arkib

Isnin, 29 Julai 2013

Jahil vs Syiah...

Salam hormat!
Tidak dinafikan terdapat dikalangan pemberi takzkirah begitu lancang lidahnya yakni dengan mudah melebelkan siJahil itu sebagai kafir,tetapi samaada kafir harbi atau kafir zimmi tidaklah pulak dinyatakan. Jika menghukum seseorang itu kafir dengan hanya melihat dia (seorang islam) melakukan perbuatan mendedahkan aurat seperti dikolam renang atau didalam pertunjukkan pertandingan ratu cantik misalnya maka terus didifinasikan kafir rasanya kurang tepat tetapi jika sekadar menyamai perbuatan tersebut dengan perbuatan atau amalan orang jahiliah itu mungkin bolih diterima.Tujuan bertazkhikirah adalah untuk mengajak orang supaya mendekati ajaran islam akan tetapi sekiranya isi penerangan (tazkhirah) asyik asyik hendak menghentam maka usahkan ada yang nak dekat sebaliknya mereka semakin menjauhkan diri lagi adalah.

Jahil adalah asal perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud tidak tahu manakala lawannya adalah alim yakni TAHU (bukan tauhu) Seandainya dia tahu tetapi masih juga melakukankan juga itu bererti sengaja mahu mencabar peraturan yang telah ditetapkan. Begitulah dari apa yang tahu mengenai ciri ciri anutan fahaman syiah,dengan sengaja melebelkan kaum muslimin yang lain selain mazhab syiah sebagai kafir dan perlu diperangi seoalah olah darah kaum yang tidak menyokong mereka itu dihalalkan.
Teringat  saya satu falsafah yang diolah berbentuk sajak olih mantan PM Tun Abdullah Badawi yang berbunyi:
"kita bongkar sunah nabi"
"kita cari almaliki"
"siapa AsSaffie"
"Kita cari titik persamaan"
"Bukan titik perpecahan".
(maaf kalau tidak betul susunan)

Jesteru itu didalam penelitian saya didalam bab isu ajaran syiah ini terdapat satu titik persamaan dimana pendirian ketiga tiga Parti politik melayu (islam)  terbesar diMalaysia iaini Umno,Pas dan Keadilan masing masing sepakat menolak penularan ajaran syiah dari terus disebarkan. Bersambung....
Sambungan- 
Teringat lagi saya akan satu isu  beberapa tahun lalu dimana terdapat satu usul supaya para pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibenar balik semula keMalaysia kerana perjanjian perdamaian telah pun termeterai dengan kerajaan Malaysia dengan PKM ini.Namun ada dikalangan ahli ngo PBTM yang memberi pendapat pro dan kontra,yang pro menyatakan apa salahnya dibenarkan balik tambahan pula Chin Peng telah pun lanjut usia,tak kanlah dia mampu lagi untuk menghidupkan kembali ideologi komunisnya itu, disebaliknya pula ada yang kontra tetap berkeras memberi hujah dengan menyatakan bahayanya pada negara untuk jangka masa panjang tetap ada, kerana apa? kerana dibimbangi akan dipuja sebagai wira walau pun sudah selepas ketiadaan (mati) beliau sebagaimana orang orang melayu suka memuja tokoh pejuang ternama seperti Tok kenali,Tok Janggut dan sebagainya.Jadi semangat ketokohan "seseorang" inilah yang dibimbangi kelak akan menjadi ikon untuk menghidupkan semula sesuatu perjuangan .Sebagai contoh filem "TANDA PUTERA" adalah satu episod untuk menghidupkan kembali semangat perjuangan pemimpin silam terdahulu dan sekarang telah timbul pula satu filem kontrovesi "new village"....itu semuanya ada motif tertentu dan tersembunyi.Terdapat satu dakyah yang karut menyatakan kerajaan Malaya telah melakukan jenayah perang dengan membunuh rakyat sendiri yakni terdiri dari kalangan anggota komunis yang beragama islam,apa makna semuanya itu? kalau bukan untuk bermatlamat menghalalkan dan mengangkat martabat komunis.

Jesteru itu cuba kita renungkan sejenak sejarah islam dizaman para sahabat dahulu, waktu itu syiah belum muncul,yang bertelagah adalah dikalangan penyokong Khalifah Ali r.a dengan Kumpulan Muawiyah bin Abu Sufian r.a, kenapa sampai berperang dan berbunuh bunuhan? sedangkan nabi berpesan selepas ketiadaan baginda para sahabatlah tempat rujukan, tetapi malangnya pesanan itu diabaikan sehingga berlaku juga gejala murtad, kafir mengkafir dan sebagainya.Natijahnya apa? perpecahan berpanjangan sampai sekarang  kerana masing masing tidak berpuasa hati termasuk untuk memperolihi kuasa pemerintahan dan seumpamanya,soal akidah dan lain lain maksud juga dijadikan sebagai satu sandaran.Saya bukanlah ustaz hendak hurai secara panjang lebar tetapi soal asas asas itu adalah saya ketahui sikit sikit,ini dek kerana sudah minat saya suka membaca.

Tok ayah su- selamat hari Pahlawan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan