arkib

Rabu, 4 April 2012

Pecah rekod...


ustaz mengata kata kat aku ke? itulah antara soalan yang aku tanya pada diri sendiri....tetapi.....bersambung 
Sambungan:
tetapi rasanya bukan aku sorang sahaja yang berperasaan demikian, dengan kedatangan yang agak ramai berbanding kuliah lain anjuran masjid sebelum ini sudah tentu kuliah olih ustaz Azhar telah dapat mengatasi jumlah kehadiran,olih itu kuliah  olih ustaz Azhar pada malam tadi itu diketegorikan telah dapat memecahkan rekod.Inilah keistimewaan yang ada pada beliau,Saya sendiri secara peribadi telah lama mengekori siri siri kuliah Ustaz ini sebelum timbulnya media sosial FB lagi,setelah terdapat slot slot ceramahnya tersiar diFB lalu namanya terus melonjak naik sehinggakan glamornya dapat bersaing sama dengan selebriti mahu pun artis.Bolih dikatakan dari sekecil anak saya yang berumur 3 tahun keatas telah dapat mengenali beliau,.begitulah gambaran tersohornya.


Olih yang demikian apabila Masjid disini telah menjemput belaiu untuk menyampaikan kuliah maka didapati semua golongan masyarakat kampong dari seorang anak kecil sehingga keperingkat tua dewasa telah pun turut hadir,malah semua peringkat golongan ini bukan sahaja datang dari satu kampong sahaja malah terdapat juga dari kampung kampong yang berhampiran telah turut hadir sama, jadi kerana itu pada malam tadi didapati jumlah kedatangan orang ramai dilihat melimpah ruah sampai ke beranda beranda masjid sehingga terpaksa dibubuh tikar kembej lapik sementara.


Cuba kita selami dan tanya,dimanakah dan apakah sebenarnya daya penarik beliau itu,saya melihat selain dari lawak lawak yang diselang selikan dalam setiap siri ceramah,satu lagi kelebihannya ialah kerana dek sifatnya mudah mesra dan senang didekati.Malah ada diantara kanak kanak yang mengerumuninya untuk melihat beliau dari dekat telah diajak sama untuk sessi bergambar.Apakah ada ustaz lain sebegitu sifatnya?


Beralih kepada intipati kuliahnya itu saya mendapati topik perbincagan yang diulas adalah mengenai amalan Tauhid,Apakah itu Tauhid?menurut beliau tauhid itu ialah satu keyakinan,sebagai seorang islam kita perlu yakin sepenuh hati dan mempercayai akan kekuasaan tuhan.Bermula dari peetemuan benih lelaki dan perempuan (ibu dan bapa) kemudian berputik membesar didalam kandungan seorang ibu itu telah dijaga dan diawasi olih kekuasaan Allah S.W.T dan bukan dari mana mana kerajaan memerintah,tak percaya tanya kepada tok batin,adakah dulu dulu ada kerajaan yang memantau kehamilan orang dayak atau asli itu? kah.... kah... kah... bersambung lagi
sambungan:
katanya lagi "kita mesti yakin dengan janji dan perancangan Allah, dalilnya masa hendak bersalin doktor hanya bolih meramalkan sahaja tarikh kelahiran seseorang pada sekian sekian hari dan waktu tapi bila tiba masa yang dikata itu tidak pun jadi bersalin, ertinya ramalan olih doktor tidak semestinya tepat, yang ditunggu anak dia lahir tetapi anak misi atau pun anak tok bidan pulak yang bersalin,dok bodoh lagi ke caya pada ramalan gitu? bodoooo....  kah... kah...kah....maknanya kita merancang tetapi kena ingat Allah juga merancang,hanya rancangan Allah itu yang terebih baik,jadi serahkan diri kita kepada Allah.,kena ingat kalimah "la illah ha il lallah" maknanya tiada tuhan melainkan Allah.

Ambil contoh,Atas arahan Allah disuruhnya Nabi Ibrahim A,S meninggalkan anak kecil Nabi Ismail bersama isterinya Siti Hajar ditengah  tengah padang pasir yang kering kontang tetapi olih kerana perancangan Allah yang maha kuasa tempat yang kering itu bolih ditemui air yang kekal sehingga kini iaitu air zam zam,sebab itu kita kena yakin dengan kekuasaan Allah,bukan kuasa JKKK"... kah... kah...kah....kita tengok ada orang takut nok datang dengar ceramah sebab takut pada kuasa JKKK bukan takut pada kuasa Allah,betul dok? nok jawab tu pun takut....kah...kah...kah....kerana itu katanya ada orang dok tahu basuh kencing sebab tak mahu dengor, dok reti beza air musta"mar dan musanajis, hok asas pun dok tahu termasuk orang hok ada dalam masjid ni...betul dok? kah...kah...kah...jadi hok dok pernoh dengar orang mengajar agama... lu fikirlah sendiri....(saya tambah)


Jadi saya nok jawab se jah.....Kalu  ambo nok tulis semua rasa tak larat pulok,ambo pun belajar jugok sikit sikit dulu dari orang tua ambo, kato dia jika dalam keadaan darurat tidak ada air masa buang air kecil atau besar,maka kita bolih berintinjak iaitu bersuci sementara dengan cara mengesat gesat dahulu najis itu dengan daun atau pun dengan dahan dahan kayu,kemudian apabila jumpa air kenalah bersuci balik.....fahammm...itu kata tok nenek aku duhululah... kah...kah...kah....

Kesimpulannya selepas kehadiran Ust Azhar, lalu pada keesokan harinya ADUN kawasan yang sebelum ini tidak pernah datang bersolat disini pun tiba tiba datang bersolat jumaat, sudah berjangkit power senyuman dari Ust Azhar agaknya... kah... kah... kah....


tok ayah su-tahniah juga kepada ajk masjid yang berjaya menganjur dan kumpul derma....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan