arkib

Ahad, 9 November 2008

Komen Dari Meja Analisis


Dipetik dari blog Sdr Roslan SMS:

Laporan polis terhadap guru agama

Saya pasti isu ini akan mengundang seribu-satu ulasan dan komentar dari pelbagai pihak dan sekali lagi Islam menjadi fokusnya. Pasti juga sahabat-sahabat kita dari kalangan masyarakat bukan Islam juga akan tumpang memberi pandangan, akhirnya Islam sekali lagi menjadi pertikaian akibat tindak-balas orang Islam sendiri.Allah swt berfirman dalam surah an Nisa ayat ke 103:"Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin."Solat ini nampaknya ringkas dan ringan namun mengerjakannya secara konsisten tanpa gagal adalah satu tuntutan yang lazimnya tidak berjaya dikerjakan secara sempurna dikalangan orang-orang Islam. Allah swt befriman dalam surah al Ankabut ayat ke 45:“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”Mereka yang berjaya mendirikan solat secara konsisten mampu memiliki perisai yang jika pun tidak melindungi mereka secara langsung sekurang-kurangnya mengingat-ingatkan mereka apabila sahaja cenderung mahu melakukan perkara yang jahat. Bayangkan jika seluruh umat Islam tegak dengan kekuatan ini.

Saya yakin itulah niat guru agama di sebuah sekolah rendah di Damansara apabila menayangkan kepada anak-anak muridnya klip video kematian. Sekarang pun sekolah sudah diambang percutian, kanak-kanak sudah tidak mengikuti pelajaran lagi di sekolah, masing-masing “free” dan dalam kesempatan inilah pelbagai program dan aktiviti diatur untuk mengisi kelapangan itu termasuklah bagi guru agama tadi menayangkan klip ini dengan harapan memotivasikan anak-anak muridnya agar mengerjakan solat.Suka tak suka, kita perlu akui bahawa ramai ibu-bapa gagal mendisiplinkan anaknya untuk solat secara konsisten. Malah ada ibu-bapa pun gagal. Kerana itu semua pihak dari pemimpin sampailah ke guru agama bertanggungjawab menasihatkan semua pihak agar tidak meninggalkan tanggungjawab ini.

Tiba-tiba seorang ibu membuat laporan polis di Balai Polis Damansara mendakwa bahawa guru agama anaknya di sekolah telah menayangkan video yang “menyeramkan” ini sehingga telah menganggu pemikiran anaknya. Kata beliau anaknya ketakutan sehingga menangis-nangis ketika mahu tidur malam akibat menonton video ini.Saya tidak pasti tetapi mungkin anak Puan Doktor yang membuat laporan itu benar-benar terganggu akibat menonton klip berkenaan. Mungkin budak itu memang lemah semangat. Tetapi bagi saya realitinya anak-anak kita hari ini terdedah dengan ratusan ribu klip dan video yang berbagai bentuk, hiburan, seks, keganasan (contohnya dalam filem Bond terbaru “Quantum of Solace”, lengkap hiburan, seks dan keganasan dalamnya), kalau tidak melalui vcd yang bersepah, melalui internet dan lain-lain media.Kanak-kanak sekecil tahun 1 hari ini sudah terdedah dengan semua ini lantaran kemajuan ICT dan TV kabel serta satelit. Kalau tidak kerana lemah semangat, saya rasa tidak salah malah wajar anak-anak kita diperingatkan tentang mati dan akibat meninggalkan solat. Semoga mereka insaf dan sedar, semoga terangsang minda mereka untuk mendirikan solat secara konsisten.

Kalau pun Puan Doktor yang membuat laporan polis tadi merasakan tidak wajar klip video itu ditayangkan kepada anaknya, mengapa tidak diajak berunding? Bukankah yang terlibat ini guru agama anak kita, besar sangatkah jenayahnya sehingga mahu diseret pihak polis bersekali?Saya bimbang masyarakat kita semakin bercelaru dan porak-peranda mindanya. Akhirnya kita semakin jauh dan terpisah dari agama, akhirnya agama menjadi pilihan, ada bab yang perlu ditonjolkan, ada yang perlu digugurkan. Ia boleh dipilih-pilih. Mahu solat, boleh salot, kalau tak mahu pun boleh. Masyarakat jenis apakah yang mahu kita lahirkan nanti? Sama-samalah kita fikirkan.

Poksu-Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam!Kelihatannya kesah ini begitu serius sehinggakan kesnya sanggup dibawa kepihak polis,gara gara seorang ibu yang ingin memprotes seorang guru yang menayangkan CD Video kematian,kita tidak pasti sama ada video tersebut benar benar mengandungi cerita seram dengan segala macam tahyul atau pun hantu kubur,akan tetapi jika jalan ceritanya untuk menginsafkan diri sipenontonnya agar senantiasa beringat ingat akan kesudahannya penghujung hayat kita pasti akan mati maka poksu kira langkah guru itu amatlah tepat.Ada ayat menyebut "korlullza ikatilmaut"(setiap yang bernyawa pasti akan mati).

Teringat poksu satu peristiwa yang mungkin bolih dikongsi cerita ini bersama dengan pembaca, kesahnya mula terjadi dalam satu mesyuarat sebuah badan NGO yang poksu sendiri hadir, poksu selaku ajk yang memegang jawatan biro agama telah mencadangkan kepada mesyuarat supaya kubur kubur sahabat yang telah lama meninggal dunia perlu diziarahi,dan jika didapati kubur ini tidak dalam keadaan sempurna maka patutlah pula dicari jalan bagaimana untuk mengindahnya seperti memasang batu konkrit bersemen yang berukir nama.Ini kerana memandangkan ada dikalangan ahli keluarga Almarhum sahabat tadi tidak mampu untuk berbelanja lebih,yang mampu diadakan hanya cuma dua batu nesan sahaja.Tambah poksu lagi "ada dikalangan almarhum yang banyak berjasa dalam tempoh masa khidmatnya untuk negara, malah ada yang mendapat anugerah dan pinggat pingat kebesaran tetapi sayangnya pusara mereka terabai dan tidak ada bezanya dengan rakyat kebanyakan"jadi apa salahnya sebagai mengenang jasa jasa mereka ini maka kuburnya dicantikkan sedikit, lagi pun hukum nya harus selagi tidak menganggu keluasan tanah kubur orang lain,malah terdapat juga fatwa yang membolihkan kubur kubur bolih dibina secara bertingkat tingkat jika keluasan tanah kubur yang berbangkit.

JANGAN BENCI KEPADA PERKARA BENAR

Apabila sesorang ditegur supaya membuat kebaikan lalu ditolaknya kebenaran teguran tersebut dengan berkata "jaga diri kamu sendiri sudahlah"atau dengan apa apa ucapan yang menunjukkan kebencian kepada kebenaran maka dikhuatiri akan ditimpa kutukan dan kemurkaan Allah SWT,sebagaimana firmannya yang bermaksud "patuhlah kepada Allah,lalu dibangkitkan (ditunjukkan) kesombangannya olih orang tersebut,maka balasannya ialah dosa yang bolih menariknya keneraka jahanam"(Al-Baqorah:206), wanauzubillah...minta dijauhkan kepada kita semua! Kematian adalah perkara benar....

Berbalik kepada cerita dalam mesyuarat tadi,maka bersuaralah seorang ahli korum dengan katanya "Soal kematian ini tidak usah diucapkan atau dibangkitkan dengan alasannya perkara ini (mati) tidak bolih dibuat main main".Alangkah malangnya beliau ini masih lagi tidak menyedari betapa serius poksu dalam perkara ini dan poksu bukannya juga buat main main.

Sememangnya tidak dapat dinafikan,terdapat beberapa jenis perangai orang,apabila disebut saja soal mati mereka akan terus jadi kecut,takut dan seram sejuk seolah olah tidak bersedia untuk menerima ketentuan ini,dan yang anehnya bersikap begitu jumud dengan dunia seolah olah mereka akan hidup menungkat langgit selama lamanya.Sedangkan Rasullah SAW mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud "sebaik baik orang yang panjang umur ialah meraka yang baik amalannya,manakala orang yang paling pintar ialah mereka yang sering ingat akan saat kematiannya...!!

(P/S : sebahagian dari tulisan ini dicedok dari sebuah kitab agama yang berjudul "nasihat agama dan wasiat iman)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan