Salam hormat!
|
sila makan bang....jangan malu malu....(gambar hiasan) |
Saya tahu sememangnya ada yang menjengok masuk untuk meninjau perkembangan kemaskini isi kandungan blog ini, kadangkala saya terasa semacam ada orang yang hampa apabila didapati blog ini tidak tercatat apa apa perkara terbaru dalam tempoh beberapa hari,jesteru itu sejak menjadi penulis blog saya juga terasa semacam jadi orang rumah (isteri) juga kerana sentiasa terfikir fikir hari ini hendak masak apa. Takkan lah hari hari nak masak menu yang sama yakni ikan singgam ataupun sayur kacang masak lemak macam rumah jiran saya dulu dulu tu yang mana suami sentiasa merunggut sebab isterinya semacam tidak pandai memasak melainkan masa makanan lauk pauk yang sama hari hari sampai naik jadi muak, sebab itulah kadang kala dia juga mahu mengubah selera makan diluar.Nak dikatakan isterinya sibuk pun tidaklah juga sebab dia suri rumah sepenuh masa,lainlah kalau yang bekerja tu mungkin sibuk sikit atau pun penat.
Begitulah saya merasakan bukan sahaja selera makan perlu di'UpGrade"kan. Menulis juga perlu di"update"kan selalu, tetapi seperti yang saya katakan tadi jika hendak memasak pun bolih memeningkan kepala nak pilih juadah apa untuk dihidangkan kepada che'suami mahupun kepada anak sendiri maka menulis juga rupa rupanya memerlukan daya fikir apakah bentuk essei yang hendak dipersembahkan kepada pembaca, tertanya tanya apakah corak yang disukai olih peminat.Namun begitu pada saya itu semua bolih diatasi disebabkan saya menganggap adalah sukar untuk difokuskan hanya kepada sesuatu aspek sahaja dan kalau jadi begitu maka pembacanya juga pasti terdiri orang yang sama contohnya jika menulis pasal makan makan jadi chef masak memasak sahajalah yang menjengguknya kalau menulis pasal mendidik anak sudah tentu para motivater sahajalah yang mahu melihatnya sebab mungkin bolih dijadikan modal didalam sessi ceramahnya,olih yang demikian saya fikir biarlah saya mempelbagaikan sudut topik penulisan.
Walaupun begitu menulis diblog atau dialam maya tanpa wayer ini adakalanya terdapat juga masaallah tertentu contohnya gangguan internet,selain masaallah teknikal, masaallah line dan lain lain seumpamanya, satu hal lagi masaallah yang tidak dijangka iaitu gangguan keadaan cuaca,maksud saya jika hujan yang disertakan petir maka kena berjaga jaga,sebab dari pengalaman saya sudah 2 kali komputer blackout terkena lintasan petir, apa lagi kena masuk workshop repair komputerlah buat sementara dan kes yang terbaru saya baru sahaja beberapa hari komputer terkena petir lagi, rupa rupanya secanggih canggih rekaan komputer tidak bolih lawan dengan ciptaan TV dirumah sebab teknologi tv agak kebal dari sebarang kilatan panahan petir.
|
sisipan akbar SH |
bersambaung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan