arkib

Isnin, 2 September 2013

Minyak naik vs naik minyak....

Salam hormat!
Kalau apikereta dengan keretaapi itu benda yang sama cuma lidah yang dituturkan itu kurang fasih berbahasa melayu maka dianya menjadi tunggang terbalik akan tetapi diantara minyak naik dengan naik minyak ianya memberi pengertian yang berbeza, dari segi bahasa minyak naik bermaksud naik harga barangan manakala naik minyak memberi makna timbul satu perasa geram dan marah,  contoh ayat minyak naik "Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan minyak petrol ron 95 dan diesil telah dinaikan sebanyak rm20 sen seliter" dan ini pula contoh ayat naik minyak "secara tiba tiba beberapa ekor gajah dikandang zoo negara telah naik minyak serta menjadi egresif dengan bertempik mengeluarkan suara yang agak kuat serta menakutkan pengunjung"....bersambung.....  sambungan terkini:Bagi mereka yang alergik dengan kenaikan demi kenaikan harga barangan merasa dirinya telah  tertipu seumpama dipatuk ular dua tiga kali didalam lubang yang sama,katanya dulu Pakatan Rakyat tawarkan untuk turunkan harga minyak jika parti itu menang, bukan itu sahaja PTPTN juga akan dihapuskan seandainya PR dapat memerintah kerajaan Malaysia,namun orang ramai meragui kononnya sebagai helah untuk mengula gula bagi tujuan untuk memancing undi sahaja maka sebab itu ada dikalangan anak muda sendiri yang baru pertama kali mengundi telah tidak mahu memilih PR disamping tidak menyangka mereka akan tertipu,olih yang demikian setelah terjadi kenaikan harga minyak ada yang telah merasa menyesal kembali,jadi apa bolih buat sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,tunggulah 4 tahun lagi....silap silap dalam tempoh itu dari ada rambut terus gugur licin bersinar banar,sebab asyik stress kerana sudah lari bajet poket, padan muka aku sendiri jangan disalahkan pada orang lain....kalau itu sudah menjadi pilihan hati maka jangan di "naik minyak" tak tentu pasal kelak lagi buruk padahnya.  

Sekurang kurangnya cubalah renung sejenak, lihat PM lebih telus kerana memberi satu alasan yang agak gentlemen yakni untuk menunaikan janji kepada rakyat sebagaimana yang termetri didalam manifesto, janji apa? janji untuk menambah jumlah pemberian bantuan BRIM dari rm500 kepada rm 1000 kepada rakyat, sedangkan dengan suasana semasa PM bolih sahaja memberi alasan lain iaini kerajaan tiada pilihan lain memandangkan situasi pergolakan krisis negara timur tengah yang didalam ambang berisiko akan menghadapi perang, ingat tak dahulu....semasa kenaikan harga beras,kerajaan memberi alasan banjir besar telah melanda negara Thailand,alasan sedemikian akan dilihat lebih logik dan lebih diyakini rakyat,akan tetapi olih kerana keiklasan PM alasan sebegitu tidak diguna pakai lagi,lebih baik berterus terang daripada beretorik, minyak naik kerana nak tambah BRIM...kan lebih iklas begitu. 

Cumanya terasa PM kurang  peka akan mood rakyat,didalam suasana rakyat duduk tengah ceria bergembira, saling kunjung mengunjung, usik mengusik sambil menjamu selera dengan juadah terhidang dirumah rumah terbuka aidil fitri tiba tiba suasana itu direntap habis,semua tersentak,ada yang tersembur air minum didalam mulut,jadi terkejut dan terperanjat,yang panik terus mencapai kunci kenderaan lantas bergegas kestesyen minyak beratur Q sambil menyumpah seranah "melayu mudah lupa" mengejar masa tamat jam 12 malam bagi mendapatkan harga minyak stok lama,keadaan menjadi kelam kabut, rumah terbuka hari raya kemana keceriaan menyambut hari Merdeka pun juga entah kemana,seoalah olah dilihat kerajaan cuba berdengki dengan rakyat yang kelihatan semakin mewah berbelanja dengan mengadakan rumah terbuka hari raya dimana mana, begitulah nasib rakyat marhain yang yang sekali sekala mahu menunjukkan kegembiraan tetapi telah dimusnah ranahkan  olih kerajaan uBN dengan tidak sempat menyempat lagi bertangguh untuk mengambil 20 sen.
sisipan akbar dan semasa
Sebenarnya bukan rm 20sen tetapi jika dicampur lagi rm 20 sen diesil jumlahnya menjadi 40 sen,ini bererti mengalahkan kenaikan rm 30sen dizaman kerajaan mantan PM Pak Lah,dikala itu sudah pun dikatakan satu jumlah kenaikan yang tinggi tetapi jika 40 sen itu dikira rendah maka mathematik mana yang diguna pakai, tak tahulah pulak.Jika selepas PRU 13 harga minyak petrol Ron 97 telah diturunkan sedikit tetapi kali ini Ron 95 pula dinaikan harga,jadi sudah terang lagi bersuluh,golongan berpendapatan rendah yang akan lebih terkesan sebab Ron 95 banyak digunakan olih kenderaan kenderaan lama.Namun seorang warga tua berkata dia hanya mengunakan basikal,tidak terlibat dengan kenaikan harga minyak akan tetapi apabila dia pergi berbelanja membeli belah dikedai didapati harga barangan pula naik harga,kenapa? itu cerita dizaman kerajaan PM Pak Lah,jadi adalah mustahil keadaan sama tidak akan berlaku dengan kenaikan minyak sekarang ini,katanya.Secara teori mudahnya,jika setiap kilang perindustrian dikenakan charge pengunaan aliran tenaga eletrik yang tinggi ditambah pula dengan kos minyak untuk pengangkutan, tidak ada syarikat yang tidak akan bertambah nilai kos operasi,jadi syarikat perniagaan mana yang mahu rugi?logiknya mahu tidak mahu tiada jalan lain melainkan menaikkan harga produk keluaran mereka,manakala tangga kedua ialah dari pehak orang kedua atau orang tengah seperti pengedar,pembekal,pemborong dan tax GST maka akan jadi berlapis lapis kenaikan barang akan berlaku sebeluim ianya sampai ketangan penguna atau pun pembeli, siapa tu? rakyat kebanyakkan lah...siapa lagi .Itu belum lagi diambil kira dengan pehak yang berhati busuk, yang suka menangguk diair yang keruh dengan  mengunakan modus operandi yang lunak untuk mengkaburi mata pekedai pekedai bilis dengan memberi sedikit tekanan dan ugutan dari taiko taiko politik iaitu ala gangster moden alaf baru.Sebab itu statistik kadar jenayah semakin meninggkat.

Kenyataan KPDNKK yang ingin memantau kenaikan harga barang  itu hanya dilihat sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa yang mendengarnya sahaja.Apa tidaknya,perhatikan kenaikan harga ayam yang naik melambung pada bulan ramadhan dahulu,sebanaranya bukan ayam sahaja,sayuran dan ikan juga turut sama naik, cuba tanya mampukah kementerian ini membendungnya? adalah seorang dua peniaga yang diambil tindakkan,itu pun cuma sekadar untuk lepaskan batuk ditangga,hakikatnya untuk menutup mata bagi menakut nakutkan terutama kepada para peniaga kecil kecilan.Peniaga jerung tetap terlepas,contohnya syarikat bas yang menaikkan harga tiket melebihi 10 peratus seperti yang ditetapkan.olih SPAD dan kedai berstatus mega yang menjual barangan dapur yang bukan dari kedai 1 Malaysia, kenapa mereka tidak bolih menurunkan  harga barang sama seperti dikedai 1 Malaysia?

Alasan macai macai politik yang mengatakan kenaikan minyak hanya sekadar 1% sahaja.Cuba tanya jika 1 % untuk 1 liter jika dikali dengan 20 liter sekali isi tangki,sudah jadi berapa? kemudian didharap dengan sejuta orang sudah jadi berapa?tidakkah jadi jumlah satu billion sehari,maka tidak hairanlah jika BRIM akan bolih diberi rm 1000 seorang selepas ini.Selebihnya wang itu akan kemana? usah ditanya....banyak mulut mulut buaya yang sedang menunggu nunggu.Kesimpulan dari itu, apakah pimpinan pimpinan parti pembangkang hanya akan mahu melihat sahaja,apakah mereka hanya mahu menunggu dikerusi kerusi empuk samata? tunggu disuap sampai kenyang kemudian terus tidur dengan membiarkan pengikut terkapai kapai didalam kelemasan?

tok ayah su-mahu melihat cara penyelesaian masaallah olih semua peringkat pemimpinan.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan