arkib

Sabtu, 1 November 2008

Dari Meja Analisis

Dipetik dari web tranungkite online sebagai berkata:-


Siapa yang hendak jadi wakil rakyat dengan elaun RM 3,600 sebulan ? Lebih baik kerja yang sedia ada ni , tak payah pening-pening kepala setiap waktu orang talipon dengan pelbagai masalah , anak tak dapat ke sekolah , suami lari , elektrik kena potong , kematian , kemalangan , bencana alam.

Kawan saya jadi wakil rakyat, dulu saya banyak uban daripada dia , sekarang tak sampai setahun jadi wakil rakyat dia pula banyak uban daripada saya.

Masalahnya ialah rakyat Malaysia secara umumnya salah faham tanggungjawab seorang wakil rakyat. Mereka menyangka wakil rakyat ni kaya raya , banyak projek boleh beri dan sebagainya. Hakikatnya wakil rakyat adalah penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Kalau rakyat Malaysia hendak maju , kalau bangsa Melayu hendak maju , fahami apa peranan wakil rakyat , apa peranan rakyat. Kalau tak tahu , boleh lihat pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/06/aku-dan-yb-salah-faham-fungsi-rakyat.html
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/11-tanggungjawab-asas-seorang-wakil.html

Mungkin selepas ini Kementerian Pelajaran akan mencadangkan satu lagi subjek iaitu Tanggungjawab Rakyat dan Wakil Rakyat.

****************************
Kelantan setuju kaji elaun wakil rakyat

Utusan Malaysia 30 Okt 2008
KOTA BHARU 29 Okt. - Kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan bebanan mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya dipersetujui, elaun wakil rakyat akan meningkat 30 peratus menjadi RM4,840 sebulan berbanding sekarang RM3,600 sebulan.

Semalam, ketika sesi perbahasan bajet, wakil pembangkang, Nozula meminta kerajaan menyemak semula kadar elaun RM3,600 sebulan bagi wakil-wakil rakyat kerana mereka terbeban dengan tanggungjawab membantu banyak aspek keperluan rakyat.

Beliau menyifatkan kadar itu kecil pada masa sekarang dan menegaskan wakil-wakil rakyat tidak harus takut dikritik dalam soal itu kerana rakyat tentunya memahami.

Menurutnya, wakil-wakil rakyat Pas mungkin keberatan untuk menyuarakannya tetapi mereka sedar tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dengan elaun tersebut.

Husam berkata, dengan kenaikan harga barang dan bahan bakar, kadar elaun tersebut tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan wakil rakyat kerana ia bukan sahaja digunakan untuk keperluan peribadi tetapi dikongsi bersama rakyat.

"Sebagai contoh, jika dahulu wakil rakyat hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM10 ketika pergi kenduri kahwin tetapi kini jumlahnya mungkin bertambah dua kali ganda, RM30.

"Saya harap selepas ini semua wakil rakyat berdoa agar ahli Exco dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm&arc=hive


Poksu-Jika dilihat sepintas lalu sememangnya elaun wakil rakyat ini rendah dan tidak mencukupi,namun demikian harus diingat wakil rakyat samaada dari parti penbangkang sekalipun dia ada punya peruntukan geran sesekian jumlah tertentu bagi tujuan menjalankan kerja kerja pembangunanan dikawasan yang dimenangi/diwakilinya,jika seorang wakil rakyat itu seorang yang ada “bisness minded” sudah pasti secupak yang diberi akan diusahakan untuk menjadi segantang,tetapi jika jenis bermenteliti seperti rakyat kebanyakkan (suka subsidi),berilah segunung harta sekalipun pasti tidak akan mencukupi.Walhal apa yang kita semua faham banyak lagi kemudahan kemudahan percuma yang tersedia untuk golongan yang bergelar wakil rakyat ini.

Kita juga sedar , setiap pemimpin atau wakil rakyat kena menghulurkan bantuan peribadi untuk sesuatu kes kematian,bencana atau lain lain musibah, tetapi dimasa yang sama peruntukan dari kerajaan juga ada tersedia,akan tetapi kita juga perlu sedar,apa kurangnya dengan seorang orang bawahan yang ektif berpersatuan,setiap kali hadhir mesyuarat bukannya duit masuk poket tetapi duit poket sendiri terpaksa keluar untuk menambah dana atau tabung persatuan tersebut,malah mereka juga apabila hidup bermasyarakat terpaksa bantu membantu sama ada disegi keuwangan mahupun tenaga, sedangkan jika ada yang sudah berpencen sekalipun tetapi pencen mereka tidak naik naik juga,malah gaji pencen masih ditakuk yang lama ,ini bererti jika sekiranya elaun wakil rakyat ini dinaikkan yang nampak jelas ialah jurang diantara yang kaya dengan yang kurang berada semakin terserlah,jarak ini yang dilihat tidak menyenangkan dikalangan kebanyakan rakyat terbanyak. Poksu bukan nak bangkang seratus peratus tapi berilah sedikit keadilan dan fakir fkirkanlah sama kepada pesara yang bergaji rendah ini…..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan