arkib

Jumaat, 10 April 2009

Kabinet baru...apa kata mereka ?

Salam Hormat!

Dua peristiwa penting berlaku serentak dalam sejarah negara kita pada 9.4.09 yang lalu. Pertama perlantikan ahli jemaah kabinet yang baru dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang ke6 DS Najib,manakala peristiwa yang kedua ialah keputusan jatuhan hukuman terhadap kes yang melibatkan kematian trajis model dari negara Monggolia.

Yang lebih mendapat liputan meluas kesemua media ialah kepada perlantikan para jemaah Menteri yang baru,jesteru itu saya juga tidak mahu ketinggalan untuk memberi sedikit respon mengenainya,sebelum itu saya hendak mengajak para pembaca untuk mengimbas kembali serba rengkas semasa kita semua berada dibawah barisan kepimpinan kabinet Pak Lah selama hampir 5 tahun yang lepas.Dalam tempoh itu kita dapati banyak juga khususnya diNegeri Terengganu ini berlaku perkembangan berkaitan dengan hal ehwal keagamaan yang telah diserapkan melalui kaedah pendekatan dengan istilah "islam Hadhari".Yang jelas terpampang didepan mata kata ialah percambahan pembinaan masjid masjid dimerata daerah daerah dan kampung kampung,diantara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat khususnya kepada pendukung pendukung parti Umno ialah pembinaan Masjid Kristel diPulau Wan Man dan satu lagi ialah Masjid Hadhari yang berada dibandar Jertih.
Manakala yang agak mendukacitakan kita ialah kedudukan keadaan ekonomi rakyat yang dikatakan begitu meleset dengan kadar inflasi yang amat serius,sekali gus menyebabkan seluruh negara mengalami kekurangan bekalan makanan termasuk minyak masak,gandum dan beras disamping itu dimasa yang sama juga harga minyak petrol dan diesil melambung naik.Walaupun Pak Lah telah mencuba membendung dengan pelbagai cara termasuk melancarkan pelan ekonomi ECER namun ianya tidak dapat memberi kesan yang mengalakan. Perkara positif yang juga telah diserapkan disaat saat akhir dalam masa penguasaan beliau ialah memperkenalkan undang undang pencegahan rasuah dengan menukarkan jenama BPR kepada SPRM. Namun demikian, kesemua kerja dan langkah langkah yang dibuat itu masih lagi tidak dapat memuaskan hati semua orang, jesteru itu kita lihat ada pehak pehak tertentu yang cuba menjolok sarang diPutra Jaya agar Pak lah segera turun dari jawatanm PM.Akhirnya hari ini berakhir era Pak Lah yang saya rasa perginya "tanpa rela"....

Secara suka relanya terlantiklah pula era susunan kepimpinan kabinet PM yang baru,sebelum itu kejutan dihari pertama yang dibuat ialah pembebasan sebilangan kecil tahanan ISA dan 8 hari selepas itu berlakulah pula keputusan kes pembunuhan AlTantunya Syaribu.Kematian misteri model ini dianggap berprofile tinggi kerana ianya pernah cuba dikaitkan dengan DS Najib sendiri dan telah mendapat perhatian dunia perundangan antarabangsa.Namun demikian keputusan kesnya telah diketahui walaupun dalam keadaan yang masih lagi ada orang yang cuba bermain teka teki dengan mengemukakan beberapa soalan antaranya adakah kedua anggota polis ini telah bertindak sendirian secara peribadi tanpa melibatkan arahan dari mana mana pehak atasan?Jika ada, mengapakah orang yang jadi master mind tersebut tidak bolih diseret sama?Jika tiada,apakah motif sebenarnya sehinggakan kedua pegawai polis itu sanggup melakukan pembunuhan yang amat kejam diluar batas kemaknusiaan itu?Apakah imej menjaga ketenteraman awam telah diterjemahkan didalam pasukan polis dengan berlakunya peristiwa seperti ini? ini semua bukan tuduhan tapi hanya sekadar soalan dan pertanyaan.Sebenarnya kita tidak perlu mempertikai keputusan hakim kerana nanti bolih dianggap menghina mahkamah, akan tetapi keadilan sebeginikah yang kita mahu?.Kata seorang sahabat saya "kita tunggu sahajalah rayuan yang akan dibuat olih peguambela nanti".......betul juga tu !
Berbalik kepada kabinet baru,saya sebagai seorang peniaga amat berharap supaya kerajaan dibawah PM ke6 ini dapat berbuat sesuatu untuk memulihkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini dengan kadar segera yang mungkin,sekaligus dapat meningkatkan nilai matawang yang tatkala ini berada dengan kadar nisbah US 1 Dollar:rm 3.6 sekurang kurangnya naik kepada rm3.8,apa kata pakar ekonomi ?. Untuk makluman nilaian ringgit rm50 hanya bolih dibeli satu tong gas dengan sekampit beras 10kg sahaja.Sedangkan jika 5 tahun lepas nilaian dengan kadar tersebut bolih ditambah banyak lagi pakej untuk keperluan dapur.....disamping itu apakah tidak ada suatu cara lain yang bolih untuk menarik pelabur pelabur asing mahupun tempatan supaya masuk berbelanja dinegeri Terengganu dan diAjil ini sendiri secara khususnya !

Poksu-terkenang kata kata Dr M "kita tidak perlu menaikan harga minyak,yang perlu kita naikan ialah nilaian mata wang"...........ingat ingatkan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan