arkib

Rabu, 8 April 2009

PR MINI-Tahniah dan syabas !

Mengenal pasti sebahagian dari sumbangan kepada kemenangan diPRK mini ini,tidak bolih tidak ada yang berfirasat dan meramalkan dari jauh keputusan kemenangan akan berpihak kepada calon dari Pas khususnya diPRK Bukit Gantang ini dari awal awal lagi,begitulah juga mengikut penganalisis politik yang juga merupakan petugas parti yang telah telah selamat kembali kekampung halaman disini. Mereka menceritakan pengundi berbangsa lain (cina) amat berharap agar swing orang melayu sekurang kurangnya 30% memihak calon pas kerana bagi pengundi lain lain bangsa telah bersiap sedia (70%) untuk memilih calon dari Parti Pas.Sehubungan dengan itu kita dapati keputusan memang melepasi target (35%) yang diingini olih kaum cina itu.Mereka bukan saja meletakkan kemenangan untuk Pas,malah sanggup bertaruh pendapat dengan jumlah majoriti dibawah 5000.Sokongan ini bersandarkan kepada ketokohan yang ada pada diri calon itu secara peribadi,katanya,mereka (orang cina) mengelarkan parti 'diAtas' mungkin yang dimaksudkan Bulan ataupun Roket yang telah mereka pilih,suasana ini telah kembali kezaman era 60an yang mana tatkala itu mereka suka pada BN sebagaimana mereka sokong parti PAS pada hari ini. Itulah suasana yang telah berubah seumpama roda mengikut masa sekejap diatas dan sekejap dibawah.Senario ini pastinya BN akan berhati hati untuk tidak melakukan kejutan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dalam tempoh masa yang terdekat ini.Tambah penganalisa itu tadi.

Manakala isu kematian kugan dengan kematian misteri AlTantunya telah disegarkan secara senyap diPRK Bukit Selambau,mungkin kerana tempias dari isu kes ini telah dapat berjaya meraih undi untuk calon parti PKR ,manakala pembebasan tahanan ISA telah idak berjaya menarik minat untuk menambat hati mereka...,olih itu pada asalnya mereka sekadar berani meramalkan menang kalah dengan kadar nisbah 50-50.Faktor calon kedua duanya dari bangsa India juga menjadi penyumbang kepada kemenagan PKR kerana penyokong BN berbangsa melayu sendiri telah tidak keluar mengundi kerana dikatakan memprotes calonnya secara diam. Penyokong tegar BN hanya terdiri dari warga emas yang berumur lebih 60 tahun keatas sahaja.

Manakala diBatang Ai Serawak,ada yang dapat maklumat yang mengatakan kurangnya pemantauan dari petugas Parti PKR,kerana itu mereka meletakkan berbagai andaian berkemungkinan berlakunya penipuan kerana pada asalnya mereka dapati ada diantara rumah panjang yang langsung tidak bolih dimasuki olih perayu undi dari BN.Jadi bagaimana bisa BN bolih jadi menang ?katanya....

Poksu-Itulah analisa rengkas yang dapat dikutip dari petugas yang baru balik dari sana.Apa pun tahniah diucapkan kepada calon calon yang menang dalam pilhanraya mini ini.....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan