arkib

Selasa, 14 April 2009

Tentera untuk siapa ?



Salam hormat !

Memang banyak respon yang saya dengar dengan langkah untuk menambahkan anggota simpanan tentera ini,dulu dulu dipanggil tentera wataniah dari bahasa arab yang bermaksub tanahair,kemudian telah ditukar kepada PSTD (pasukan simpanan tentera darat).Yang layak bercakap soal ini ialah bekas bekas tentera sebab mereka lebih arif dan mendalam pengetahuannya sama ada pro dan kotra berkait dengan isu ini.


Disegi pro nya cuba kita lupakan dulu isu ini yang kononnya ada kaitan dengan politik,andaian yang dibuat ialah keberangkalian tentera ini nanti akan dijadi alat untuk undi pos.Saya nak mengajak pembaca melihat disebaliknya iaitu tentang tugas asasi organasi tentera ini,sudah tentu untuk menjaga keselamatan negara dari sebarang ancaman musuh samada dari dalam atau dari pehak luar.Sebelum itu cuba kita perhatikan pergolakan politik dinegara Thailand.Selepas bermula peristiwa kezaliman keatas penduduk islam TakBai keadaan negara tersebut tidak pernah aman aman,Era kerajaan Taksin telah diambil alih satu rampasan kuasa tentera setelah diperkenankan olih rajanya.Kemudian era Samak memerintah telah berlaku buat sementara,Selepas itu hari ini giliran kerajaan dari ketua pembakang pula memegang kuasa,kita ingatkan bolih aman,tetapi apa yang terjadi telah bangkit semula pengikut asal Taksin,pergolakan demi pergolakakn akhirnya beberapa wilayah telah diistiharkan dharurat,diwaktu ini kita lihat peranan tentera telah dikerah untuk mengawal keselamatan,jadi apakah yang dapat dilakukan olih masyarakat awam tanpa beberapa penglibatan tentera ini,apakah keamanan akan wujud tanpa campur tangan anggota keselamatan ini?.


Yang menariknya dinegara kita ini berbilang bangsa tidak seperti Thailand hanya satu kumpulan minoriti melayu muslim Thai.Tetapi bolih aman walaupun kadangkala bergolak ibarat nampak seperti berkocaknya air dipermukaan gelas sahaja tetapi tidak didasarnya. tetapi harus diingat jika air ini berkocak selalu sedikit sebanyak akan tumpah juga juga,jika gelas tersebut berada diatas kepala kita yang sedang lena tidur atau sedang duduk berkhayal sudahlah pasti basah jadinya.Jesteru itu adalah disarankan agar kita duduk atau tidur dibawah peneduh atau kita sediakan payung sebelum air itu membasahi kita......


Disegi kotranya ialah dibimbangi tentera simpanan wataniah ini akan dijadi alat politik khususnya dalam undi pos.Sebenarnya kita tidak perlu meragui atau merasa gentara sekiranya mana parti itu bersedia untuk menarik hati para pengundi pengundi diatas pagar ini.Kebanyakan mereka ini berprofesional dan tidak memihak malah jika ditakdirkan pembakang dapat memerintah mereka ini juga akan bertindak sebagai penyelamat yang juga bolih dianggap sebagai eset simpanan wang "fit deposit" kepada mana mana parti....fikir betul betul !


Poksu-Hanya jouhari yang mengenal manickam...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan