arkib

Selasa, 7 April 2009

Ayat Al-Qur"an diguna olih orang bukan islam,apa kata mereka?


Salam hormat!

Marilah kita sama sama lihat secara rengkas apakah dia adab adab yang perlu dipatuhi olih para pembaca ayat ayat suci al-qur'an yang saya petik dari beberapa kitab rujukan yang ada dalam simpanan saya.Pertamanya seorang pembaca itu hendaklah dalam berkeadaan bersih secara zahiriyah dari segi cara berpakaian dan juga bersih dari kotoran batiniah (dalaman) iaitu mestilah tidak didalam keadaan berhadas besar mahupun kecil (najis),bersih dari darah haid dan nifas,mesti berwuduk (ada air sembahyang), jika tidak dapat mematuhi syarat syarat tersebut maka adalah dilarang sama sekali memegang,membawa atau membaca naskahnya kecuali nisbah ayat ayatnya bercampur banyak dengan ayat ayat huruf huruf terjemahan kedalam lain lain bahasa bangsanya.Begitu juga kita dilarang membacanya ditempat tempat yang kotor seperti didalam tandas atau tempat tempat yang dijadikan markas maksiat kepada peraturan allah s.w.t.

Kelebihan bacaan ayat ayat al-qur"an disebut dalam satu sabda nabi Mohammad s.a.w yang berbunyi "ada dua golongan yang sentiasa didengki olih orang lain iaitu yang pertama seorang yang diberi olih allah ayat ayat suci alqur"an lalu dibacanya samaada siang ataupun malam, manakala golongan kedua ialah orang yang dikurniakan harta pada siang dan disebelah malam
kemudian beliau membelanjakan kekayaan tersebut untuk jalan yang diredhoi olih Allh s.w.t (riwayat Al-Bukhori dan muslim).
Bacaannya juga dikira satu doa,seperti mana sama dengan satu lagi sabna nabi yang bermaksud "ajarlah kepada anak isteri kamu ayat ayat itu (al-qur"an) dan juga selawat kerana bacaan tersebut adalah merupakan satu doa.Persoalannya adakah bacaan dari orang bukan islam juga merupakan satu doa,dan mengikut sejarah dahulu pun orang bukan islam seperti Abu jahal juga sering berdoa,cuma apakah doa dari Abu Jahal ini diterima atau pun tidak,maka kenalah kita mencari jawapannya sendiri........
Adapun syarat syarat lain untuk mendapat kelebihan pahala atau termakbul doanya itu maka sudah pastilah sesorang itu dituntut membaca secara tertil mengikut tajwid dan makraj yang betul,ini semua untuk mengelakan berlakunya bertukar makna (maksud ayat),sebagai contoh hendak menyebut nama Adi akan tetapi yang terkeluar dimulut berbunyi Ali,tidakkah itu bertukar nama orang lain sudahnya.Jadi jika berlaku sedemikian rupa maka bukan pahala yang kita patut dapat akan tetapi sebaliknya berolih dosa pula sebagaimana amaran allah yang disabdakan nabi yang berbunyi "bacalah alqur"an selagi ia tidak melarang kamu dari melakukan perkara perkara maksiat kerana pembaca ayat alqur"an akan mendekatkan dirinya sama dengan penyembah berhala".Ertinya pembaca alqur"an akan terlebih dahulu diseret keapi neraka kerana meraka itu lebih mengetahui akan hukum tetapi melanggarnya berbanding dengan mereka yang jahil,ertinya samalah juga dengan perangai orang munafik yang sentiasa hipokrit (cakap tak serupa bikin) lain dimulut lain pula dihati.
Adalah disyorkan agar pembaca ayat alqur'an ini hendaklah berguru (berimam) terlebih dahulu sebagaimana ilmu persilatan tidak bolih tersalah langkah pasti sumbang jadinya seperti pendekar Mastur main "pakai hentam sajalah"......lalu dijawab Ajis 'silat pakai batu guru belum ajar lagi'! he.he..he...
Poksu-ini bukan dugaan.....ini betul betul !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan