arkib

Jumaat, 1 November 2013

Memilih calon menantu diN20 (sambungan)

Salam hormat!
Pada siri lepas Pak Cop terbahak bahak ketawa seorang diri mengingatkan telatah pemuda no2 tetapi disembunyikan dari pengtahuan isterinya.Apa pula kesah cerita pemuda no3 didalam siri sambungan kali ini.Seperti mana dua pemuda sebelumnya pak cop juga mengajak pemuda no 3 untuk datang berkunjung kerumahnya.Disuatu malam dirumah pak cop mereka berbual bual rengan sambil menjamu selera hidangan makan malam dengan ditemani sama isteri pak cop "orang kelantan makan nasi mesti budu dengan ulam kena ada sama, tapi kami disini tak makan budu sebab susah nak dapat jadi kami ganti dengan sambal belancan untuk menembah perisa selera makan" pak cop memulakan perbualan, macam tahu tahu pulak pak cop perihal tabiat makan orang dari dinegeri kelantan."ya...betul tu pakcik...tapi saya tak makan budu" kata pemuda no3 "aiik pelik sikit tu....macam mana orang asal kelantan tak makan budu? tanya pak cop kehairanan."begini pakcik, budu itu memang sedap tetapi mengikut hukum dia termasuk didalam ketegeri memakan perkara makhruh disini agama kita"jelas pemuda 3 itu "ooo....begitu,,,baru pak cik tahu sebab apa hang tak makan budu... makan...makan....tambah lagi" pelawa pak cop, tiba tiba dilihatnya pemuda 3 sudah pun mula berhenti makan. "cepat berhenti....kenapa sikit sangat makan...apa....tak sedap ke mak cik kau masak" tanya pak cop."ehh...tidak pakcik...makanan disini sedap sedap belaka,cuma sebenarnya pakcik... nabi kita pesan supaya makan ketika rasa lapar kemudian berhenti makan sebelum kita kenyang"jawab pumuda3 macam nak memberi syarahan agamalah pulak dengan pak cop."Wahh....nampaknya berhalusi betul awang (gelaran manja) ni pasal bab ajaran agama" isteri pak cop menyampuk perbualan.

Selepas selesai makan mereka berdua duduk bersantai santai menyambung perbualan seketika diruang tamu sementera isteri pak cop yang sedang sibuk mengemas didapur mencuri curi dengar. Pak Cop mengulung gulung sebatang rokok daun nipah kemudian dihulurkan kepada sipemuda3 itu tetapi ditolak "maaf pakcik... saya tak hisap rokok"kata pemuda3.Kali ini pak cop teringin juga mahu bertanya kenapa dia tak merokok tetapi baru keluar sepatah "kenaa...pa...."tiba tiba terhenti sebab siisteri pak cop menyampuk dari arah dapur
"bukankah merokok itu hukumnya juga makhruh...pak nya ooi..."celah isterinya pak cop." oooo...tak apalah...baru sekarang pakcik faham bahawa hang ni rupanya banyak tahu juga tentang agama", duga pak cop "tidak tahu sangat pakcik,..saya cuma cakap sekadar tahu dari apa yang telah saya pelajari semasa dikampung dulu" kata sipemuda3 merendah diri. "apa...adakah anak ni (ganti nama pemuda3) setuju kalau pak cik minta tolong supaya dapat diajar serba sedikit apa yang hang tahu tentang agama kepada anak anak pakcik disini? pak cop minta kepastian.Pemuda 3 itu senyap tanpa memberi apa apa jawapan....pembaca tolonglah jawabkan ya......

Direngkaskan cerita dari situlah bermulanya asas perkenalan pak cop dengan 3 pemuda perantau itu,Apakah cerita separa benar ini ada kaitan langsung dengan arwah datuk saya atau tidak.....wallahuaklam...tetapi yang jelas benar sememangnya datuk saya mempunyai isteri disini serta mempunyai 2 orang anak maknanya adik beradik tiri dengan emak sayalah (emak lain lain) namun dengar perkhabarannya yang masih ada lagi kini adalah peringkat anak cucu cicit, generasi pertama sudah pun meninggal dunia.Jika di tahun tahun 70an dulu dulu adalah juga rombongan orang kedah (gelaran kepada saudara disana) datang berkunjung keKelantan, tetapi sejak kematian golongan tua hubungan dikalangan kami generasi cucu cicit ini sudah agak rengang malah ada yang sudah tak kenal mu....aku.,melainkan jika dirujuk dengan beberapa generasi tua yang masih ada lagi diKelantan sana.Apa pun diucapkan selamat mengundi kepada seluruh warga yang layak memilih diDUN N20 Sungai Limau.....AlFatihah.....

Tok ayah su-juga diucapkan selamat berjuang untuk pahlawan kelantan dengan tok gajah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan