arkib

Selasa, 2 Jun 2009

Perkembangan aktiviti kepartian !





Salam hormat !
Sehari dua ni "mood " saya untuk menulis ada sedikit terganggu,ini kerana gara gara salah seorang dari anak saudara yang ada kaitan dengan perkara perkara urusan untuk menguruskan terekah tanah pusaka.Beliau sebagai anak sulung telah cuba bertindak kononnya ingin mewakili adik beradiknya yang seramai 6 orang lagi ,wal hal setelah diselidiki ada adik beradiknya itu tidak pun tahu menahu malah hubungan kekeluargaan antara mereka pun agak rengang dek kerana beberapa sikap tamaknya didalam sesuatu perkara sebelum ini.Jesteru itu urusan terekah tersebut yang mengikut jadualnya pada 2hb june lalu telah terpaksa ditunda kesuatu tarikh yang lain dek kerana perangainya yang keras kepala dan tidak makan nasihat itu...... Walaupun bagaimanapun biarlah saya tinggalkan dahulu isu peribadi yang melibatkan anak saudara saya itu dan berdoa semoga disuatu hari nanti moga moga ia bolih berubah,insaallah.
Olih itu hari ini saya cuba tolak ketepi masaallah tersebut dan ingin gagahi jari jemari ini untuk meneruskan menulis dan meng"update"kan blog ini.kali ini saya ingin berkongsi maklumat aktiviti kepartian,kira kira seminggu yang lalu pas cawangan telah mengadakan mesyuarat (gambar) ekoran dari itu ahli jawatan kuasa telah diberi tugas dengan melantik beberapa lujnah, saya melihat ini satu perkembangan yang baik kerana dengan adanya perlantikan ini bermakna setiap orang ada bidang tugas masing masing yang perlu dipikul dan tidaklah seperti mana sebelum ini hanya dua tiga orang sahaja yang bergerak kehulu kehilir untuk menghadirkan diri dalam satu satu satu program samaada anjuran diperingkat kawasan atau pun DUN (MTD) kerana kerja kerja ini adalah kerja berjemaah dan perlu menjadi tanggung jawab bersama.
Sebelum ini juga saya melihat aktiviti kepartian cawangan begitu kaku dan tidak bergerak aktif melainkan hanya sekali sekala mengadakan mesyuarat kemudian selepas daripada itu terus senyap menyepi tanpa sebarang pengisian, jesteru itu saya mencadangkan supaya dirancang aktiviti yang hendak dibuat dan perlu dirancang dan di"set"kan terus untuk tempoh setahun mengikut kos bajet yang ada, sebagai contoh setiap satu aktiviti atau program yang hendak dibuat dengan anggaran kosnya rm 500 didharab empat program dalam setahun ini bermakna sejumlah wang rm 2000 diperlukan. Aktiviti ini bolih dibuat dengan diselang selikan 3 bulan sekali misal kata untuk adakan hari keluarga ataupun ingin melawat kesesuatu lokasi menarik seperti jika ada yang telah melihat masjid india di K.L tetapi saya percaya masih ada lagi yang tidak dapat melihat keunikan masjid cina diRantau Panjang Kelantan.Jadi apa salahnya sekali sekali kita juga perlu keluar kawasan dengan itu tidaklah menjadi seperti kata pepatah bagaikan katak dibawah tempurung dan mudah mudahan dengan program ini banyak perkara bolih dikutip kerana kata orang luas perjalanan banyak pengalaman.
Selain daripada itu juga saya mengajak ahli ahli ajk yang lain supaya turut sama mencari jalan bagaimana untuk turut sama sama membantu ketua cawangan yang mana sebelum ini beliau banyak mengeluarkan duit poket sendiri untuk memenuhi permintaan dari pehak kawasan mahupun olih MTD yang sering memohon sumbangan wang ringgit dari cawangan, jadi saya melihat ini bolih menjadi "satu" beban kepada ketua cawangan jika kita tidak turut sama sama membantu,dan jika tiada jalan atau idea dari orang lain maka saya merasa perlu ingin meneruskan komitmen akan cadangan kertas kerja saya (untuk penjanaan ekonomi ahli dan cawangan) sebelum ini pernah saya edarkan untuk dipraktikkan olih cawangan.Namun gerak kerja ini memerlukan sokongan padu kerana tidak mungkin saya bolih melakukan seorang diri tanpa ada kerjasama dari tenaga kerja orang lain,sebarang masallah yang timbul juga perlu sama sama dipikul dan turut sama bertanggungjawab dan saya sendiri akan tetap terus komited dengan hajat dan niat asal itu, insaallah !
Poksu-dinaikkan pangkat menjadi naib ketua...terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada saya !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan