arkib

Sabtu, 16 November 2013

Cerita UPSR jadi seghoti...

sisipan akhbar SH
Salam hormat!
Disebabkan terlalu ghairah untuk mendapatkan keputusan A didalam peperiksaan UPSR didapati ada seorang murid sanggup mengubah suai slip keputusan kemudian dibawa balik kerumah untuk ditunjukkan kepada ibubapanya, alangkah riang gembira tak terkata ibunya apabila melihat slip keputusan sianaknya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang, lalu dijaja kesegenap rumah jiran konon sianaknya seorang yang pandai kerana memperolihi banyak A,namun kegembiraannya itu tidak berpanjangan,selang beberapa hari selepas itu ada pengkhabaran mengatakan anaknya itu telah membohongi beliau,untuk memastikan lalu siibu itu datang sendiri kesekolah, alangkah gundah gulananya dari berkeadaan ceria telah bertukar kecewa yang teramat sangat setelah dimaklumkan olih guru bahawa sianaknya hanyak mendapat markah sekadar cukup cukup makan sahaja, sebelumnya badan kuat kemudian telah bertukar menjadi lemah gemalai malah terasa malu pula kepada jiran jiran untuk meralatkan semula berita yang disebarkan beberepa hari yang lalu. Bertuah punya anak....keluhnya....

Kesah kedua-Apabila didapati sianak memperolihi keputusan banyak A maka dihantarlah anaknya itu masuk kesekolah menengah yang hanya menempat untuk pelajar pelajar pintar sahaja,Apabila disekolah baru itu mengadakan sekali lagi ujian saringan berserta dengan ujian ujian penggal yang lain maka pehak sekolah mendapati sianaknya itu telah banyak gagal seolah olah tidak menunjukkan kemampuan sebenar seperti mana seorang budak cerdik pandai yang lain malah dikatakan tidak dapat bersaing dengan tahap yang diperolihi olih kawan kawannya.
Lalu timbullah perspeksi bukan bukan yang membangkitkan tanda tanya adakah markah 5A didalam UPSR dahulunya itu dijawab secara meniru atau menjawab soalan yang telah dibocorkan kepadanya?

Apabila membicarakan soal perspeksi ini, ada juga timbul cakap cakap yang mengatakan berkenaan sistem SPPBS yang baru diperkenalkan kepada para guru sekolah,sistem baru ini bukan sahaja membebankan guru guru malah bolih membangkitkan tanggapan nagative dikalangan ibubapa. Apa tidaknya...contohnya jika pentaksiran markah murud murid dibuat olih guru guru kelas masing masing maka apakah tidak nanti akan ada sifat pilih kasih ,maksudnya mungkin hanya murid yang disukai olih guru itu sahaja akan ditaruk markah yang baik baik belaka manakala murid yang tidak disenangi guru akan diburukkan markahnya walaupun pencapaian pelajaran murid itu agak memuaskan, inilah yang menimbulkan kesangsian dari sistem SPPBS tersebut...jikalah benar benar terjadi begitu maka akan hancurlah harapan anak bangsa dan rosaklah intitiusi pendidikan negara.

Kemelot atau pun situasi sedemikian telah dan sudah pun berlaku didalam suasana kehidupan seharian.Contohnya apa yang berlaku didalam sirah politik tanahair, miskipun seseorang tokoh politik itu digembar gemburkan mempunyai tahap daya pemikiran yang bernas lagi bijaksana didalam banyak tindak tanduknya namun disebabkan tidak sealiran warna darah keturunan dengan "regu" maka dengan sendirinya sedikit demi sedikit dia akan dipinggirkan, sebagai klunya lihatlah apa yang berlaku terhadap seorang bekas exco negeri Kelantan.Walhal ada yang menganggap beliau itu adalah seorang pelapis yang bakal menjadi seorang pembesar negeri malah bolih melangkah jauh untuk menjadi pemimpin diperingkat Pusat.Namun kesudahannya apa yang terjadi kepadanya? Jawatannya exco pun terlepas....Itu salah satu contoh didalam dunia politik,pun begitu apa kurangnya yang berlaku didalam erena sukan,saya tidak mahu mengulas panjang tentangnya namun satu dunia sudah tahu sememangnya terdapat anak emas, anak gangsa dan juga anak tiri,waima engkau pandai bermain sampai kelangit sekali pun akan tetapi jika engkau tidak sebulu dengan pengurusan maka jangan diharap akan di"turun padang"kan,itulah hakikat hukumm karma dunia hari ini.....

gambar hiasan
Jadi berbalik kepada perihal sekolah tadi,apakah penyakit penyakit luaran diatas itu telah pun meresap masuk juga ke intitiusi pendidikan. Pada saya yang bersandarkan sedikit dari pengalaman yang lepas, pernah didalam suatu majlis perjumpaan dikalangan ibupada dengan pehak sekolah, berdiri salah seorang wakil ibubapa bangun bertanya katanya "kami dapati banyak program dan juga aktiviti yang akan dilaksanakan,jadi kami menghargai diatas daya usaha serta kesungguhan para guru namun begitu kami ingin bertanya apakah ianya tidak memerlukan wang belanja dan jika ada perlukah kami memberi sumbangan serta berapakah kos yang patut kami berikan?" Kemudian dijawab olih Pengetua "ya betul...pehak sekolah memang memerlukan sumbangan daripada ibubapa sekalian, jumlahnya jika dicampur tolak adalah dalam sekitar rm 300.00" katanya. "waa....terdengar perlahan suara ramai ramai didalam dewan. Kemudian ada yang kata mahal sangat dan ada yang kata tidak... macam tawar menawar harga didalam pasar.  Itu tidak termasuk lagi rm 150.00 kos lawatan murid sekolah kenegeri negeri terpilih....(kurang cerdiklah kalau guru pengiring tidak dapat percuma tambang bas dan juga penginapan,ini sudah dikira bolih merengankan beban kos guru hendak melancong)

Maka kerana itulah juga didalam mesyurat ajk PIBG pernah disuarakan bahawa setiap tahun bajet untuk kegunaan PIBG bagi sebarang aktiviti kecemerlangan dan pembelajaran sudah dapat dijangka beberapa jumlah kos yang diperlukan dari A sampai Z bermula dari awal tahun sehingga keakhir tahun tidak akan lari dalam lingkungan katakan diantara rm 4-5 ribu ringgit termasuk kos diluar jangka.Ini bermakna jika ibubapa perlu memberi sumbangan maka cara pengiraannya JUMLAH BAJET dibahagi dengan JUMLAH KETUA KELURGA contohnya jika
RM5000.00 (jumlah bajet) dibahagi 200 (jumlah ketua keluarga) maka jawapannya hanya RM25.00 seorang sahaja.Jadi persoalannya kenapa sampai perlu kami bayar sehingga RM 300.00 seorang? jika sedemikian RM 300.00 dikali dengan 200 ini bererti jumlahnya sudah  menjadi RM60.000.00 (enam puluh ribu ringgit Msia) WOWW....andaikata ditolak sebanyak RM 5000.00 belanja mengurus tadi ianya masih berbaki rm 55.000.00 (lima puluh lima ribu ringgit Msia) jadi kemanakah wang baki ini disalurkan? adakah ianya di"tranfermasi"kan (dipindahkan) ke JKKK yang sedia menunggu dengan mulut yang sering tergangga itu? Inilah yang dikatakan satu bentuk kezaliman yang membebankan satu pehak demi untuk merengankan tangungan pehak lain....Sedikit lagi menyentuh isu SPPBS yang dikatakan membebankan guru guru itu, yang sebenarnya jika dari sumbangan sebanyak itu tadi seandainya tidak tiris kemana mana maka dengan ini sudah pasti ianya bolih digunakan untuk membayar gaji para kerani sampingan bagi tujuan menolong guru guru mengisi semakan pentaksiran markah murid murid...caranya mudah saja....kan...kan...kan...

Moral of the story-kalau nak jadi calon P/Raya tetapi tak ada duit jadi jangan segan segan, cubalah berbaik baik dengan organisasi Ajk PIBG sekolah, manalah tahu kot kot bolih tumpang semangkuk.....

tok ayah su-bakal terima calon menantu...insaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan