"Kanak kanak dihahirkan suci bersih,maka para ibu bapalah yang bertanggung jawab mencorakkannya sama ada untuk menjadi majusi mahupun nasrani, ingat ! hadis kata ibupa/penjaga yang bertanggung jawab bukannya Parti Pas" begitulah bunyinya kata kata ucapan olih Yb Dato" Rosol Wahid didalam majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG. dan lagi saya lihat disini semua orang serius je tak mahu doh nok tepuk tepuk tangan sikit,kenape? takut berdosa ke? kalu berdosa pun tak lah sampai masuk neraka....betul dok? apa lagi eek? tunggu akan sambungannya.... jeng,,, jeng... jeng ....sambungan:
siapalah agaknya yang bolih menjawab soalan perkara tajuk tu eek? tak kanlah aku yang sekadar berkelulusan sekolah atap ni layak menjawabnya? tapi dari kuliah yang aku dengar,kata ustaz tu "jangan ingat semua orang yang bersekolah tinggi tu tahu semua", ada juga bab bab tertentu yang mana mereka juga kurang arif", jadi biarlah aku royat mengikut dari apa yang aku faham,lagi pun pendapat tidak semestinya jadi fatwa,sebaliknya fatwa tidak bolih dikeluarkan secara individu,maknanya apa yang hendak aku beritahu ini adalah berbentuk pendapat sahaja namun demikian sumbernya dipetik dari sebuah kitab feqah juga bukan bolih ditulis sebarangan pakai bahang rambang gitu jah.
Kitab feqah itu menyebut bahawa Ibnu Abbas r.a apabila menjawab sesuatu hukum ia akan berpandukan jawapan dari kitab Allah iaitu AlQur"an,jika tiada didalam AlQur"an akan diambil pula rujukan dari hadith hadith Rasullah S.A.W ,jika tiada didapati lagi beliau akan mengambil keterangan dari sahabat nabi seperti dari Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar,jika kesemuanya tiada lalu barulah beliau berijtihad dengan fikirannya mengunakan kaedah qias.Ulama" usul feqah telah membuat kesimpulan dengan menegaskan "sesiapa berbantah bantah (mengenai hukum yang ketiadaan Nas) selepas Rasullah maka hendaklah mereka kembali perkara masaallah tersebut secara qias.Begitu juga dengan imam mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Shafie dan juga Hambali tetap mengunakan qias dimasa ketiadaan sesuatu nash alqur"an mahupun hadith.bersambung lagi....
Sambung lagi:
Tidak perlulah saya menyatakan nama kitab fiqh yang dimaksud kan itu sebab takut nanti menjadi iklan promosi pulak, perlu diingat sebarang perbuatan atau kelakuan bagi orang islam tertakluk kepada peraturan agama iaitu berkait dengan dosa pahala, surga dan neraka,jesteru itu jika batas larangan seperti Haram, halal, wajib, harus,sunat dan makruh tidak diambil kira dalam kehidupan maka dunia akan pincang dan tidak akan aman sampai bila bila, sudah tentu tidak ada orang yang mahu berkeadaan sedemikian rupa.Manakala dosa pula ada ketegerinya iaitu dosa kecil dan dosa besar,jika dosa kecil berterusan dilakukan natijahnya pahala pula akan menjadi kurus kerana terpaksa ditampung dengan kelakuan dosa dosa kecil tadi,jadi disinilah neraca dosa pahala yang akan ditimbang seperti yang sering kita dengar didalam siri siri khutbah Jumaat yang berbunyi "hitunglah amalan kamu sebelum Allah menghitungnya diakhirat kelak". Ewahh,berceramah macam ustaz pulak dah aku kali ini....Apa pun saya melihat terdapat sedikit perubahan dikalangan pimpinan UBN kerana sudah ada yang mengucapkan perihal tentang dosa pahala,surga neraka didalam ucapan ucapan mereka.Apakah ini satu petanda hasil kesan dari tarbiah Parti Pas?
Berpatah balik kepada egenda mesyarat PIBG sama ada disekolah menengah mahu pun disekolah rendah keadaannya tetap sama, kedua duanya tidak ada pengecualian yuran seperti yang diwar warkan didalam pembentangan Bajet yang lalu iaitu memberi pendidik percuma bagi sekolah sekolah dibawah pengurusan kerajaan persekutuan. Maksudnya ibubapa/penjaga tetap perlu mengeluarkan sumbangan,tidak ada sifar yuran.Sudah jadi macam sekolah swasta atau sekolah rakyat yang tiada kerajaan.
Yang peliknya lagi macam sudah terbalik kot,PIBG seakan menjadi egen dan jurucakap bagi pehak kerajaan dengan mengemuka usul meminta minta duit dari ibu/bapa.Sepatutunya PIBG bolih main peranan mengemukakan apa apa usul yang bolih merengankan beban mana mana ibubapa yang kurang berkemampuan, masing masing malu hendak mengaku miskin,biar papa asalkan bergayalah konon....disekolah malu hendak mengaku miskin tetapi bila berbelanja tahu pulak memilih gedung Mydin yang menawar jualan barangan murah....kah...kah...kah....
Oih yang demikian,jika begitulah keadaannya maka saya mahu mencadangkan supaya pehak kerajaan lebih baik mengada sekolah "dua darjat",satu untuk golongan Asnaf dan satu lagi sekolah bagi golongan elit.Jika gedung perniagaan ada yang menjual barangan mahal dan ada pula gedung yang menawarkan barangan murah,jadi saya tidak nampak mengapa pehak kerajaan tidak bolih mengadakan sekolah "dua darjat" ini.Inilah masanya hendak memperkenalkan sekolah satu Malaysia sebagaimana kerajaan memperkenalkan Kedai Satu Malaysia,jika UBN mahu menang pilihanraya PRU13 inilah masa dan peluangnya untuk menambat hati rakyat....jeng... jeng...jeng....
Pada majlis mesyuarat tersebut pehak sekolah dan juga ibubapa tertunggu tunggu pengumuman sebarang pemberian ataupun sunbangan dari pehak YB ADUN tetapi malangnya tidak ada apa apa , dek kerana perancangan Allah S.W.T tidak sekena mengena hujan berserta angin kencang turun disemasa Yb sedang berucap, dengan itu ibubapa menjadi gelisah lalu beralih alih tempat duduk kerana terkena tempias.
maklumlah tempat mesyuarat diadakan didewan berbumbung yang terbuka tanpa dinding,melihat keadaan itu barulah secara spontan Yb mengistiharkan sedikit peruntukkan untuk membeli bidai bagi kegunaan pada masa hadapan,itu pun nasib baik hujan kalau tidak mungkin tidak merasa apa apa.Hujan rahmat serta tuah berkat para wali Allah yang mungkin ada didalam majlis itu agaknya.Terima kasihlah Yb....
tok ayah su-menunggu rahmat kedatangan imam mahdi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan