arkib

Ahad, 17 Januari 2010

Selak kain...





Apa kaitan wajah wajah ini dengan artikal saya selepas ini...tunggu !
Terkini:
Salam hormat !
Kadang kala mood untuk menulis pun ada turun naik juga,bukannya tiada idea tetapi kadangkal a mari terfikir nagative 'apa gunanya aku beria ia perlu menulis? walhal tiada siapa pun yang menyuruh malah jauh sekali untuk upahkan sesuatu malah apa yang diluahkan didalam penulisan hanya memberi keuntungan pada orang lain sedangkan diri sendiri masih duduk macam tu ditakuk lama,kerana itu lebih baik aku duduk diam diam sambil buat kerja sendiri mengikut apa apa yang patut,ada juga menafaatnya,buat apa aku kadangkala bersekang mata sekadar untuk menyiapkan sesatu artikel.....?'Itulah bentuk rupa pelbagai alasan nagative yang duduk bermain dalam kepala.
Tetapi persepsi tersebut telah mengubah sedikit mood setelah saya sempat mendengar satu kata kata yang bolih dibuat ransangan semangat daripada ketiga ketiga wajah diatas yang saya akan kaitkan didalam penulisan kali ini.Ketiga tiga mereka ini adalah utusan daripada BPPNT dibawah lujnah tarbiyyah perkederan PAS Negeri Terengganu yang telah pun membuat persembahan satu dua kertas kerja pelbagai topik.Antara petikan yang telah melekat dalam kepala ialah apabila salah seorang ahli penel telah mengambarkan bahawa ada dua perbezaan diantara perjuangan gerakan tarbiyyah islam dengan jemaah politik islam tetapi kedua elemen ini telah dapat digabungkan sekali (2 dalam 1) didalam Parti Pas.Gerakan tarbiyyah islam demi untuk menyempurnakan gerak kerja islam yang diibarat seperti menyambung atau menyulat mata pukat ikan yang telah terkoyak manakala kerja jemaah islam pas adalah sebagai menyambung balik risalah risalah yang telah dibawa olih nabi dan Rasol terakhir ,maka sebab itu jika dinilai ini bukanlah satu kerja sebarangan sebabnya jika sekiranya nabi masih hidup sudah tentu gerak kerja ini adalah merupakan satu kerja buat nabi sebagai utusan dari arahan Allah S.W.T. (sila rujuk video diatas ucapan dari Ust Kamaruddin)). Ini bererti jika ada yang meningkari perintah Allah sudah tentu mendapat dosa dan jika sebaliknya sudah tentu akan berolih pahala.

Cuma disini yang menariknya lagi apabila ahli penel kedua pula (Ust Wan) memberi hujjah dengan mengatakan salah satu faktor utama kekalahan Pas dinegeri Terengganu dalam pilihanraya yang lalu ialah apabila ada yang menganggapkan ini adalah hanya kerja dalam jemaah politik islam (Pas) maka sebab itu apa yang dilakukan secara ambil mudah dan bermusim iaitu tatkala dekat dekat masa hendak pilihanraya sahaja baru nampak diri sesetenggah muka pimpinan,itulah sebabnya ada dikalangan rakyat yang diwakilinya merasa terabai disegi menjaga kebajikan mereka lalu memilih UBN. Sementara itu ada juga dikalangan petugas dalaman parti sendiri pun merasa kecewa diatas sikap itu kerana mengikut pengalaman beliau yang pernah melawat disuatu tempat dimana terdapat seorang pimpinan peringkat akar umbi tidak mengetahui ujudnya beberapa orang ahli biasa yang daif disebabkan tidak dipedulikan akan keperluan mereka olih pimpinan tadi.Olih itu beliau menyarankan supaya ada satu pakatan kumpul dana sesama sendiri supaya dapat membantu kepada sesiapa yang tidak berpeluang untuk kesatu satu program (arahan parti) disebabkan kekangan ekonomi keluarga agar mereka ini tidak kecewa untuk sama sama turut serta melakukan gerakkerja parti mudah mudahan akan turut sama dapat pahala sebagaimana menurut Ust Kamaruddin tadi.

Apabila bercakap soal kebajikan, saya ada satu cerita dari pengalaman lama sewaktu bertugas dalam tentera dahulu,kesahnya bermula apabila seorang ketua pasukan telah tidak mengambil berat hal ehwal kebajikan anggota termasuk ahli keluarga anggota tersebut.Pada suatu ketika dikerahkan anggota bawahannya untuk menjalankan opersai latihan didalam hutan beberapa bulan yang mengikut kebiasaannya hanya sekitar 3 bulan sahaja kemudian balik kekem dan ditukar dengan anggota lain pula untuk kembali beroperasi sebagai ganti,tetapi untuk kali ini tidak berlaku sedemikan ,selepas 3 ke 4 bulan tidak pula ditukar tukar ganti lalu anak isteri anggota tersebut merasa terabai lantas diambil keputusan untuk menyerang pegawai terbabit dipejabat.Para isteri angota tersebut telah masuk kedalam pejabat tanpa dapat disekat lalu berlakulah perang mulut,mempersoalkan kenapa pegawai ini tidak perihatin untuk bertanya khabar akan permasallahan mereka,Katanya walaupun kami sudah ada keperluan makan minum apabila suami tiada dirumah namun makanan yang 'satu ini' (sambil menyelak kain) siapa yang nak beri? Woow....terkejut beruk pegawai tersebut apabila disergah olih para isteri yang datang mengamuk kepejabatnya,moralnya soal kebajikan adalah keperluan yang perlu diambil berat olih pehak atasan jika mahu melihat ujudnya keharmonian dalam satu satu kumpulan atau jemaah.

Beralih pula kepada penerangan dari Sdr Ariffin Deraman selaku Pengarah Pilihanraya,beliau banyak mengulas tentang pembahagian kerusi dikalangan parti gabungan Pakatan rakyat. Diantara kriteria yang diambil kira ialah peratusan jumlah sesuatu kaum yang berada dalam satu kawasan atau pun DUN,sebagai contoh di DUN bandar Kuala Terengganu,kaum cina seramai 58% manakala melayu 42 peratus ini bererti akan diserahkan kepada DAP ataupun PKR,manakala kriteria asas kedua pemilihan untuk meletakan calon ialah mengikut statusco, maknanya jika mana mana parti yang pernah bertanding dalam mana mana pilihanraya yang lepas maka akan diteruskan dari calon parti tersebut,sebagai contoh jika diDUN Ajil sebelum ini dari Pas maka Paslah yang akan menjadi calon pada pilinraya selepasnya.Inilah bentuk kerjasama yang menjadi pokok persefahaman dikalangan PR untuk ketentuan pembahagian kerusi.Tetapi saya tertanya tanya sendiri,bagaimana jika DUN Ajil langsung tidak pernah dimenangai olih Parti Pas sejak dari pilihanraya pertama sehingga kini tetapi masih jugakah ingin berkeras mahu meletakkan calon dari Pas?Apakah pengalaman lalu tidak dijadikan iktibar agar dapat diubah dengan mencuba calon dari PKR pula?

Tok Ayah su-Mencadangkan supaya membeli barangan dari keluaran syarikat perniagaan dikalangan ahli,walaupun tidak mahu guna pun tak apa,curah sahaja diumbi pokok untuk buat baja....tetapi jangan diboikot melulu barangan keluaran luar !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan