arkib

Khamis, 19 April 2012

Kawe make kawe (sambungan akhir)

Salam hormat!
Pada bulan lepas didalam satu majlis perkahwinan anak, saya sempat bersembang dengan seorang imam jurunikah,katanya masjid baru dihulu kampung telah pun siap dan diberi nama Masjid Hadhari,satu nama yang sama dengan masjid yang ada diJerteh,katanya lagi urusan serah menyerah diantara pehak pehak yang berkenaan juga telah dibuat tinggal lagi upacara Perasmiannya belum lagi dilakukan dan dijangka akan dibuat pada bila bila masa yang sesuai.


Jesteru itu katanya beliau suka meramalkan bahawasanya masjid lama yang sedia ada diHilir kampung itu tidak akan dibenarkan lagi untuk penduduk kampung bersolat Jumaat disitu.(masjid lama) ini kerana  dengan tujuan agar masjid baru nanti dapat dipenuhi., Jika benarlah begitu ramalannya jadi betullah dengan anggapan sesetengah penduduk yang menyatakan Masjid baru itu nanti agak sukar menjadi tempat tumpuan memandangkan pemastautin yang terdiri dari generasi muda yang dok ada sekarang ini tidak menunjukkan minat untuk hadir berjemaah dimasjid waima untuk bersolat jumaat sekalipun apatah lagi pada hari hari biasa,Olih kerana itu ada yang membayangkan untuk mendapatkan saf 40 qariah jumaat pun sukar.Akan tetapi jika sekiranya ahli qariah masjid lama turut beralih hadir kemasjid baru maknanya barulah  masjid baru itu akan hidup.Jika tidak percaya cubalah "try" tengok ....cabar mereka.

Sebelum ini didalam satu majlis mesyuarat parti telah pun secara tidak langsung membincangkan perihal masjid lama ini,difahamkan setiap penduduk dan permastautin tetap telah diberi borang undian untuk terus mengekalkan Masjid lama ini dan lebih banyak suara yang bersetuju namun demikian saya agak sangsi akan terus dibenarkan olih kerajaan UBN diatas beberapa sebab yang pertama akan ada urusan campur tangan dari tokoh tokoh politik  yang tidak bersehaluan idealogi dan yang keduanya melibatkan kos tanggungan meningkat terutamanya untuk "maintainent" buat baiki itu dan ini almaklumlah masjid kayu lama sudah tentu ada yang reput disana dan buruk disini,bocor itu dan ini.juga termasuk kos elaun para petugas serta pegawai agama seperti Imam Bilal..Semua ini sudah pasti akan diambil kira. Persoalannya kenapa sekarang baru hendak diselidik dan baru hendak dibuat kajian sokongan? kenapa tidak sebelum pembinaan masjid baru itu dulu? projek sudah siap  serta ongkosnya sudah masuk poket baru nak dikaji.... pelik... kan...kan...kan...bagaikan pepatah melayu menyebut "rumah siap baru pahat berbunyi"....keh...keh...keh.....


Saya mahu imbas kembali sedikit tentang sejarah tapak masjid ini, disekitar tahun awal 70an,disni ketika itu dipenuhi pokok hutan bercampur pokok pokok getah tua dan terdapat sebuah rumah asap iaitu tempat pengeiringan getah getah keping manakala dihadapannya terdapat satu lorong laluan bagi beberapa orang kampung yang menginap ditanah lembah sawah dihujung kebun getah ini, termasuklah rumah pondok arwah bondaku yang turut mengerjakan sawah padi disitu, manakala saya yang pada ketika itu menginap dengan nenek diKelantan turut juga sekali sekala datang untuk berjumpa bonda disini.Terasa begitu pantasnya masa berlalu dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis dulu dulu.


Secara kesimpulannya saya juga berani meramalkan jika sekiranya Parti Pas berjaya memerintah negeri Terengganu pada PRUke13 ini maka besar kemungkinan masjid lama ini akan dapat diselamatkan dari diturun tarafkan menjadi surau manakala jika UBN masih kekal memerintah ini membawa erti hanya satu Masjid iaitu Masjid Hadari ini sahaja yang akan dihidupkan.Olih yang demikian kepada para pengundi sekelian, ingatlah bahawasanya inilah masanya pilihan anda itu kelak yang akan menentukan hidup matinya sebuah masjid.....

tok ayah su-teringat kata kata "biar rakyat menjadi hakim".....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan