Salam hormat!
|
sisipan akhbar SH |
Sepatutnya ramai yang bolih meletakkan kesalahan disebabkan KERANA KAUlah (siapa?) yang menjadi punca Parti BN kalah diPRK Sg Limau, sebagaimana seperti yang pernah saya tulis sebelum pilihanraya kecil lalu dengan membuat andaian bahawa satu isyarat penolakan cukai GST akan dimulakan olih suara rakyat diPRK Sungai Limau.Beberapa hari sebelum PRK pembentangan bajet 2014 telah dibuat olih PM,selain pengumuman cukai GST akan dilaksanakan pada April 2015 dan dimasa yang sama pengistiharan pengurangan subsidi gula juga dibuat maka dengan itu dengan serta merta keesokan harinya gula dinaikkan harga rm 0.34 perkilo.Dengan keadaan yang masih panas dengan isu tersebut jadi pembangkang telah berjaya mengkontrolversikan lagi didalam siri siri ceramah penerangan disana lalu walhasilnya Pas telah berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi diDUN ini.Walhal tempoh masa untuk umum GST masih ada yakni disessi pembentangan bajet tahun hadapan, akan tetapi kenapa ia dibuat tergesa gesa,kenapa???
SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
|
sisipan akhbar SH |
Dua musibah dalam tempoh terdekat,pertama kalah didalam pemilihan naib president kedua dihukum rakyat didalam prk,itulah yang berlaku kepada penyandang MB Kedah sekarang,walau pun bukan beliau yang bertanding akan tetapi sebagai pengerusi parti negeri sudah tentu orang ramai akan meletakan semua itu dibahu beliau sebagai ketua yang perlu bertanggungjawab akan risiko kalah menang.Soal peningkatan jumlah undi bagi BN atau kemerosotan undi yang diraih olih Pas,itu tidak menjadi persoalan pokok,sebab seperti yang diketahui jentera Parti Pas bukan sahaja terpaksa berdepan dengan politik yang menabur dengan segala macam pemberian malah termasuk janji janji yang akan diberi bulan dan bintang kepada rakyat disana.Maka tidaka hairanlah dengan mojoriti yang diperolihi olih parti pas itu menjadi teramat sangatlah dibanggakan olih penyokong dan pendokong parti mereka. Apa apa pun diucapkan tahniah kepada calon yang menang.....
Tok ayah su-salam maal hijrah dan jgn lupa baca doa tahun baru....amim!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan