannya olih Ybgh Tuan Haji Muhyiddin Rashid iaitu selaku Bendahari Pas Negeri Terengganu merangkap SU Pas Kawasan Hulu Terengganu yang telah diadakan diMarkas Tarbiyyah Dun (MTD Ajil) pada malam 26 Jan 2010 yang lalu. Alhamdulillah sambutannya amatlah menggalakakan,lebih 10 tabung buluh antik untuk setiap cawangan didharab dengan 20 cawangan telah pun diagih agihkan dengan sasaran kutipan akan melebihi keperluan untuk menampung membiayai keperluan perbelanjaan dalam pilihanraya umum ke13 nanti .Bermakna ini satu lagi tanda tanda persediaan awal Pas seluruh Terengganu telah pun melakukan gerak kerja untuk kemenangan parti Pas dalam pilihanraya akan datang.
Untuk makluman pada majlis tersebut saya juga ada mengemukakan cadangan kearah bagaimana untuk turut sama meninggatkan ekonomi individu/ahli ahli dan tidak hanya tertumpu untuk objektif bermotifkan politik semata mata,apakah cadangan tersebut?tunggu....akan bersambung!
Sambungan terkini:
Tergerak hati saya untuk memberi satu idea apabila setelah melihat akan kekebalan pendapatan ekonomi setiap individu dari kalangan ahli ahli pas yang bolih saya ibaratkan seperti tolak tidak rebah,bakar tidak hangus rendam diair tidak lemas,begitulah bayangan betapa kukuhnya kedudukan ekonomi sebilangan daripada,jesteru itu saya merasakan alangkah baiknya jika golongan yang gah ini menjadi penyelamat pula kepada satu golongan lagi yang dilihat tahap ekonominya agak goyah dan serba kekurangan,dari kelompok yang daif inilah pada lazimnya akan mudah terpedaya dan menjadi goyang apabila dituip angin wang ehsan dari UmnoBn.
Dengan menyedari hakikat ini,saya fikir satu langkah untuk memintas kegiatan yang merugikan parti ini perlu diatasi segera kerana jika dibiarkan lambat laun ianya akan termakan budi tergadai bodi.Diatas kesedaran itu maka dengan ini saya perturunkan satu rangka formula cadangan untuk memulihkan ekonomi dengan tekad agar tidak akan ada lagi selepas ini ahli ahli pas yang pergi menadah tangan mohon belas pitih ehsan dari pehak umno sekaligus tidak akan ada lagi mana mana individu yang berputus asa untuk terus hidup kekal berhijrah bersama sama jamaah pas.INSAALLAH....
Jadi marilah sama sama kita menyemak cadangan ini :
CADANGAN TABUNG MUAFAKAT JAMA’AH"SKIM INFAQ JARIAH BARAKAH’
1.Objektif

a.Sebagai salah satu punca kemajuan penjanaan ekonomi ahli CAWANGAN/ahli serta keluarga dengan konsep ‘muafakat menabung sambil menderma’.
b.Memberi tambah nilai dana individu kepada kekuatan modal secara terkumpul dari “jama’ah untuk jamaah” serta individu dan parti.
c.Menginfaqkan dana secara “collective” (kumpul dan aktifkan) dangan cara tersusun (sistematik).
d.Bersesuian dengan firman Allah taala yang bermaksud ‘ sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka’ – Surah Al-Raad ayat 11.

2.SYARAT SYARAT DAN PERATURAN.
a.Diwajibkan mendaftar secara rasmi didalam ‘SKIM INFAQ JARIAH BARAKAH’ dibawah lujnah ekonomi ahli Cawangan.
b. Bayaran daftar setiap ahli sebanyak rm 3 seorang (bukan lot) serta YURAN bulanan sebanyak rm 10.00 (minima) setiap bulan atau sebanyak rm 100.00 (maksima) dibayar setiap bulan.
c. Tempoh matang selama 10 bulan atau bersamaan rm100.00 atau mengikut kadar maksima rm1000.00,mengikut yang mana lebih dahulu (jumlah bulan@ jumlah duit)
d. Imbuhan tahunan bergantung kepada kadar faedah simpanan cara islamik bank dan dari nilai tambah seperti kedai ahli,lori pengangkutan/bas/van,ladang (pertanian) hasil ternakan serta kegiatan sewa peralatan “catering” seperti khemah/kerusi meja/pingan mangkuk dan peralatan eletrik (pa system.lampu hiasan, cabel dan lain-lain).
e. Sebagai salah satu daya tarikan,satu bentuk pinjaman peribadi (tanpa faedah)diujudkan.Ahli dibenarkan meminjam wang tunai diatas dasar kecemasan seperti tatkala ditimpa musyibah,kemalangan ataupun keperluan pendidikan anak-anak sekolah.Pinjaman hanya layak dipohon dengan kadar 50% dari jumlah tabungan/simpanan peribadi.Duit baki tabungan sebanyak 50% lagi dikira sebagai CAGARAN..Proses kelulusan pinjaman dalam jangka masa kurang dari 1 bulan.
f. Baki duit cagaran sebanyak 50% ini akan dijadikan modal pusingan tabung,hanya boleh dituntut secara bertulis setelah ingin berhenti menjadi ahli atau ditamatkan dari menjadi ahli. Proses permohonan dalam jangka masa 10 ke 12 bulan untuk kelulusan .(Kelewatan jangkamasa ini disebabkan wang tersebut akan dijadikan modal pusingan terlebih dahulu)
g. Keahlian akan terbatal dengan sendirinya (automatic) sekiranya gagal menjelaskan yuran atau bayaran balik pinjaman dalam tempoh sepuluh (10) bulan berturut-turut tanpa alasan dan sebab musabab yang munasabah.Baki 100% wang TABUNGAN akan dikembalikan.
3.KERANGKA PERKIRAAN (BUSINESS PLANT)
Kiraan dalam nisbah satu (1) hingga ke sepuluh (10) orang ahli adalahseperti berikut :
a. 1 orang x rm10.00 x 10 bulan = rm100.00 @ 1 orang x rm100.00 x 10 bulan =rm1000.00 .
b. 10 orang x rm10.00 x 10 bulan = rm 1000.00 @ 10 orang x rm1000.00 x 10 bulan =rm 10. 000.00
c. Anggaran faedah tahunan 5%ke10% x 1 tahun = rm 5.00 ke rm 100.00 setahun,atau mengikut jumlah peratus (persen) tabungan ahli. dan dari tambah nilai seperti rujukan dibilangan 2 perengan d.
d. CONTOH : Bayaran balik pinjaman peribadi (tabungan maksima) pinjaman permulaan = rm500.00 dengan tempoh bayaran balik rm 50.00 + rm100.00 (yuran) = rm150.00 x 10 bulan =rm 1500..00. (Formula/cara perkiraan pinjaman minima tetap sama).
e. Urutan kadar pinjaman kedua akan dinaikkan dengan kadar 50% dari jumlah simpanan yuran dan hutang lapuk (lama) telah dijelaskan sepenuhnya.f. Baki duit tabungan sebanyak 50% lagi dikira sebagai cagaran sekiranya gagal melunaskan hutang , wang ini akan dipotong sebagai bayaran hutang setiap bulan .Wang ini jugalah yang akan dijadikan modal pusingan tabung.
4.SIAPAKAH YANG PATUT MENGURUSKANNYA?
Sekurang-kurangnya 5 orang ahli jawatan kuasa kecil di ujudkan untuk melancarkan penjanaan gerak kerja ekonomi ini atau sebaik-baiknya 8 orang terdiri dari :-
i) Pengerusi / penolong
ii) Setiausaha/kerani
iii) Bendahari
iv) Ajk/Lujnah muamalat/ekonomi
v) Ajk/Lujnah ilmiah(pendidikan)
vi) Ajk/Lujnah amal jariah(kebajikan)
iv) 2 orang pemungut duit/pemeriksa kira- kira.**10% saguhati akan dibayar kepada pemunggutduit,dipotong dari yuran ahli
5. Contoh CADANGAN (PROJEK SATU)

a . Langkah satu-Setelah terkumpul modal rm 800.00 bolih dibeli 2 ekor anak kambing dara kemudian dibuat system ‘pawah’ diberi kepada ahli yang berminat pelihara sehingga beranak.
b. Langkah dua:-Anak kambing tersebut barulah dikira hak milik ahli yang memelihara tadi ,manakala ibunya pula bolih dijual dengan anggaran kasar rm 600.00 x 2 ekor = rm 1200.00
c. Langkah tiga-Hasil jualan ini dicairkan kedalam 3 agihan:-
i) Dicairkan dan diagih kepada ahli 50%: rm 600.00 (imbuhan/bonus tahunan)
ii) KeAkaun skim jariah jemaah 30% rm 360.00 (untuk pengurusan gerakkerja dan pinjaman)
iii)Di infaqkan ke akaun Cawangan 20%: rm 240.00 (konsep menabung dan menderma.)JUMLAH: 100% rm1200.00 (maksud tambah nilai)
d. Soalan:
i) Kebaikannya?
ahli tidak perlu banyak keluar modal.
ii)Keburukannya?
ahli yang berkenaan perlu bertangungjawab membayar ganti rugi sekiranya kambing itu mati.
* permohonan diproses mengikut angka giliran.
6.CONTOH CADANGAN (PROJEK DUA)
a. Langkah satu:
katakan modal/dana terkumpul sebanyak rm5000.00, digunakan untuk bayaran muka (pendahuluan) beli sebuah anak lori “pick –up”(angkut sawit)atau van /bas sekolah.
b.Langkah dua:
disewakan secara bersyarat kepada mana-mana ahli yang berminat dengan kadar rm 500.00 sebulan x 12 bulan = rm 6000.00 (rm5000.00/dana + rm 1000.00/keuntungan sewa).
c. Langkah tiga:
Syarat-syarat penyewa mestilah menjelaskan hutang bulanan (finance) belian kenderaan.Segala kos kerosakan, kemalangan ,kehilangan (kecurian)pemeriksaan Puspakom, saman trafik dan bayaran parking ditanggung olih penyewa.Masaalah penjamin adalah juga menjadi urusan penama.
d. Langkah empat:
Kenderaan tersebut hanya akan menjadi hak milik penyewa setelah segala hutang “finance” selesai dilunaskan. Sebelum itu bayaran sewa bulanan hendaklah dijelaskan kepada skim jariah (Resit bayaran pinjaman "finance”hendaklah ditunjukan sebagai bukti pada setiap bulan).
e. Langkah lima:
Skim jariah hanya menerima sewa secara bersih dan diagihkan(dicairkan) kepada 3 agihan :-
i) Dicairkan dan diagih kepada ahli 50% rm 500.00 (Imbuhan/bonus tahunan)
ii) Keakaun skim jariah jemaah 30% rm 300.00 ( untuk pengurusan gerakkerja dan pinjaman)iii) Di infaqkan ke akaun Cawangan 20% rm 200.00 (konsep menabung dan menderma)Jumlah :100% rm1000.00 (maksud tambah nilai)
f. Soalan:Kebaikan?
memberi kemudahan kepada ahli yang kurang mampu.
g.Keburukan?
sekiranya gagal membayar hutang pinjaman (finance) kenderaan akan ditarik dan penyewa selaku penama akan bertanggungjawab sebarang tindakan mahkamah atau gantirugi olih pehak bank*Permohonan diproses mengikut angka giliran.
7. CONTOH CADANGAN (PROJEK TIGA).
a.Langkah satu-
Seandainya modal/dana tabung terkumpul rm 1000.00. Bolih dibeli seekor lembu yang berharga dalam lingkungan diantara rm 1000.00.
b.Langkah dua-
Disembelih dan dijual daging (berserta kulit dan isi dalam) secara runcit atau borong dengan anggaran kasar pendapatan jualan rm 1500.00.
c. Langkah tiga-
Kemudian pendapatan tersebut ditolak rm 1000.00 (untuk dana/tabung)Rm 200.00 (untuk tukang kerja/pengurusan jualan) tinggal baki rm 300.00 (untung bersih).
d. Langkah empat-
Tabung hanya menerima untung bersih sahaja iaitu rm 300.00 dan diagihkan (dicairkan) kepada 3 agihan:-
i) Dicair/diagihkan kepada ahli - 50% rm 150.00 (Imbuhan/ bonus tahunan)
ii) Keakaun skim Jariah Jemaah-30% rm 90.00 (pengurusan gerakkerja dan pinjaman)
iii)Di infaqkan ke akaun Cawangan- 20% rm60.00 (konsep menabung dan menderma)
Jumlah -100% rm300.00 (maksud tambah nilai)
e.Soalan-Kebaikan?
Tidak perlu diusik wang cawangan yang sedia ada.Jadikan satu pelaburan fit Deposit diislamik bank.Keburukan?-Sekiranya pengurusan jualan mengalami keruguian *Gerakkerja ini bergantung kepada kedudukan jumlah dana /modal tabung yang ada.
8.RENUNGAN(PENUTUP).

*Berinfaqlah kepada orang yang terikat (berjihad fisabilillah )sedangkan kamu mengenal meraka tidak meminta minta melainkan dengan apa yang kamu jariahkan (nafkahkan) sesungguhnya allah maha mengetahui (apa yang kamu kerjakan )-Al-Baqarah ayat 273.*Sabda Rasulallah s.a.w.–Sesiapa yang menunjukan sesuatu perkara kebaikan maka baginya pahala seumpama orang yang melakukan kebaikan itu dan begitulah sebaliknya.
Tok ayah su-mohon disokong cadangan ini !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan