arkib

Jumaat, 24 April 2009

Jawatan "kemetot" !

Salam hormat !

Apabila bercakap soal akal kemetot,saya juga teringin untuk memberi sedikit respon mengenainya,ini bukanlah bermakna saya mahu mendabik dada mengatakan saya mempunyai lebih tinggi IQ kerana siapalah saya berbanding orang lain malah sudah ku sedar siapakah aku?. Apa pun tulisan ini cuma sekadar ingin berkongsi rasa betapa kecewa kita dengan apabila berdepan dengan orang orang yang mempunyai akal yang kemetot ini,dengan kata lain akal yang tidak produktif,akal yang jumud dan beku,akal yang tiada idea masa depan,akal yang hanya tahu mencedok hak cipta orang lain semata mata.

Namun orang sejenis ini agak pandai memainkan peranan,cucukan jarum lakonannya nampak hidup walaupun hanya secara kulit luaran sahaja sedangkan isinya kosong,kerana itu kita lihat mereka ini masih lagi mendapat tempat dan masih lagi menjadi pilihan untuk memimpin sama ada kepimpinan dari peringkat sebawah bawahnya (cawangan) sehingga keperingkat yang lebih atas sedikit iaitu diperingkat Kawasan.Apa tidaknya jika seorang perasmi mesyuarat yang juga merangkap seorang kepimpinan parti telah berucap dengan cuba menyelitkan mesej dan klu klu dengan memberi sedikit garis panduan bagaimana kehendaknya dengan mengambil kira ciri ciri yang perlu ada pada seorang bakal pemimpin untuk dipilih namun ayat ayat cinta tersebut tidak dapat ditangkap olih perwakilan,lalu tanpa diduga olih kita,pemimpin yang tiada berkaitan juga yang dipilih untuk diangkat naik,dengan ini secara tak langsung saranan yang dibuat (olih perasmi) secara simbolik dengan maksud yang berlapis tadi hanya dipandang sepi dan bolih dikatakan hanya masuk telinga kanan keluar ditelinga kiri bagaikan mencurah air didaun keladi tidak melekat dimana mana,masih tidak faham faham olih perwakilan/ahli, bukankah itu menunjukkan betapalah kemetotnya akal mereka mereka ini.....
Sebagai contoh beberapa hari yang lalu bekas calon AlFadhil Ust.Kamaruzaman (gambar:berserban) dikawasan Parlimen Hulu Terengganu telah hadir merasmikan mesyuarat agong Pas cawangan,didalam ucapannya telah menyarankan 4K (perkara) ciri ciri yang perlu ada pada setiap bakal ketua cawangan yang perlu diambil kira untuk dipilih, PERTAMA-Kesetian,yang KEDUA-Keberanian, KETIGA-Kecerdikan (berilmu) dan yang KEEMPAT-Kekuatan ekonomi. Ulasan yang dimaksudkan itu ialah sentiasa setia dan beristoqomah dengan perjuangan parti dengan sentiasa melakukan beberapa aktiviti,untuk melancarkan perjalanan program yang dirancang memerlukan kekuatan ekonomi jesteru itu setiap cawangan perlu berilmu pengtahuan bagaimana untuk mencari kaeadah terbaik untuk mendapatkan dana tersebut,manakala keberanian yang dimaksudkan tidaklah dibuat secara melulu dengan tidak mengambil kira langkah berjaga jaga tanpa memperdulikan akan keselamatan diri dan jika bolih saya tambahkan sedikit iaitu perjuangan memerlukan pengorbanan ataupun jihad sebagaimana yang difardhukan kepada seseorang dengan syarat syarat yang ditetapkan olih agama malah keberanian dan kecaknaan yang ada pada seorang sahabat nabi Saidina Omar r.a yang sangat baik untuk dicontohi.

Olih itu tambah beliau,jadikan majlis mesyuarat untuk melihat apa yang telah dan apa yang bakal hendak dibuat,medan mesyuarat bukanlah tempat untuk memilih pemimpin yang tidak dapat berbuat apa apa malah jauh sekali untuk dijadikan tempat tuduh menuduh setiap kelemahan dan kesalahan diatara satu sama lain.Saya bolih bersetuju dengan saranan tersebut namun persoalannya apakah kita bersetuju dengan seorang pemimpin yang hanya tahu menadah kopiah,menadah cetong,menadah supik geleyar dengan merendahkan air muka meminta sana meminta sedekah sini?apakah ini yang kita tawarkan kepada ahli ? dengan tidak berupaya mengubahnya sejak dulu, kini dan diharap tidak untuk selama lamanya.....fikir betul betul!
Poksu-Tidak kedekut untuk menderma tetapi biarlah kena dengan caranya..........!

1 ulasan:

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan