Salam hormat!
|
impian anak kampung mahu padang bola sudah tercapai... |
Ada orang sanggup berhabisan kerana sesuatu minat atau pun hobi walaupun kegemarannya itu tidak berbaloi jauh sekali untuk memperolih keuntungan darinya,contoh mudah orang yang meminati permainan bola sepak,yang peliknya dia bukan seorang ahli sukan pun,malah tidak pernah turun padang bola sejak dari kecil,miski pun juga sejak dibangku sekolah tidak ada yang menceritakan bahawa dia seorang suka bermain bola atau pun sehingga sampai menjangkau keusia remaja pun tidak pernah memulakan sepak bola sendiri, akan tetapi jika ada perlawanan bola sepak seperti kejohanan Piala Malaysia maka muka dialah yang menerjah pintu pintu stadium untuk memperolihi tiket,bukan itu sahaja dari jauh sanggup datang umpamanya dari Kelantan ke Shah Alam tanpa mengambil kira seberapa banyak kos yang akan dikeluarkan apatah lagi masa juga terpaksa terbuang begitu sahaja, semuanya itu semata mata demi untuk memenuhi keperluan minat dan keseronokan jiwa.Sedangkan tidak ada sesiapa yang memaksa apatah lagi yang membiayai.Belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah kepada juara Piala Malaysia dan yang naib juara juga tidak kurang juga hebatnya cuma nasib kali ini tidak menyebelahi untuk penyandang itu mengekalkan kejuaraan.Syabas kepada President KAFA yang mampu menaikkan martabat bola sepak Kelantan untuk tempoh beberapa tahun berturut turut.
Begitulah juga keadaannya dengan fenomena politik,tidak dinafikan ada golongan opertunis yakni berpolitik untuk sesuatu kepentingan samada untuk diri sendiri mahu pun kepada kroninya, lepas satu satu dikautnya sama ada secara terang mahupun tersembunyi contohnya memperdaya seseorang untuk membeli hartanah dengan nilaian rendah kemudahan dimajukan dengan projek perumahan yang memungkinkan pemulangan balik modal beratus ribu kali ganda peratusan pulangannya.Bila bercakap penuh mulut dengan ayat ayat suci tetapi perbuatanya tidak pula mencerminkan keadaan sebenar.Maka kerana itulah kreteria memilih seseorang untuk memimpin perlu diperhalusi kalau bolih biarlah dari hujung rambut sampai kehujung kaki. Memang betullah sebagaimana kata dalam ucapan TGHH diKuala Besut tempoh hari bahawa agak sukar untuk memilih sesorang yang maksum,setiap orang ada cacat cela serta buruk dan baiknya.Kalau nak diceritakan TGHH sendiri pun pada saya ada kekurangannya.Pernah saya terdengar bahawa TGHH terlalu mendengar kata orang orang disekelilingnya tanpa mahu menyelidik sendiri sehingga mempercayai apa yang dikhabarkan kepadanya secara membuta tuli.Contohnya terdapat permohonan tanah kerajaan olih rakyat dizaman pemerintahan Pas dahulu (1999-2004) dikatakan kononnya rakyat cuba menipu mengaku tanah yang mereka pohon telah diusahakan berdasarkan terdapat pokok pokok buah buahan sepertu sentul, rambai, rambutan dan sebagainya adalah tumbuh secara sendiri yakni dari tahi" yang mereka jadikan tanah hutan sebagai jamban berak.Alangkah sakit dan tergurisnya hati rakyat apabila TGHH mengeluarkan kata kata sedemikian walhal ada sesetengah dari mereka memang telah sekian lama mengusahakan tanah tersebut, soalnya kenapa TGHH tidak menyelidiki sendiri dan kenapa hanya mempercayai bulat bulat orang orang yang disekelilingnya yang mana mungkin ada perasaan iri hati atau pun mahu berdengki dengan sipemohon.
JANGAN SOKONG MEMBAWA REBAH
Secara peribadi saya menyatakan bahawa telah sejak sekian lama saya memerhati corak gaya kepimpinan mana mana pemimpin parti bertujuan bagi membolihkan saya menilai dan tidak terlalu ektream memuja sesiapa kerana prinsip saya sama dengan pandangan "kekuatan parti tidak terletak kepada individu semata mata,sebaik baiknya kerja buat secara berjemaah (berkumpulan) itu lebih afdhal" misalnya jikalau kekuatan Pas Kelantan diletakkan kepada bahu TGNA maka apa akan jadi selepas ketiadaan tuan guru itu nanti? sirah dahulu pun ada menyebut "jika kamu menyembah nabi Muhammad s.a.w sesungguhnya baginda sudah pun wafat sebaliknya jika kamu menyembah Allah s.w.t ianya tetap kekal sampai bila bila" dengan kata kata itu maka ada yang mahu jadi murtad sudah balik kembali kepada ajaran nabi.....
Olih kerana itulah juga hasil dari pemerhatian saya secara tidak langsung antara serius dengan tidak berdasarkan fokus analisa saya terhadap 2 tokoh yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan President Parti Pas didalam Ijtima" ke59 yang akan mengadakan pemilihan pimpinan pada 20-24 November nanti.
|
sisipan akhbar SH |
Apa perlu saya sibuk sibuk dan dan menyibuk? Sedikit sebanyak impaknya ada tempias yang mengenai saya.Contohnya pada suatu ketika dahulu disemasa saya menghadiri persidangan perwakilan persatuan bekas tentera, agak pedih juga telinga dibancuh berapi berapi olih Tokoh Politik Undangan dari Parti Umno yang mempertikaikan kewajaran bekas tentera menyokong Mat Indera komunis,Isu itu dibangkitkan kerana terdapat dikalangan ahli bekas tentera yang menyokong pimpinan Abg Mat Sabu.Ini belum lagi dibangkitkan dengan corak gaya agresif yang sentiasa menganjurkan beberapa siri demontrasi jalanan dibawah pimpinan Sdr Mat Sabu. Katanya bagaimana hendak menarik orang luar terutamanya pelancung mahu datang kenegara kita jika suasana politik yang sentiasa berontakkan apatah lagi ianya turut memberi kesan buruk juga kepada peniaga peniaga tempatan.
|
sisipan akhbar SH |
Ada pun TMB Kelantan yang mahu mencabar penyandang Tim. President merupakan seorang yang dikatakan tidak begitu popular diperingkat Pusat namun dilihat agak fakih soal agama serta berwatakan seorang ulama" namun dicop juga olih segelintir mereka yang tidak bersetuju dengan beliau kerana tindakan yang progresif mahu mengamalkan politik damai sehinggakan pada suatu masa dikatakan terlibat dengan golongan Unity Goverman (kerajaan perpaduan) Apakah perpaduan itu salah? kalau salah dimanakah rasionalnya? saya nak ulas banyak tentang agama pun tidaklah searif mana? akan tetapi dari segi asasnya telah banyak kali juga saya menyatakan dari apa yang saya ketahui bahawa perundangan syariat mengandungi 5 elemen utama yang menjadi teras pokok,Pertama-menjaga agama (islam) Kedua-Keturunan (bangsa melayu yang beragama islam) ketiga-Harta (tanah air) Keempat-Nyawa (rakyat) Kelima-Akal (kesihatan) jadi dimana salahnya dasar keBANGSAan itu?
bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan